Tweet..Tweet..

    Minggu ni agak free skit di office walaupun sebenarnya ada je submission report nk kena hantar before 22/12 neh.. :) Tp memandangkan bos xde, so agak free la sikit.. ada la masa untuk berblog.. ahaks!~ Td sempat cuci mata di fb wall group PTD.. ade sorg exco bakal menimang cahayamata lelaki.. so dia minta suggestion nama yg sesuai.. sedang ku mencari maksud nama, jumpala satu website neh..


    Aku suggest nama Muhammad Naufal yg bermaksud Dermawan.. aku pun tak tahu kenapa tiba² Naufal.. nk kata penah ada personal interest or admire mamat nama Naufal, rasanya takde pun lg.. honestly suka nama Ammar Rayyan.. tapi nama 'Ammar', 'Rayyan', 'Danish' dah banyak sangat digunakan sekarang.. And aku suka kalau nama junjungan mulia, Muhammad dikekalkan pada nama..

    Berbalik kepada cite aku mencari maksud nama, alang² menyeluk pekasam, aku pun cari maksud namaku.. first aku try search 'Fatin'.. keluarla 



    Pastu aku try plak cari maksud 'Fatien'.. keluar plak..


    Kesimpulannya.. patutla aku ni sensitive n emo.. paru²nya.. 'E' pada nama aku membawa maksud 'Emosional'.. ahaks!~




    .

    Smalam.. kawan² PTD plan untuk buat surprise birthday party to one of our friend, Pino. Asal nama ni sebab dalam batch kami ada ramai bernama Hafiz.. irregardless perbezaan ejaannya tetapi sebutan tetap sama.. Hafiz.. So, bermacam² la gelaran diberikan kepada individu bernama Hafiz ni.. Hafeez PeakO, Hafiz Pino dan Hafiz Kungfu..

    Berbalik pd surprise birthday party utk Pino.. Ahad malam Emily Yg Comot fb message kepada yg terlibat dlm persiapan sambutan.. tugas masak memasak diberikan kepada aku dan EYC memandangkan yg lain ada training bola tampar selepas waktu pejabat.. earlier plan, tugas masak memasak akan bermula seawal jam 6.. so aku decide utk terus ke tempat kejadian (rumah PeakO) langsung dari ofis.. Sure tak sempat kalau aku nk baik rumah dulu.. singgah beli buah²an di Pasar Presint 8 sebelum ke Presint 9. Tepat jam 5.50 aku dah tercangak kat parking kete P9.. kalau rumah ppuan, mmg da lama aku serbu.. Tp rumah lelaki, dan aku pun tanak kawen free.. so terpaksala aku menunggu ketibaan Cik EYC yg tiba jam 6.40ptg.

    Menu malam semalam adalah bersempena dengan Hari Raya AidilAdha (sebenarnya tuan rumah nk habiskan stok daging je tuh.. hehehe): Gulai Lemak Cili Api, Sambal Daging Petai, Kangkung Belacan, Kobis Goreng, Ikan Goreng dan Telur Dadar.. memang menu penuh meja.. ditambah dgn beberapa kudapan sampingan spt Olive Pickle dan Fruit Platter.. serta menu pelengkap.. Birthday Cake.. Alan saje beli kek yg lemak berkrim disukai ramai supaya krim² yg menggemukkan badan tu boleh dicalit ke muka birthday boy.. ;)

    Overall celebration was fun walaupun makanan sedia dihidangkan sejam lewat drpd rancangan awal jam 8mlm.. sorry guys.. kitorg dah berkungfu kat dapur.. walau bagaimanapun, makanan licin tak sampai stengah jam.. pergh!~ mmg tahap piranha memasing.. alhamdulillah!~ tiada pembaziran yg berlaku.. good job guys..



    .

