Tweet..Tweet..

    Dalam kehidupan kita sehari-hari, kita percaya bahwa kebohongan akan membuat manusia terperuk dalam penderitaan yang mendalam, tetapi kisah ini justru sebaliknya. Dengan adanya kebohongan ini, makna sesungguhnya dari kebohongan ini justru dapat membuka mata kita dan terbebas dari penderitaan, ibarat sebuah energi yang mampu mendorong mekarnya sekuntum bunga yang paling indah di dunia.


    Cerita bermula ketika aku masih kecil, aku terlahir sebagai seorang anak laki-laki di sebuah keluarga yang miskin. Bahkan untuk makan saja, seringkali kekurangan. Ketika makan, ibu sering memberikan bahagian nasinya untukku. Sambil memindahkan nasi ke mangkukku, ibu berkata : "Makanlah nak, aku tidak lapar" ----------KEBOHONGAN IBU YANG PERTAMA

    Ketika saya mulai tumbuh dewasa, ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di kolam dekat rumah, ibu berharap dari ikan hasil pancingan, ia dapat memberikan sedikit makanan bergizi untuk pe rtumbuhan. Sepulang memancing, ibu memasak sup ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu aku memakan sup ikan itu, ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang yang merupakan bekas sisa tulang ikan yang aku makan. Aku melihat ibu seperti itu, hati juga tersentuh, lalu menggunakan suduku dan memberikannya kepada ibuku. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya, ia berkata : "Makanlah nak, aku tidak suka makan ikan" ----------KEBOHONGAN IBU YANG KEDUA

    Sekarang aku sudah masuk Sekolah Menengah,demi membiayai sekolah abang dan kakakku, ibu pergi ke koperasi untuk membawa sejumlah kotak mancis untuk ditempel, dan hasil tempelannya itu membuahkan sedikit uang untuk menutupi kebutuhan hidup. Di kala musim dingin tiba, aku bangun dari tempat tidurku, melihat ibu masih bertumpu pada lilin kecil dan dengan gigihnya melanjutkan pekerjaannya menempel kotak mancis. Aku berkata : "Ibu, tidurlah, sudah malam, besok pagi ibu masih harus kerja." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, aku tidak penat" ----------KEBOHONGAN IBU YANG KETIGA

    Ketika ujian tiba, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemaniku pergi ujian. Ketika hari sudah siang, terik matahari mulai menyinari, ibu yang tegar dan gigih menunggu aku di bawah terik matahari selama beberapa jam. Ketika bunyi loceng berbunyi, menandakan ujian sudah selesai. Ibu dengan segera menyambutku dan menuangkan teh yang sudah disiapkan dalam botol yang dingin untukku. Teh yang begitu kental tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang yang jauh lebih kental. Melihat ibu yang dibanjiri peluh, aku segera memberikan gelasku untuk ibu sambil menyuruhnya minum. Ibu berkata : "Minumlah nak, aku tidak haus!" ----------KEBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT

    Setelah kepergian ayah karena sakit, ibu yang malang harus merangkap sebagai ayah dan ibu. Dengan berpegang pada pekerjaan dia yang dulu, dia harus membiayai keperluan hidup sendiri. Kehidupan keluarga kita pun semakin susah dan susah. Tiada hari tanpa penderitaan. Melihat kondisi keluarga yang semakin parah, ada seorang pakcik yang baik hati yang tinggal di dekat rumahku pun membantu ibuku baik masalah besar maupun masalah kecil. Tetangga yang ada di sebelah rumah melihat kehidupan kita yang begitu sengsara, seringkali menasehati ibuku untuk menikah lagi. Tetapi ibu yang memang keras kepala tidak mengindahkan nasehat mereka, ibu berkata : "Saya tidak butuh cinta" ----------KEBOHONGAN IBU YANG KELIMA

    Setelah aku, kakakku dan abangku semuanya sudah tamat dari sekolah dan bekerja, ibu yang sudah tua sudah waktunya pencen. Tetapi ibu tidak mahu, ia rela untuk pergi ke pasar setiap pagi untuk jualan sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakakku dan abangku yang bekerja di luar kota sering mengirimkan sedikit wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, tetapi ibu berkeras tidak mau menerima wang tersebut. Malahan mengirim balik wa ng tersebut. Ibu berkata : "Saya ada duit" ----------KEBOHONGAN IBU YANG KEENAM

