Tweet..Tweet..

    Showing posts with label tazkirah. Show all posts
    Showing posts with label tazkirah. Show all posts


    Wanita ibarat Epal.

    Epal yang tidak berkualiti amat mudah di perolehi kerana ia berguguran di tanah.

    Tapi epal yang tak mampu di beli berada di puncak.

    Susah di petik, susah di gapai.

    Terkadang epal itu risau,
    kenapa la diriku belum di petik?

    Lantas ia merendahkan martabatnya
    dan mengugurkan diri menyembah tanah.

    Sedangkan ia sebenarnya Allah jadikan begitu tinggi martabatnya,
    sehingga tidak ada sesiapa berani memetiknya.

    Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu.

    Mungkin bukan di dunia tapi di akhirat?

    Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta Ilahi mengiringi..... :)



    .

    Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
    Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

    1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan ataupun ketika menyertai aktiviti luar (outdoor). Berapa ramai yang akan berhenti untuk solat?

    2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia. Tegas tak bermaksud bengis dan pemarah. Tegas dengan pendirian dan tidak mudah dibeli oleh apa².

    3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

    4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

    5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

    6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

    7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

    8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

    9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

    10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.




    p/s: Sesungguhnya, kita bukanlah Hamba Allah yang benar2 sempurna. Berusahalah untuk memperbaiki diri sendiri. Tak kira lelaki atau wanita.. semua mendambakan pasangan yang saling lengkap melengkapi antara satu sama lain..


    Nabi pernah bersabda : "Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa, akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis."

    Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau Yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.

    Namun,Allah s.a.w. telah berfirman : " Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,pada hal ianya amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (AL BAQARAH : 216)

    Bukankah Nabi pernah bersabda: "Neraka dipagari nikmat, syurga dipagari bala."

    Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu, nasibmu dihizab kanan atau hizab kiri.Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan. Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat. Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata:

    "Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orangitu."

    Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya : "Kenapa engkau menangis?" "Aku tidak mempunyai anak lagi untuk saya kirimkan ke medan Perang," jawabnya.

    Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup,lalu berkata : "Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu."

    Ibnu Masud r.a.berkata : "Seorang yang mengerti al Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur,dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al Quran itu tenang,lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah.

    Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur : "Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami,kubur di hadapan kami,kiamat itu janjian kami, neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH."

    Menangislah di sini, sebelum menangis di sana!!!... ... ... ... .

    Wallahua'lam...



    // banyak ketawa bisa mematikan hati.. nauzubillah.


     

    Miscellaneous

    Followers