    Kebelakangan ni ramai yg mencari aku untuk mendapatkan khidmat nasihat.. Career advisor.. Wedding advisor sehinggalah love advisor.. Alhamdulilllah maybe thats the sign of trust from others.. Mungkin mereka rasa aku reliable dah boleh dipercayai (angkat bakut sendiri) :) tapi mungkin juga sebab kebolehan aku memberi nasihat dan pandangan atau mungkin aku memang dilahirkan dgn bakat sbg advisor.. Sebab dari sekolah dulu aku dah berada bersama PRS (perosak rakan sebaya.. :p) dan bila bekerja aku memilih bidang IT yg menjurus kepada business development yg mostly convincing people about IT. Hmm!~

    Aku ingat lg, dulu aku pernah bercita² utk jadi consultant. Tak kira bidang apa, tp semestinya bidang yg aku minati spt IT, masak-memasak, memunahjaham orang, dsb :) setiap apa yg kita lakukan, niat tu penting dan selain niat utk menolong orang, kita perlu juga mempunyai prinsip asas yg tersendiri.. Bagi aku, dalam berbicara atau menasihati, aku memegang prinsip.. Kita boleh menasihat tetapi those yg perlu menghadapi kenala bersedia dan yakin.. We can only talk and advise.. The rest is up to them.. Contoh.. Baru² ni ada seorg kawan yg baru putus cinta.. So aku hanya mampu menasihati dia utk tak buat benda² bodoh, lupekan ex, buat benda² yg dia suka, etc.. Tapi kalau empunya diri takde semangat atau azam utk melupakan, takkan berjaya segala usaha.. Only time heals the pain.. Hanya masa yg menentukan segalanya.. Kita boleh kata, "dia bukan jodoh.. InsyaALLAH satu hari nanti jodoh itu akan tiba".. Yes rite tapi bila?? Hiks!~ yakinla bahawa jodoh itu ada.. Jodoh itu ketentuan ALLAH.. Dan jodoh juga adalah rahsiaNYA.. He knows whats the best for us..

    Bagi yang belum bertemu jodoh (seperti aku) gunakanlah kesempatan yang ada untuk mencari diri, bina kefahaman tentang konsep jodoh, konsep perkahwinan, konsep manusia itu dijadikan berpasang-pasangan, dsb. Kita takkan tahu bila jodoh itu akan tiba, tapi insyaALLAH ianya ada. Yakinlah dengan janji ALLAH. Perbanyakkan berdoa.

    Maha suci tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.” Surah Yaasin ayat 36.

    We will never know when our jodoh. Tapi yakinlah bahawa ianya ada. Kita perlu mencarinya kerana ianya takkan datang bergolek. As women, takkan nk tergedik² nk menempel pada lelaki.. Oh no.. that's not right dear.. Dalam mencari cinta, tak perlu nk expose diri kita secara keterlaluan or tergedik² cam desperate je bak kata org sekarang. InsyaALLAH, he can see us thru our attitude. Biarlah dia menerima kita seadanya dan tak perlu la nk hipokrit atau berpura².. Show him the real you. 

    Alamak.. Dah silap topik dah ni.. Melalut sampai jodoh plak.. Nasihat utk sahabat dan diri sendiri juga ;) semoga menjadi manfaat bersama..


    P/s: can't wait for konsert Maher Zain ~ Save the Soul tonite.. Insyaallah


    .

    Don't know where to start.. dont even know what to write.. just feel that I need something to express my feeling right know.. and definitely its to this blog.. Ya ALLAH.. at this moment you are the only hope.. you whats in my heart.. please give me strength to overcome this. Trying to avoid this feelings but its there. I know I shouldn't take this seriously but you I'll always took it seriously when it come to him. You're my friend.. You're there when in need. U always know what to do when I'm down.


    Somehow I feel that by writing here I am exposing myself to my current or previous feelings that I do not want to reveal. Something that I like to keep as a secret. Something that I might regret writing and letting just anyone read. But the urge to write again is very strong at this moment. However, I often realize that after writing here,I'll be able to let my ideas flow. I know what I want to write and must not let my fear of imperfections ruin my desire to accomplish my target.

    I don't really know what to write now but what I know is I just want to write something although something can actually be nothing or just a single line or paragraph.

    I don't really know if somebody is reading this but it is fine if nobody reads this although someone might come across this and it could be anyone or none. No matter they know whoa I am or not.

    There goes my something coming out from my nothingness.

    p/s: Ya Allah, please give me the strength..



    .

    Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
    Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

    1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan ataupun ketika menyertai aktiviti luar (outdoor). Berapa ramai yang akan berhenti untuk solat?