    Setelah lulus dari ijazah, aku pun melanjutkan pelajaran untuk buat master dan kemudian memperoleh gelar master di sebuah universiti ternama di Amerika berkat sebuah biasiswa di sebuah syarikat swasta.Akhirnya aku pun bekerja di syarikat itu. Dengan gaji yang lumayan tinggi, aku bermaksud membawa ibuku untuk menikmati hidup di Amerika. Tetapi ibu yang baik hati, bermaksud tidak mahu menyusahkan anaknya, ia berkata kepadaku : "Aku tak biasa tinggal negara orang" ----------KEBOHONGAN IBU YANG KETUJUH

    Setelah memasuki usianya yang tua, ibu terkena penyakit kanser usus,harus dirawat di hospital, aku yang berada jauh di seberang samudera atlantik terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Aku melihat ibu yang terbaring lemah di ranjangnya setelah menjalani pembedahan.Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap aku dengan penuh kerinduan. Walaupun senyum yang tersebar di wajahnya terkesan agak kaku karena sakit yang ditahannya. Terlihat dengan jelas betapa penyakit itu menjamahi tubuh ibuku sehingga ibuku terlihat lemah dan kurus kering. Aku sambil menatap ibuku sambil berlinang air mata. Hatiku perit, sakit sekali melihat ibuku dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu dengan tegarnya berkata : "Jangan menangis anakku, Aku tidak kesakitan" ----------KEBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

    Setelah mengucapkan kebohongannya yang kelapan, ibuku tercinta menutup matanya untuk yang terakhir kalinya. Dari cerita di atas, saya percaya teman-teman sekalian pasti merasa tersentuh dan ingin sekali mengucapkan : "Terima kasih ibu..!" Cuba dipikir-pikir teman, sudah berapa lamakah kita tidak menelefon ayah ibu kita? Sudah berapa lamakah kita tidak menghabiskan waktu kita untuk berbincang dengan ayah ibu kita? Di tengah-tengah aktiviti kita yang padat ini, kita selalu mempunyai beribu-ribu alasan untuk meninggalkan ayah ibu kita yang kesepian. Kita selalu lupa akan ayah dan ibu yang ada di rumah. Jika dibandingkan dengan pasangan kita, kita pasti lebih peduli dengan pasangan kita. Buktinya, kita selalu risau akan kabar pasangan kita, risau apakah dia sudah makan atau belum, risau apakah dia bahagia bila di samping kita. Namun, apakah kita semua pernah merisaukan kabar dari orangtua kita? Risau apakah orangtua kita sudah makan atau belum? Risau apakah orangtua kita sudah bahagia atau belum? Apakah ini benar? Kalau ya, cuba kita renungkan kembali lagi... Di waktu kita masih mempunyai kesempatan untuk membalas budi orangtua kita, lakukanlah yang terbaik. Jangan sampai ada kata "MENYESAL" di kemudian hari.


    p/s: I Love U, mak.. Wan Nah Binti Musa..




      

    Rasanya da lama xbuka blog.. em. ni ada sedikit perkongsian tentang CINTA.. ditujukan buat sahabat² yg sedang mencari cinta.. aku?? em.. insyaALLAH will find someone one day..

    Buat sahabatku..
    Cinta bukanlah daripada kata² tetapi segumpal keinginan yang diberikan kepada hati yang memerlukan.. dan cintailah seseorang atas dasar siapa dirinya sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.

    Agree with me?? Hidup bercinta dan untuk dicintai adalah amat mudah, tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai adalah sukar, rite?

    -----------------------------------------

    Tips bagi memelihara CINTA SEJATI... ..

    1. PILIH PASANGAN YANG SESUAI
    Jangan sesekali jatuh cinta dengan seseorang yang sangat berpotensi.Wang dan rupa bukanlah penyuntik cinta sejati. Terlalu banyak pasangan memilih teman hidup yang sebegini dengan harapan mereka berpeluang menikmati segalanya. Secara jujur,tanyalah pada diri sendiri quot; Dapatkah aku mencintai dia dengan cara yang sebenarnya tanpa harapan untuk berubah?" Jika tidak,buatlah keputusan untuk cari yang lain.

