Tweet..Tweet..

    After a long time tak update the blog, tetiba aku rasa nk meluahkan perasaan.. this is the time.. this is the time for us to be separated.. dah tiba masanya untuk aku meninggalkan KL for a month deployment ke utara tanah air. Specifically ke Alor Setar. Aku akan start on site selama sebulan untuk train / educate walk in user as well as the state officers on how to use our service.

    To be frank, ade macam² perasaan. suka, sedih, nervous, dan macam² lg perasaan yg tak dapat digambarkan. Suka sebab aku akan berada di Perlis untuk sebulan. menikmati keindahan kampung dan surely masakan mak cik n makngah yg pastinya tak mendukacitakan. then aku sedih sebab bakal meninggalkan semua orang, mak, ayah, ofis,.. hopefully everything goes well without me.

    For the one who will be undertaking my job, I've prepared task² and everything yg dirasakan yg perlu dilakukan oleh pengganti aku sementara aku sebulan di Kangar. Hopefully shes ok wif that. And hopefully the boss is ok with her. And also i feel sorry for her sebab kena amik my job. Kalau ikutkan aku prefer stay and monitor the situation from here. but..

    Truly, Im feeling sad. Maybe because its not a right time to leave. I have to settle the things in KL before I go. But things are rather difficult and its getting worst day by day. I'm so sorry. I prefer to stay but I have to go. Its my responsibility to the company. No one can stop me except the one who have the power.

    Gotta sleep now. esok pepagi dah nk bertolak ke kangar wif mak n ira. currently i'm feeling very sad to leave KL.. hurm.. semoga aku & everyone dapat menyesuaikan diri dgn keadaan yg baru.. dgn suasana yg baru dan dgn orang yg baru.. **sigh















       

    Terasa lama tidak menulis di blog. sedang melawati blog seorg sahabat lalu teringat yang kite mempunyai blog sendiri yg terbiar tanpa khabar. walu apapun, blog ini tidak akan dihentikan. insyaALLAH kalau punya kesempatan, akan di update di waktu senggang. bukan tiada isi untuk dikongsikan, cuma ketiadaan waktu yang membataskan penulisan.

    anakayam sentiasa diingati, terasa banyak cerita yang ingin dikongsi. dan untuk entry kali ini, terasa untuk berkongsi beberapa kisah yang berlaku sepanjang beberapa bulan ini. sepanjang dua bulan ini, april dan mei, jadual mingguaknku penuh dengan jadual kerja² luar. meja di office sentiasa kosong terbiar.

    jadual yang padat memang memenatkan. tapi bila difikirkan kembali yang kita merupakan pekerja, dan menjalankan tugas merupakan salah satu daripada tuntutan dan tanggungjawabnya. terasa sedih bila memikirkan seperti berjauhan dengan jemaah dan sahabat. apakan daya, jadual yang telah ditetapkan sememangnya padat. teringat panggilan yang diterima daripada seorg adik meminta bantuan utk program jemaah. tetapi bila dikhabarkan mengenai ketiadaan pada minggunya, perancangan terpaksa dibatalkan.

    bermula dengan program di johor, dan semalam aku baru sahaja pulang dari kota kinabalu. dan kuching merupakan desatinasi berikutnya. menjadi ISP kepada SSM membuatkan aku terpaksa mengikut segala perancangan yang telah diaturkan mereka. antara dua destinasi yang telah ditujui, KK merupakan antara destinasi yang pasti tidak dapat aku lupakan dan diharpkan peristiwa ini merupakan peristiwa pertama dan terakhir bagiku. *wink*

    Sekadar berkongsi apa yang berlaku dua hari lepas di mana aku telah ditugaskan utk ke Kota Kinabalu untuk SSM Awareness Program dan sebagai ISP kepada SSM, kami dijemput untuk melakukan presentation mengenai SSM e-Info. Jadual penerbangan pada May 4, 2008 jam 10.25 AM.

    kata orang, things happen without notice dan dengan kehendak ALLAH aku telah terlewat ke airport. 1st thing, penyelamat dihubungi.. the boss yg telah terbang ke sana sehari lebih awal dihubungi dan replacement ticket dicari. Alhamdulillah.. dengan izinNya juga, tiket diperolehi untuk penerbangan seterusnya pada jam 11.10AM.



        

    Miscellaneous

    Followers