    2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia. Tegas tak bermaksud bengis dan pemarah. Tegas dengan pendirian dan tidak mudah dibeli oleh apa².

    3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

    4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

    5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

    6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

    7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

    8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

    9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

    10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.




    p/s: Sesungguhnya, kita bukanlah Hamba Allah yang benar2 sempurna. Berusahalah untuk memperbaiki diri sendiri. Tak kira lelaki atau wanita.. semua mendambakan pasangan yang saling lengkap melengkapi antara satu sama lain..


    Sempena Hari Malaysia harini aku telah ditugaskan untuk menjaga Pusat Pengurusan Operasi Negara atau nama glemernya PPON. Ni kali pertama aku ditugaskan pada hari cuti. Di saat ku kesepian ini, aku telah merajinkan diri untuk memberikan sedikit sentuhan kepada blog yg usang dan dah lama tak dijaga neh.. hiks!~ Satu widget baru telah ditambah iaitu 'Tweet..Tweet..' column kat atas neh.

    Memandangkan aku ni 'rajin' untuk update blog, so dengan adanya column 'Tweet..Tweet..' ni diharapkan blog ni takla bersawang sangat. Like I said before, banyak benda yg nk ditulis dan diletakkan sebagai entry. Tapi bila jemari mula menekan keyboard, satu patah haram pun tak keluar. #sigh!~ Kadang² cukuplah dengan sebaris perkataan dah cukup untuk mengungkapkan perasaan aku ketika itu. Untuk itu, aku telah link antara Twitter - Facebook - Blogger.. senang.. one tweet will update all.



    p/s: Selamat Hari Malaysia to all..
    p/s: Happy Birthday to my friend Siti Nadiah Ismail aka Nedd, Rozyanie Ridzuan and Farhana..



    .

    Kalau anak² diperantauan selalunya membuat kejutan kpd ibubapa dengan pulang ke desa di pagi lebaran, namun bagi keluargaku pada tahun ini kejutan berlaku bilamana ayahku ygtiba di kampung halaman rumah pada pagi raya tatkala jarum jam berada pada kedudukan 4 dan 12. Surprise kan?

    Ceritanya bermula begini..

    Aku telah mengambil cuti seawal 3 hari sebelum Hari Raya (10 Sept 2010). Perancangan awal untuk kami pulang ke kampung di Perlis ialah pada hari Isnin atau Selasa malam. Biasela.. kami suka bershopping sebelum raya dan that's the reason why aku ambik cuti 3 hari sebelum raya. Tapi pada saat² akhir adikku memberitahu yang dia tak dapat cuti sebab TV3 akan mengadakan siaran langsung MHI Raya di hotel tempat dia bekerja dan dia kena kerja pada kedua² hari sebab kekurangan chef. Tp bagi aku, diorg hanyala menggunakan dia as a practical student utk kerja pada hari raya utk membolehkan staf² yg lain cuti beraya. hmm...

    So, pulanglah aku, abang dan mak ke kampung sebab ayah tak sampai hati nk tinggalkan adik keseorangan. Tapi, adik keje, nanti ayah yg tinggal sorang kat rumah. Hmm!~ no comment. First time kami sekeluarga rasa sebak nk pulang ke kampung. Ayah pun cam tanak pandang kami bila kami nk keluar dari rumah. **sigh.. Persiapan raya tahun ni sederhana je sebab balik kg lambat dan takde mase nk shopping cam tahun² sebelumnya. Lagi² bila ayah takde.. sebab selalunya dia yg suka ajak aku ronda² sekitar Perlis utk cuci mata dan shopping.

    Malam raya kami berborak pasal ayah yg beraya di rumah. Tak sampai hati nk telefon takut nnt tersebak. uuu!~ Malam tu.. tengah sedap tido sambil diselimuti kediginan air cond semulajadi, mak terdengar suara adik memberi salam. "Bemimpikah aku?", mungkin tu monolog maka bila terdengan salam sebab selalunya adik memang balik malam² buta. Menurut cerita mak, lepas tu mak dengar suara ayah pulak. Ish.. memang rindu giler kat suami kot. sampai termimpi². Mak bangun dan menuju ke pintu.. rupa² ada kejuan.. ayah dan adik pulang beraya di kampung.. **big smile.. seronok sangat!~




    .

