Tweet..Tweet..

    tadi g ilmu.. cik fz semangat ajak g pasar malam.. biasela.. feveret kitorg g jjcm kat pasar malam.. so, dlm kul 5.30 aku g amik diorg kat ilmu n trus g seksyen 4.. ni first time aku jejakkan kaki kat pasar malam seksyen 4 ni.. meriah gak.. tapi tujuan utama aku ngan shbt ni dtg ke seksyen 4 ni sbb nk meraikan sorg bussinessman ni. arini 1st day dia bukak gerai kat sini.. gerai jual akok.. huu!~ zack, semoga bisness mu berjaya.. caiyork!~

    alhamdulillah.. di saat ini aku rasa syukur sgt sbb ALLAH masih lg bg aku kesempatan utk melawat shbt2.. dan kami masih lg bersahabat.. dan sepanjang bersahabat, belum ada pertikaman lidah yg mengakibatkan putus sahabat atau bermasam muka.. alhamdulillah.. maih belum ada perasaan hasad, dengki, khianat antara kami.. nauzubillah.. Ya ALLAH jgn la kau putuskan persahabatan yg terbina ini.. amin..

    oh ya.. ramai tanya pasal keje aku kat puchong tu.. aku da tolak aritu.. kalau kamdar motto nyer memang berbaloi.. aku rasa keje kat puchong tu memang xberbaloi.. walaupun aku suka job scope dier.. bila aku bgtau shbt.. rupanya mereka jugak setuju ngan aku.. bila aku kata je dpt job offer kat puchong, diorg da siap2 calculate expenses aku sebulan. thanks shabat..




       

    ada benda yg kita takkan jumpa kalau xdicari.. contohnya, keje. Takkan ade kalau kite xmencari.. yg lainnye.. ketenangan.. dalam sebuah lagu ade kata.. ketenangan takkan hadir kalau tak dicari.

    dan saat ini aku memerlukan ketenangan.. banyak benda yg berlaku minggu ni.. suka dan duka silih berganti.. sejak Ramadhan haritu, keadaan atuk tak berapa baik.. maklumlah.. orang tua.. perut da tak tahan.. sejak kebelakangan ni.. atuk selalu kena gastrik.. selera makan pun da kurang.. risu aku tgk keadaan atuk.. terbaring je la.. tapi atuk xle sihat sikit.. ade je la keje yg dier nk buat. ubah tu.. alih ni..hm.. atukk.. atuk..

    dalam minggu ni jugak sorang lg atuk aku telah pergi menghadapNya yg Esa.. al-fatihah~.. walaupun tok ngah merupakan abah kepada paklong aku.. tapi hubungan tok ngah dgn kami sangat rapat.. tringat lagi.. kalau musim buah tok ngah xkan lupa utk kirimkan kami manggis, durian dan rambutan hasil dari kebunnya. walaupun jauh di perak.. tapi dia xkisah utk turun ke sini..

    smalam.. sorang lagi atuk yg kat bota slamat menjalani pembedahan jantung di HUKM.. alhamdulillah.. pembedahan berjaya disempurnakan.. pembedahan kali ni adlh utk menanam besi spring sbg sokongan kpd jantung.. walaupun pada mulanya hendak dimasukkan belon sahaja.. semoga ALLAH memberikannya kesihatan dan kekuatan..

    ya ALLAH kurniakanlah kesihatan dan kebahagiaan kepada orang² yg aku sayang..janganlah engkau cabut iman kami setelah engkau memberi hidayah kepada kami dan berilah kami rahmat yang ada di sisiMu sesungguhnya Engkau sangat banyak memberi.. dan tolonglah kami supaya ingat kepadaMu, syukur kepadaMu dan elok ibadah kepadaMu.. amiin..

    tringat aku kat entri yg lepas.. pasal wajah kesayangan.. tahun ni aku byk kehilangan wajah² kesayangan.. semoga ALLAH tempatkan mereka dikalangan para solihin.. insyaALLAH.. utk cerita gembira.. nntla aku sambung esok² sekiranya masih diberkan kesempatan..