    2.JANGAN TERBURU-BURU

    Jangan menurut kehendak nafsu seks. Pasangan yang melakukan hubungan seksual akan mencipta suatu keintiman yang salah dan boleh menuju ke arah kekecewaan.

    3.PERCAYA AKAN KELEMAHANNYA
    Jangan mengabaikan keputusan untuk memiliki sesuatu hubungan atau perkara yang diingininya.Misalnya jika pasangan membuat suatu pernyataan seperti,' Saya tidak melaksanakan komitmen dengan baik', percayalah dia.

    Anda seharusnya tanya pada diri sendiri: "Adakah dia sudah bersedia menghabiskan sepenuh waktu untuk aku atau semata-mata untuk hobinya kemudian baru mengingati aku."

    4.TUTUP MULUT
    Jangan cuba menceritakan tentang keburukan atau kelemahan pasangan kepada rakan. Bertanggungjawab dalam mengungkapkan perasaan anda terhadapnya dan saling merahsiakan antara satu sama lain.Cara sebegini dapat mengelakkan daripada berlakunya sesuatu konflik dan hubungan emosional anda berdua.

    5.TERIMA SEADANYA
    Terima pasangan dengan niat hati yang ikhlas.Bukan hanya sewaktu bercinta, pada awal perkahwinan dan sewaktu berbulan madu,tetapi amalkan date night sekali seminggu.

    6.JADI PEMERHATI
    Bersikap pemerhati kepada pasangan. Cuba memerhati dan memahami tingkah laku dan pemikirannya.Paling penting, sentiasa mengambil berat setiap apa yang berlaku. Ini mengelakkan daripada pasangan berani menipu dan cuba melakukan sesuatu di luar jangkaan.

    7.BUKTIKAN SIAPA DIRI ANDA
    Fokus pada setiap perkara yang anda gemari dan tidak daripada pasangan,serta cuba berbincang cara bagaimana menyelesaikan masalah tersebut berdua.

    8. MR. RIGHT KEMBALI
    Sedang asyik bercinta,orang yang pernah terpaut di hati anda suatu masa dahulu,tiba-tiba muncul di hadapan.Bagi anda yang menghadapi masalah sebegini,adalah suatu perkara sukar untuk diselesaikan ,bukan? Parasaan buntu dan bercelaru tentunya datang dan memaksa diri membuat keputusan.
    Buat keputusan agar tidak menyintainya lagi. Lupakan segala sejarah silan dengan memulakan kehidupan dan cinta yang baru.

    9.BUKAN PERIGI CARI TIMBA
    Anda tidak pernah merasakan bahawa cinta sejati seperti objek yang keras seperti seolah-olah berkelakuan syok sendiri. Malah anda haruslah sama-sama berinteraksi dan berbincang terhadap apa yang berlaku dalam perhubungan.

    10.HARGAI DIRI SENDIRI DAN PASANGAN
    Hubungan yang sihat akan meningkatkan penghargaan diri dan pasangan. Untuk memperoleh hubungan yang lebih harmoni, setiap pasangan perlu menghargai diri sendiri dengan cuba mengungkapkan kata-kata romantis atau lakukan sesuatu kejutan terhadap dirinya.




       

    Ramai yang bertanya tentang Rahsia Dr. HM Tuah tu.. maafla aku xdpat nk respond awal.. so kat sini aku kongsikan cara untuk mendapatkan rahsia melalui bulan kelahiran dan tarikh lahir.

    Untuk tahu rahsia tarikh lahir kita..

    Taip TUAH RAHSIATARIKH pastu send kat 33221
    Contoh :
    TUAH RAHSIA 14.8.1984

    Untuk tahu rahsia melalui bulan kelahiran plak,

    Taip TUAH RAHSIANOBULAN pastu send kat 33221
    Contoh :
    TUAH RAHSIA 8

    So, selamat mencuba.. just for fun jer..