    Dalam tak sedar, dah hampir 5 bulan aku di sini. To be frank, aku masih mencari tune untuk membiasakan diri dengan keadaan kerja sekarang. Walaupun kerjaku tak seperti dahulu, keluar awal, balik lewat.. tapi kepenatannya melebihi sebelumnya. Aku ingat quote beberapa orang tatkala aku nk melakukan penghijrahan ni.. kata mereka aku dah  biasa dengan fast track and now I've to work in a slow pase.. that's a torture for me.. hurm.. mungkin.. kepenatan sebab otak yang tak berjalan. Tujuanku menulis bukan tandanya nk memberontak atau merungut dengn kerjaku sekarang.. jauh sekali utk menyesal  tentang ape yg telah aku putuskan. Cuma melontarkan apa yg terbuku di hati.

    Alhamdulillah.. Mungkin ada hikmah disebalik keadaan. Aku percaya setiap apa yg terjadi ada kisah disebaliknya. Mungkin dahulu aku terlalu bekerja hingga kurang masa bersama keluarga. And now I get my family privilege back. Cuma aku harapkan aku tidak berasa bosan dan putus asa dengan apa yg aku lalui sekarang.. Nauzubillah!~

    Antara cara untuk aku membusykan diri adalah dengan menglibatkan diri dengan aktiviti jabatan dan persatuan. Dan seperti yang pernah aku ceritakan sebelum ini, dilantik sebagai Timbalan Presiden batch serba sedikit membuatkan aku sibuk. Walau bagaimanapun, kebelakangan ni aku mendapat perhatian dalam bidang pengacaraan. Ntahla ape yg bagus sangat dgn aku ni.. rasanya xde plak sebelum ni aku menjadi mc. kalau event manager tu byk la..

    Ingat lagi  masa mula² sesi pengenalan diri.. bila aku bersuara, ada suara² mengatakan yg suara aku sesuai untuk menjadi mc. Dalam sedar tak sedar aku telah dilatih sedikit demi sedikit utk menjadi mc.Bermula dengan aktiviti Bahagian hinggalah ke acara besar spt Majlis Penyerahan Bantuan Kemanusiaan anjuran BALKIS. Esok, aku telah diamanahkan untuk menjadi Master of the Ceremony (MC) untuk satu program anjuran Bahagian Maritim.

    Dan untuk program esok, aku baru merasakan keperitan menjadi MC. hiks!~ boleh ke wat ayat camni.. Sesi rehearsal tadi membuatkan aku nervous giler dan rasanya tekak pun agak perit bila aku dikehendaki mengulang mc script berkali² sehinggalah diorg puas hati dengan tone dan nada setiap perkataan. uhuk.. uhuk.. dan dengan pelantikan ini aku telah digelar Fatien MC oleh bosku, En Zam. aiseyh!~ ade je nk kenakan orang.. lalalala.. wish me luck for tomorrow!~




    .

    August 14th kembali lagi. Bertambah lagi satu angka untuk umur aku. Alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah ini. Masih banyak lagi yang perlu aku cari dan perbaiki. Sambutan tahun ni tak seperti kebiasaannya sebab August 14th berada dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak. Tiada sambutan surprise party seperti tahun sebelumnya tetapi aku tetap rasa gembira. Thank you everybody for the wishes. Thanks to you too!~

    Ulangtahun kali ni aku menerima surprise daripada Salwa Arif aka Wawa kerana sanggup berhempas pulas bertegang urat melahirkan seorang baby boy yang diberi nama.. Ammar Zafran bin Zarin Azham. Congrates to wawa n zarin. Sukenye bila ade 'anak buah' yg berkongsi tarikh lahir. Baru perasan yg kebanyakan baby boy yg lahir tahun ni dinamakan 'Ammar'.. antara yg terdekat dengan aku, Ammar Zafran, Jufri Ammar Rayyan dan Mohd Ammar. 3 Ammar yang baru dalam hidup aku..




    .

    Ada 15 hari lagi sebelum umat Islam mula berpuasa. Tetapi rata² di sini sudah sibuk mengambil tempahan kuih raya. Tester² telah mula diedarkan ke setiap bahagian dan tempahan diambil sehingga minggu pertama puasa.