    // al-Fatihah buat arwah atuk, Johari bin Dahlan.. semoga ditempat dikalangan orang² yg beriman..

    Pernah tak kita tatap wajah orang² terdekat kita saat mereka sedang tidur?.Kalau belum cubalah sekali saja menatap wajah mereka,saat mereka sedang tidur.Pada saat itu adalah eksperesi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.Seorang artis yang ketika dipentas nampak cantik dan hebat,tapi akan jadi biasa dan jauh berbeza jika sedang tidur.

    Perhatikanlah ayah kita saat beliau sedang tidur.Sedarilah betapa badan yang dulu kuat dan gagah kini semakin tua dan lemah.Betapa rambut² putih mulai menghiasi kepalanya,betapa kerutan mulai terpahat diwajahnye.Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan anak²nye..Orang inilah rela melakukan apa saja asal perut kita kekenyangan dan pendidikan kita lancar dan berjaya.

    Sekarang lihatlah ibu kita.Kulitnya mulai berkedut dan tangan yang dulu halus membelai² tubuh kita ketika masih bayi,kini bertukar kasar.Orang inilah yang tiap hai menguruskan keperluan kita.Orang ini lah yang rajin palin mengingatkan dan membebel kita,semata² kerana rasa kasih dan sayangnye yang sering disalah ertikan.

    Cubalah menatap wajah orang² tercinta itu: Ayah,Ibu,Suami,Isteri,Abang,Kakak,Adik,Anak Sahabat,Semuanya. Rasakan kuasa cinta yang mengalir perlahan²,disaat menatap wajah mereka yang terlelap itu.Rasakan getaran cinta yang mengalir deras,ketika mengingati betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan oleh orang² itu untuk kebahagiaan kita.Pengorbanan yang kadang² tertutup oleh kesalahan kecil,yang entah kenapa selalu nampak besar.

    Secara ajaib tuhan mengatur agar pengorbanan itu boleh dinampakkan lagi melalui wajah² jujur disaat mereka sedang tidur.Pengorbanan yang kadang kala melelahkan namun enggan mereka ungkapkan.Namun ekspresi wajah mereka ketika tidur mengungkap segalanya.Tanpa kata,tanpa suara dia berkata "Betapa lelahnya aku hari ini,dan penyebab lelah itu? Untuk sapa aku berlelah²? Tidak lain hanyalah untuk kita.Kenanglah,hargailah,sanjungilah ibu,bapa,kakak,abang,suami,isteri,anak,sahabat yang telah melewati hari² suka dan duka bersama kita.

    Bayangkan lah,sekiranya hari esok ,mereka tidak lagi membuka mata untuk selama-lamanye..

    maafla kalau entry ni agak sedih.. entry ni aku amik dari email yg masuk kat inbox ni.. sedihkan? tula perasaan aku skang ni.. sedih sayu. bercampur baur..



       

    Dlm hidup ni,kadang² kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. dan bila kita dapat apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yg kita inginkan terkadang tak dapat buat hidup kita jadi lebih bahagia.. hmm.. tepuk dada tanya iman.

    smalam aku g interview kat puchong.. position yg diapply: admin assistant. mula bila aku masuk kat bilik tu, dier soh isi form. pastu diberikan sehelai kertas A4. katanya, andaikan sykt nk buat exibition dan aku ditugaskan utk buat surat n mintak rental rate ngan person in charge. alhamdulillah segalanya berjalan lancar. sblm kui 5 aku da selamat keluar dari office tu.

    aku tringat salah satu soalan yg diajukan masa interview tu.. katanya, aku degree holder bidang IT, tapi nape aku nk pilih keje admin. ntah. kadang² apa yg kita lakukan x semestinya apa yg kita minat. bagi aku, xsalah untuk mencuba..