       

    Alhamdulillah.. harini masuk hari ketiga aku bekerja di raffcomm, tempat training aku dulu. Ramai bertanya kenapa aku memilih raffcomm daripada offer² yg lain. Em. alasanku.. pertama, aku da mengenali staff2 yg berada di sini dan aku da tau working environment dia. Secondly, perhubungan ke raffcomm ni senang. Just naik LRT sampai ke PWTC. So, cost effective gak la. hehehe~ jimat skit..

    Sepertimana yg seme tau, sekarang ni merupakan tahun melawat Malaysia 2006. Aku telah pun menyahut saranan kerajaan dgn memulakan TMM2006 dgn kunjungan selama 3 hari 2 malam ke Kota Kinabalu, Sabah seminggu sebelum aku start keje. Hehehe~ salah satu alasan yg aku bagi masa diorg mintak aku keje immediate after interview. =)Alhamdullillah, akhirnya aku berjaya gak melengkapkan penjelajahan ke seluruh Malaysia.

    Seminggu lepas balik KK, aan plak diterima masuk kat SM Teknik,Kajang. Walaupun jarak dari rumah hanya sekangkang kera, kitorg paksa gak dia masuk asrama. Biar berdikari skit. Dan alhamdulillah, da masuk minggu kedua aan di asrama, xde rungutan untuk keluar..

    // ramai yg tanya tentang Rahsia Dr HM Tuah tu.. check next entry eh.



      

    Kata Hamka, supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang.. sementara Saidina Ali pula mengatakan yang cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang.. bila kau wat entry smalam.. aku teringat entry seorg sahabat.. katanya tentang aku..

    "Orangnya memang comel. Sangat teratur dan kemas. Protokol. Cermat orangnya. Memang calon setiausaha seumur hidup. Budaknya baik, kaya dengan idea, lembut pun iya. Kalau tanya bab tempat² makan, jalan² seluruh Malaysia, dialah pakar. Tambah plak gelarannya Ratu Rempit Muslimat. Huhu. Tapi Atien ni sensitive orangnya. Kalau dalam usrah kami, dialah Ratu Airmata. Mudah tersentuh hati, mudah simpati. Orangnya nampak ceria tapi sebenarnya penyimpan dan perahsia. Kalau tension pun simpan la sorang².."

    Hehe.. tu kata seorang sahabat.. aku penah gak tanya kat sahabat lain tentang diri aku.. aku tanya diorg.. ape pendapat diorang tentang aku.. ni lah jawapan diorang..


    sahabat1 :
    atien ok jer....cuma suka sgt pendam mslsh sengsorang...
    kalu suka pendam mslh sengsorang nnt sakit sengsorang
    bab2 keje mmg ok arr
    sbb atien cepat wat keje
    atien x suke tangguh keje
    sbb keje atien cepat
    cuma pas ni jgn fikir byk sgt...
    yg lepas biar lepas...
    tumpu kt study n jgn byk berfikir mende yg rasa x de manfaat byk sket..

    sahabat2 :
    nape
    baik ati
    ske tlg org

    sahabat3 :
    abg rasa dlm byk keadaan, fatien terlalu baik sgt sampai abg pun konfius fatien suka atau x ngan apa yg abg buat kat fatien..
    maybe sbb fatien susah sgt nak kata 'no' kalau abg mintak tlg kot..
    even fatien sebenarnya xnak tlg abg..

    sahabat4 :
    peramah.
    x kire tue ke budak² ke.
    termasuk haiwan² peliharaan sekali die bantai jek.
    em. baik hati la. suke tolong orang.
    kerek sket kalau bwk kete
    bole kate caring gak.
    senang la nk buat kawan. no heart feeling.
    mcm tu la lebih kurang pada sy si fatien ni.

    sahabat5 :
    senang nak dibawak bincang
    tak terlalu terkonkong dgn dak2 persatuan jek
    tahap kesyadidan tak tinggi sgt tak rendah sg

    Tula antara komen sahabat tentang aku.. seorang sahabat adalah sahabat yang bisa menegur kesilapan sahabatnya yang lain.. seorang sahabat sejati dan setia adalah lebih bernilai dari semua emas di dunia ini.. xdapat dibeli dengan wang ringgit.. thanks sahabat..