    Aku? Mengambil keputusan untuk tidak membeli dan hanya membuat sendiri biskut² feveret spt choc chip cookies dan biskut nestum. Rasanya cukuplah 2 jenis sbb semestinya Cik Alah akan bagi tat nenas dan kakak iparku akan menyumbang almond london. Seterusnya hanya kerepek dan kekacang bakal menghiasi balang² kuihku.. dan memandangkan aku bakal balik beraya kat Perlis tahun ni, so tak perlu risau la.. hee!~ bekalan kepek, maruku dan seangkatan dengannya boleh dapat dengan mudah dan murah di sana.. weeehuu!~



    .

    Alhamdulillah.. semalam telah tamatnya Karnival Sukan MKN dgn berlangsungnya Hari Keluarga MKN 2010 kat Chongkak Park Resort, HUlu Langat Selangor. Since this is my first experience with MKN, aku sgt excited pasal ni. And had you know me, I'm always excited for sports, outdoor and committee program.

    Tapi ada sedikit perasaan hampa bila hanya aku sorg je yg excited. **sigh.. but it's ok.. memandangkan semua dah mentaklifkan aku sebagai penolong ketua rumah, so sedikit sebanyak aku takla over excited bila mengenangkan amanah yg telah diberikan. It's somehow a responsibility for me to ensure everything run smoothly.

    Sabtu malam, aku dah berpakat dengan Nazirah and Wardiana utk bermalam di Chongkak. TEtapi memandangkan rumah kuning (Mabul) telah disubsidikan dengan chalet, aku with my own initiative telah booking satu chalet utk aku, warga rumahku dan sapa² yg tersesat. Memula cam ramai nk join, tp last minute memasing menarik diri atas sebab dan alasan tersendiri. Tapi aku nekad utk bermalam kat chalet walaupun seorg diri (tak termasuk Nazirah n Wardiana di chalet satu lg). Niatku adalah utk menghias khemah dan preparation utk pendaftaran pada hari tersebut.

    Jam 8.30mlm kami bertiga ke astaka utk melihat dan menghias khemah rumah masing². Walau bagaimanapun, khemah masih lagi belum berdiri dan kelihatan SMART Team sedang bertungkus lumus mendirikannya. Jam 9.00 malam barula segalanya selesai dan kami memulakan aktiviti menghias khemah. Alhamdulillah aku mendapat bantuan daripada Kpl Sahari yg merupakan ahli rumah Mataking sebelum Wani datang bersama Has n Syikin pd jam 11.30mlm. Aktivti menghias khemah berakhir seketar jam 12.00mlm bila masing² kelaparan dan menyebut² "pasta..pasta.." yg merujuk kepada pasta bodoh yg aku masak sebelum bertolak.

    Ahad pagi, alhamdulillah belon² yg digantung masih seperti sediakala walaupun pada mlm sebelumnya aku sedikit risau kot² belon² tu kecut.. sedikit final touch up dilakukan dengan menggantung juraian kertas merah yg dibuat daripada A4 paper. yg digulung. Khemah² rumah lain mempunyai motif dan konsep tersendiri manakala khemah rumahku hanyala berkonsep syok sendiri.. :p apa yg terlintas di kepala akan dizahirkan sebagai gantungan dan hiasan.. uuu!~ rumah mantanani (biru) tampil dgn khemah bertemakan lautan dgn ikan² dan belon² birunya manakala rumah manukan (hijau) berkonsepkan hutan kehijauan dgn anyaman daun kelapa mengelilingi khemah.. rumah kuning plak dgn konsep tersendiri menggantung logo rumah disekeliling khemah.. dan rumahku hanyalah dihiasi belon² dan bunga manggar.. (hihi.. bajet cukup utk beli belon jer..)

    Tetapi amatlah mengejutkan bila khemah kami diiktiraf sebagai Khemah Terbaik antara semua. Alhamdulillah segala penat lelahku dan ahli² yg lain terbalas.. thanks all!~ rasa cam nak nangis je.. emosionalnyer la kau ni kan? lain².. walaupun kami bukanlah rumah terbaik keseluruhan, tetapi aku tetap enjoy dengan sukan² dan games yg telah kami menangi.. and the important part is the management of our rumah as well as the coorperation and spirits from our team members..