     
     

    Semenjak dua menjak ni.. bila jumpa.. orang akan tanya, "buat pe skang? da keje ke?".. dan aku akan jawab yg aku tgh bercuti panjang.. sememangnya dari mula lg aku da allocate masa sebulan ni utk bercuti. InsyaALLAH kalau aku keje pun, aku akan start bln 1 nnt. baru ade smagat awal tahun.. so, ni bukan dikira menganggur a.k.a tanam anggur.. but let say kalau aku masih tercongok kat rumah lepas sebulan ni, baru aku akan mengiktirafkan diriku sebagai penganggur terhormat..uuu!~

    aku ni mmg pun bercuti sakan. mane taknye.. balik je dari iran, dok seminggu kat umah pastu balik kampung kat perlis sempat lagi gi langkawi n penang. sakan la..

    tapi walaupun aku bercuti sebulan, income perlu gak. so, buat mase ni aku wat part time utk satu pusat tusyen kat bangi ni. thanks k.sue sbb bagi aku peluang ni.


    // tadi mase kat penang dapat call dari satu company kat puchong.. dia soh gi interview sok ptg.. doakan aku eh.. =)




      

    Tanggal 7 disember 2006 bersamaan 16 zulkaedah 1427H jam 1.50 ptg.. opah telah menghembuskan nafas terakhirnya di damansara specialist hospital.

    bagi aku, pemergian opah memang satu kehilangan.. opah merupakan nenek saudara aku. tapi, layanan opah kpd kami amatla istimewa. lelagi lepas arwah nenek pergi 7 tahun yg lepas. tapi aku redha dengan pemergian opah. kata orang, kalau kita sayang kat seseorang, pastinya xsanggup melihat dia menderita. airmata pasti menitis tatkala melihat opah bila balik daripada rawatan dialisis kat hospital setiap dua hari.

    penah sekali masa opah balik dari hospital, tetiba darah keluar membuak² dari tempat bekas tiub dimasukkan. habis katil dan lantai bilik opah.. penuh dgn darah. ksian opah.. opah dimasukkan ke DSH start hari ahad. sehari lepas aku balik dari iran. 2 hari opah xsedarkan diri. hari selasa baru keadaan opah baik sedikit. opah boleh memberikan tindakbalas terhadap apa yg diperkatakan. tapi..opah xlarat untuk bercakap. opah hanya mampu mengangkat kening dan menggerak²kan jarinya saje.

    hari rabu keadaan opah kembali teruk. doktor xdpt buat dialisis untuk hari tu. kata doktor.. seme urat xdapat terima untuk masukkan tiub.lebih² lagi opah da tua.. so, badannya xkuat.. kata doktor.. opah berehat dulu haritu, esok kalau keadaan opah bertambah baik baru bleh wat dialisis..

    alhamdulillah pagi khamis keadaan opah bertambah baik. setelah dr buat pemeriksaan, dr kata insyaALLAH dialisis boleh buat harini.. tapi, bila dialisis nk dimulakan.. tetiba denyutan jantung opah berhenti.. ALLAH lebih sayangkan opah dari kami..

    Al-fatihat buat allahyarham opah, Maznah binti Maryam.. semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman..



    -------------------------

    "esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok"




     

    22 Nov 2006
    kui 8 ayah ngan mak hantar kitorg ke klia.. destinasi berbulan madu kali ni adalah iran.. huu~ seronok.. flight kui 11 mlm. tp kami mengambil langkah berjaga² utk sampai awal kat klia. manela tau kalau² ada pape yg terjadi. alhamdulillah segala urusan berjalan lancar. dan jam 10.30 kami da berada di waiting room. nampaknye flight mlm ni penuh. almaklumlah.. penerbangan ke iran hanya 2 kali seminggu.


    23 Nov 2006
    alhamdulillah.. jam 2.45 pagi waktu iran (7.30 pg waktu m'sia) kami selamat mendarat di mehrabat international airport, iran. suhu pagi ni 2-4°C dari airport kami trus ke hotel yg terletak di vanak square yg tletak di tengah² bandar tehran. waktu di iran lewat 4jam 30 min daripada m'sia. so, lepas solat subuh, kitorg merehatkan diri..ZZzzz.. sebelum bersiar² di kawasan sekitar vanak sq. lagipun kedai² kat sini bukak sekitar jam 11 pg.