       

    Aritu masa aku pegi jalan TAR, aku sempat singgah kat Minerva.. bagi menghilangkan kebosanan, aku beli sebuah buku keluaran terbaru Dr HM Tuah yg bertajuk 'Membina Peribadi Anggun'.. aku gak berkesempatan untuk membaca dan antara yg aku dapat adalah rahsia bulan kelahiran dan tarikh kelahiran aku.. uuu~ ada yg aku rasa betul.. tapi xsemuanya betul.. tapi bagi aku.. yg terbaik untuk memberitahu mengenai diri kita adalah sahabat kita sendiri..

    14.8.1984
    Anda seorang yg kuat bekerja dan tak mudah putus asa.
    Anda profesional, suka berterus terang dan sangat tegas.
    Perancangan anada hebat dan mahukan semuanya terbaik.
    Anda suka jadi pemimpin.


    BULAN 8
    - walaupun pemurah, tetapi ego meletakkan diri pada harga yang tinggi..
    - mahu dipuji selalu..
    - luar biasa semangat juangnya..
    - penyantun dan sopan..
    - cukup ambil berat terhadap orang lain..
    - tak tahu takut..
    - tegas dan beerciri pemimpin..
    - daya memujuk yang hebat..
    - boleh menjadi terlalu pemarah dan cepat mengamuk..
    - sukar dibantah cakanya..
    - cemburu menghampiri 'buta'..
    - pemerhatian tajam dan teliti..
    - otak sentiasa berjalan..
    - suka melayan imaginasi..
    - berkebolehan dalam lukisan dan hiburan..
    - suka aktiviti bertenaga..
    - sangat sensitif tetapi jarang merajuk..
    - terkadang kelam kabut..
    - romantik, pengasih, penyayang..
    - suka berkawan..



    -------------------------

    "Jika kita bukan pelita yang menerangi malam,
    memadailah kita menjadi kunang-kunang yang akan menemani malam"
     
     
     
      

    Nabi pernah bersabda : "Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa, akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis."

    Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau Yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.

    Namun,Allah s.a.w. telah berfirman : " Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,pada hal ianya amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (AL BAQARAH : 216)

    Bukankah Nabi pernah bersabda: "Neraka dipagari nikmat, syurga dipagari bala."

    Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu, nasibmu dihizab kanan atau hizab kiri.Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan. Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat. Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata:

    "Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orangitu."

    Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya : "Kenapa engkau menangis?" "Aku tidak mempunyai anak lagi untuk saya kirimkan ke medan Perang," jawabnya.

    Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup,lalu berkata : "Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu."

    Ibnu Masud r.a.berkata : "Seorang yang mengerti al Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur,dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al Quran itu tenang,lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah.

    Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur : "Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami,kubur di hadapan kami,kiamat itu janjian kami, neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH."

    Menangislah di sini, sebelum menangis di sana!!!... ... ... ... .

    Wallahua'lam...



    // banyak ketawa bisa mematikan hati.. nauzubillah.


     

    Tadi dapat email dari effie.. dia bagi gambar kahwin zeti aritu. Trus aku teringat kemeriahan wedding zeti haritu. Rasanya havoc kenduri tu dengan kaletah kami. Sekhemah dikhaskan untuk kitorg je. Mana taknya, majlis kahwin bertukar menjadi reunion warga CBN (especially the A's). Masa ni la nk berjumpa kawan² yg da hampir 5 tahun xdgr berita. Ada yg baru abes blaja, ada yg still blaja, yg bekerja, da berkawin, bertunang dan xkurang jugasudah menimang cahaya mata.. macam² karenah ada.

    Paling terharu bila AJ ngan feela sanggup turun dari Indonesia and katina dari UK semata² utk datang wedding zeti. Papepun.. congratulation zeti and hamdi.. selamat pengantin baru.. semoga kalian berbahagia hingga ke akhir hayat.. dan semoga perkahwinan kalian memperoleh marhabah wa rahmah dariNya.. amiin..

    Semoga kalian mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kalian bahagia, cukup cubaan untuk membuat kalian kuat, cukup penderitaan untuk membuat kalian menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kalian positif terhadap kehidupan. insyaALLAH..




     

    Miscellaneous

    Followers