    MATAKING.. We are the King!~



     

    Cuti-cuti Malaysia for three of us this year was damn fun.. sangat² seronok.. dengan kehadiran K.Mirjant sebagai pelengkap korum, destinasi kali ini adalah ke Pualu Tioman. Yg paling syok, planning percutian kali ni dibuat secara ad hoc dlm masa 2 minggu sahaja. Bermula dgn Jijah yg tension dgn beban kerja, kami merancang percutian kali ni. Yang pasti aku dah bagitau awal² yg utk kali ni aku malas nk drive and nak naik public transport je.

    Cadangan destinasi pertama oleh Jijah ke Cameron Highland. Tapi bila pikirkan balik, kalau nk dok 3 hari 2 malam kat sana, cam takde aktiviti je. Strawberry Park, Brinchang, pasar malam, ladang teh. lain?? Cam takde tempat je.. Hurm, next aku bagi idea yg bernas iaitu ke pulau. Sebabnya.. aku da lama bercita² nk snorkeling.. uuu!~ and my next wish after snorkeling is to get diving license.. driving license dah ada.. diving je blom lg.. so kirenye aku ni dari gunung dan lembah ke lautan la pulak. Rafting sudah.. now snorkeling and diving plak..

    Alhamdulillah.. kami berjaya utk dapatkan Salang Indah Resort sebagai tempat penginapan dan agen utk aktiviti snorkeling.. full board package inclusive snorkeling berharga hanya RM260.. pakej paling murah antara lain² pakej yg ditawarkan.. siap ada BBQ dinner lg on the second night. Chalet sea view dan segala meal termasuk dalam harga pakej. Ok la tu. Tak sampai RM300 cam destinasi bajet tu..

    Banyak kenangan kat Tioman ni.. Antaranya kenangan di hari pertama di mana kami rupa²nya naik satu bas dgn aktor terkenal, Hairie Othman. Kisahnya tak terhenti setakat di stesen bas je, tp bersambung bila dia secara tidak langsung menjadi tourist agent kami untuk ke jeti Mersing.. and sekali lagi untuk bersamanya di dalam feri bila aku 'terpaksa' duduk di sebelahnya dek kerana takde seat.. so dikira² aku berada disebelah dia sepanjang perjalanan ke pulau.. uuu!~ <-- statement gatal tak ingatnyer neh... So sepanjang perjalanan banyak jugak aku berborak dengan dia.. macam² cerita keluar. Dan yang pasti aku tidak langsung bertanya mengenai kerjaya seninya. Terukkah aku?

    Next kenangan yg best pastinya bila aktiviti snorkeling.. subhanallah, Allahu Akbar.. Masya Allah.. kagum aku dgn ciptaanNya bila mula² aku menjejakkan kaki ke Tioman.. Di jeti Kg Salang aku dah dapat lihat batu karang dan ikan² berlegar² di bawah feri yg membawa kami. Dan ketakjuban bertambah tatkala kami diturunkan di Tulai island.. Memang cantik.. speechless.. Alhamdulillah, cuaca tidak panas membuatkan kami berpeluang utk snorkeling sepuas²nya.. Selepas snorkeling di hentian terakhir, Batu Malang, titik titik hujan mula membasah bumi hingga ke lewat petang..

    Hari terakhir diisi dengan snorkeling di kawasan Kg Salang sebelum menaiki feri untuk ke Mersing pada jam 2.00petang, meronda² sekitar bandar Mersing sementara menunggu bas ke KL jam 6.00 petang. InsyaALLAH ada peluang Tioman akan kujejaki lagi..






     

    Miserable weekend.?? uuu!~ cam menarik je topic entry kali ni.. Erm.. takdela nk miserable sgt tp cam segala perancanganku musnah.. huk huk huk.. Kalau ikutkan perancangan strategik aku, weekend baru² ni hari Sabtu pagi  aku dah plan utk Hop In Hop Off dengan Dewi n Rafi, then malam tu ke wedding Breen at Dewan Perdana Felda.. hari ahad gi Hutan Melintang, ikut rombingan bertandang ke rumah lelaki.. But as what we always know, we can only plan.. and He knows the best.. so, perancangan tadi hanya tinggal perancangan..