    24 Nov 2006
    kui 11pg check out dari hotel. amik teksi menuju ke rumah salah seorang warga m'sia yg berkhidmat di tehran. kat sini kitorg prepare utk makan tengahari. selepas solat zuhur, kami amik cab dan bersiar² di sekitar tajriz. tajriz merupakan sebuah pekan yg terletak di bawah gunung (sorry.. xingat nama gunung tu). suhu kat sini memang sejuk giler.. dan dari sini kita dapat tgk gunung yg diselaputi salji. mulanya ingat nk panjat gunung main ski.. tapi memandangkan masa yg xmengizinkan sbb flight kami jam 8 malam.. so, hajat utk mendaki gunung terpaks dibatalkan. lagipun, harini hari cuti hujung minggu.. sure kena beratur panjang kat atas nanti..

    lepas maghrib (lebih kurang kui 6pm) kami naik teksi ke airport. flight ke esfahan jam 8pm.. tapi atas sebab yg xdapat dielakkkan.. flight kami delay lebih kurang 3 jam lebih.. so, kui 11 lebih baru depart from tehran dgn menaiki fokker 110. perjalanan ke esfahan dengan flight lebih kurang sejam..so dalam kui 12 lebih kitorg sampai kat sana. ksian kat pakcik sorg tuh sbb tpaksa menunggu kami 4 jam lebih akibat ke'delay'an yg xdijangka. huuu~ balik apartment n tidoq... ZZZzzz..

    25 Nov 2006
    harini kitorg wat keputusan utk just berjalan² sekitar taman kat depan rumah.. kat esfahan ni keistimewaan nya adalah taman yg dijaga di sepanjang sungai esfahan. kalau kat kl tu.. just imagin kat sepanjang sg klang tu ada taman rekreasi yg cantik sambil air mengalir jernih di dalamnya. tp leh ke sg klang kita jd camtu? park² sepanjang tasik ni dipisahkan oleh jambatan² yg menarik. disebabkan kedudukan apartment kami berhadapan dengan taman, so, kami dikira berada di kudak park. so arini just berjalan² sekitar kudak park ni.. seronok.

    26 Nov 2006
    masa pagi diisi dengan berjalan disebelah kanan taman.. iaitu di sekitar zayandeh park.. ni kalau xsilap arr nama park ni.. dapat nama ni pun daripada map jer.. uuu~ daripada pemerhatian aku, kat sini makanan ruji adalah kebab ngan pizza. sib baik ade stok makanan yg dibawa dari m'sia.. so, just masak sendiri jer..malam.. kitorg keluar untuk membeli barang² dapur.. kat sini xde pasar cam kat m'sia. barang² kering dan basah dijual di kedai² runcit. tp xplak cam mini market kita. kat sini, satu kedai tu.. kalau jual daging.. jual daging je. so, kalau nk carik ayam, daging, ikan n sayur kenala masuk 4 kedai.. uuu~ seronok gak jalan memalam ni.. tapi memang sejuk bangat.

    27 Nov 2006
    pagi ni kami memanjangkan langkah ke bahagian selatan esfahan. berjalan menyulusuri sungai smapai la ke bandar la kot.. kat sini memang byk pekan² kecik dan besar sampai aku xdapat nk bezakan mane satu bandar.. mane satu pekan.. so kat sini ade satu bridge yg cantik.. ape lagi.. mase untuk bergambar.. uuu~ terasa cam gi europe plak.. ade venice n bridge..

    28 Nov 2006
    hari keempat kat esfahan.. seperti hari yg selalunya.. arini amik angin sekitar kudak park dan bershopping di pekan kecil kat area barat esfahan.. seronok gak.. yg menariknya.. tengah kitorg amik angin kat park ni.. kitorg dikerumini oleh segerombolan pelajar² kecil esfahan.. seperti biasa.. situasi menjadi cam ayam berjumpa itik.. mmg xpaham. tapi alhamdulillah.. sib baik ade cikgu pengiring yg boleh berbahasa inggeris. hehehe..
    malamnye.. kitorg naik teksi ke medan imam.. bazar yg besar untuk bershopping.. huuu~ shopping lagi...

    29 Nov 2006
    memandangkan semalam xsempat utk bershopping kat medan imam.. pagi ni kitorg sekali lg ke medan imam. tapi kali ni kitorg mintak pakcik teksi tu berentikan kami kat sepah street. dari sini kitorg berjalan ke medan imam.. sepanjang sepah street terdapat deretan kedai menjual kasut²..

    ape yg aku dapat perhatikan dari 5 hari kat sini.. orang² kat esfahan ni memang income dia daripada berniaga.. n satu pekan akan menjual barangan yg sama.. contohnya.. pekan A hanya menjual baju.. pastu pekan B sepanjang jalan seme kedai kasut.. etc.. so kat sini.. kalau nk beli kasut.. g kat sepah street.

    30 Nov 2006
    harini aku rasa cam xsedap badan.. kepala terasa agak berat.. tapi memandangkan arini ari cuti.. dan kami telah merancang utk berjalan.. perasaan itu terpaksa diabaikan seketika..harini langkah dipanjangkan ke utara esfahan.. sofe park tletak lebih kurang 45 min daripada apartment kami.. kat sofe park ni.. ade zoo dan dataran peninjau.. so arini aktviti kami adala mendaki.. lebih kurang sejam lebih pendakian.. kitorg smapaila ke puncak bukit sofe. dari sini dapatla lihat pemandangan sekitar esfahan.. uuu~ luas rupenye esfahan ni.. pemandangan kat esfahan ni memang menarik.. kire kawasan sekitar dijaga la.. seronok..

    lepas daripada sofe park.. kitorg ke so-o-seh pol bridge.. antara jambatan yg tercantik kat esfahan ni.. so.. seperti biasa.. masa untuk bergambar.. pastu trus balik ke apartment.. telan panadol n tidoq... ZZzzz..

    alhamdulillah.. menjelang maghrib badan da terasa segar.. so, kami pun mengambil keputusan utk melakukan nite walk bagi mengisi malam terakhir di esfahan ni.. sepanjang jln ade kedai² menjual barangan kulit.. so, sempatla sambar beberapa souvenir utk dibawa pulang utk ayah, abang n mak.. balik ke apartment.. naik teksi.. da xlarat berjalan..

    1 Dis 2006
    harini just dok rumah utk packing segala macam barang yg da dibeli.. nampaknya beg telah beranak satu.. uuu~ abisla balik m'sia kena perli dgn mak nnt..kui 8.30 kami menuju ke esfahan international airport.. alhamdulillah.. doa dimakbulkan.. sepanjang jalan hujan dan disebabkan kat sini musim sejuk.. titis² hujan mula bertukar menjadi butir² salji.. huuu~ sempat gak main salji kat airport.. hehehe~ alhamdulillah.. tapi sayang.. salji² yg turun ni xdpt diambil gambarnye..

    2 Dis 2006
    kui 12.00am kitorg sampai kat tehran. dari domestic airport kitorg kena naik teksi ke international airport. sementara nk menunggu teksi tu.. sempat gak kena snow.. org² sini kata tadi kat tehran ni heavy snow.. uuu~ tp still xdpt nk buat bola² salji.. snow ball..
    flight ke kl kui 6.30am.. so, terpaksa berkampung kat airport ni slama lebih 6jam.. uuu~ penat..

    alhamdulillah.. lepas 8 jam brada dalam flight.. kui 7 ptg waktu m'sia kitorg sampai ke KLIA.. seronoknye sampai sini.. rindu kat seme org.. bagi aku.. walaupun seronok kat iran, papepun kat m'sia ni lagi best.. kata orang.. hujan emas di negeri orang, hujan emas di negeri sendiri.. lagi best kat negeri sendiri..



    -------------------------

    "perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah"

    hurm.. rasanya da lama xupdate blog ni. rindunya kat dier.. xupdate bukannye xde cerita.. tapi xberkesempatan.. ksian dier.. kalau ikutkan hati.. seme benda nk tulis.. hari² nk tulis.. memacam nk tulis.. tp kekadang rasa byk nk tulis... alih² bila nk taip.. cam da xde benda nk tulis.. hurm.. mmg ade bakat nk menulis.. hee~

    byk benda yg terjadi sepanjang 2 minggu ni.. ada suka, duka, etc.. macam² ada.. tp yg paling penting.. aku da lepas project.. alhamdulillah.. thanks to all family and friends yg byk berikan support sepanjang aku berada dlm hidup yg xtenteram.. xtenteram ke? ntah la.. yg pasti ari sabtu n ahad tu aku leh lagi sakan beraya sedangkan presentation aku ari isnin pagi. hm.. ntahla labu..

    bila da abis project, org seme tanya.. bila nk keje.. hurm.. nk mengangur sat leh x? planning aku, paling awal pun bln 1 baru start keje.. smalam en adillah tegur aku kat ym. katanya.. kalau aku berminat nk masuk raffcomm.. hantar resume.. hurm.. tengokla cam mane.. yg penting skang.. nk bercuti.. enjoy~

    sempena nk bercuti ni.. n sempena syawal yg masih berbaki ni.. aku nk mintak maaf kat semua individu.. andai ada sepanjang perkenalan kami.. aku ada terbuat salah silap.. tersakitkan hati...andai ada yg aku da makan or minum.. mintak dihalalkan segalanya. thanks for everything yg korang penah lakukan.. thanks~




     

    Alhamdulillah.. akhirnya aku berjaya melalui paper terakhir tadi dengan ... (xtau nk xomment ape) hehehe.. Papepun.. tunggu je result yg akan keluar sebulan dri sekarang. Perjuangan da selesai. So, sekarang ni adalah masa untuk kita bertawakal dan berharap agar hasilnya tida mengecewakan. IsyaALLAH~

    Harini, lepas je selesai paper, kitorg memulakan rancangan yg da lama dirancang. Plan release tension selepas final. Boling? Shopping? Picnic? sumenyer bukan. Kami da menyusun rumah² yg akan kami terjah. huuu~ RAYA TIME.. Kalau sabtu malam tu kami da ke rumah kakak usrah, k.intan n k.fiza.. Petang tadi kami akan ke rumah² sekitar Kajang dan KL..

    Perjalanan dimulakan dengan rumah yg pertama iaitu rumahku yg comel itu.. diikuti dgn rumah sahabatku, Iza. Memandangkan rumah k.mimi tak available sebab dia tengah menyiapkn project (PROJECT??), kami menghabiskan masa di rumah Iza sebab menunggu kui 8 sebelum kami mengatur langkah ke rumah k.Aini.uuu~ rindunya. Hampir 2 jam jugakla kami kat sana.. uuu~ SERONOKNYA RAYA (at last dapat gak aku mengungapkan ayat nih)

    Lepas ni, aku akan menghabiskn detik² terakhirku UNITEN ni dengan mengadapprojectku. Doakan aku berjaya..


    ------------------------

    "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut
    kesempatan yang menjelma"


      

     

    Esok last paper utk aku.. merangkap paper yg terakhir buat aku kat UNITEN ni.. uuu~ xsedar masa berlalu dengan begitu pantas sekali. Dalam sedar atau tak, sebenarnya aku da kat sini 5 tahun. Belum dicampur dulu mase sekolah aku slalu datang kat sini. Siap pernah main kejar² ngan Aan kat dlm library.

    Tadi aku study dengan Cik Ilah n Cik Fiza.. bukan mata bertemu mata, tapi mengunakan kecanggihan teknologi sekarang. Google Talk. Alhamdulillah.. kami leh sama² menjawab review question dengan jayanya menggunakan answer script yg terlebih dahulu telah disediakan oleh sahabat² seperjuangan.. THANKS alot..



    ----------------------------

    "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang"
     
     
     
     

    Miscellaneous

    Followers