    Nak mulakan cerita.. hari Jumaat jam 4.00ptg tetiba Cik Lah call, katanya dia dapat banglo kat PD (mood : HAPPY sebab dah lama tak wat family gathering kat PD) tapi bila tanya hari. katanya "malam ni sampai Ahad".. erk!~ (nada ala² tercekik tulang ayam).. terbayang² segala plan² hujung minggu yg terbang ditiup angin..

    So, malam Sabtu lepas ofis aku terus gerak dengan mak n Cik Lah ke PD. Aku ngn Cik Lah sehelai sepinggang.. Baru rasa adventure.. So far, rancangan aku utk this weekend masih lg nmpak 50% as aku ingat nk stay Jumaat malam tu je and balik Kajang Sabtu tghari/petang then off to Breen's wedding sebab Cik Lah kata maybe beberapa family lain akan datang. But, again we can only plan.. memandangkan corum yg tak ramai plus kesian kat Mak Long sekeluarga yg datang all the way from Klang, so aku pun mengalah.. stay la 3mlm 2 hari kat PD.

    Tp aku rasa seronok sangat dengan weekend lepas sebab untuk pertama kalinya dalam hidup aku dah merasa naik banana boat.. wwweeehhhuuu!~ Memula dia kata min. 5 orang. Tp setelah dipujuk, kami dibenarkan utk naik bertiga.. Perasaan.. tak dapat nk gambarkn masa tu sbb rasa serrooonnoookk sgt.. :)


    Banana boat..





      

    Kursus.. kursus dan kursus.. tu je yang dapat aku fikirkan.. Start daripada hujung bulan lepas hingga awal bulan Jun ni, schedule aku hanyala dipernuhi dengan kursus.. Almaklumlah, pegawai baru.. Banyak yang perlu diajar dan didedahkan. Dan bersempena dengan cuti sekolah yg bakal menjelma, schedule aku bertukar dari kursus ke kenduri. kenduri.. kenduri dan kenduri..

    Banyak yang aku pelajari dari kursus² yg disertai. Satu daripada kursus mengajar aku cara untuk menijau kawasan untuk kajian populasi. Seronok rasanya bila dapat turun padang bersama² orang² kampung bergotong-royong dan menghadiri mesyuarat JKKK bersama pimpinan tertinggi daerah. Di sini kita dapat lihat semangat kekitaan masyarakat desa dalam menjaga keharmonian dan keselamatan kampung dan daerah.

    Seminggu aku berkursus di PD dan minggu berikutnya aku mengikuti Kursus Asas dan Pengenalan PTD Gred M41 di INTAN Wilayah Timur, Kemaman atau glemernya digelar INTIM. Pertama kali aku melihat INTIM, aku rasa sangat terpesona dengan kedudukan INTIM yg terletak di tepi pantai. Sangat menyeronokkan. Walau bagaimanapun, seperti yg sedia maklum, pantai di sebelah Pantai Timur Malaysia bukanlah untuk mandi kerana ianya terletak di Laut China Selatan yang terdedah kepada laut yg bergelora.




    Riang gembira sebelum kursus bermula




    .

    Congratulation to my bestfriend, Nur Fadhilah Yunus dan pasangan, Khairul Naim Suahadah.It was an owesome event there in Dewan Kompleks Sivertage Galleria. Sama cantik dan sama padan. Tu je yg dapat aku katakan.

    13/05/2010 (Khamis)
    Kami (aku n Jijah) bertolak dari Kajang waktu jam menunjukkan pukul 9.00mlm. Plan asal nk gerak lepas maghrib, tp dek penangan Adamaya yg episod akhirnya Jumaat lepas, terpaksalah aku akur dgn permintaan Miss Jijah.

    Perjalanan ke Ipoh yg sepatutnya hanya 3 jam dirasakan macam nk balik ke Perlis. Jam 12.00tgh malam kami masih lagi di Tanjung Malim. Highway jem lebih teruk dari jem malam menjelang Aidilfitri. Alhamdulillah kami sampai di Pekan Razaki, Ipoh jam 2.00pagi tatkala bakal pengantin sedang diinaikan oleh dua sepupu, Nana and Nora.

    14/05/2010 (Jumaat)
    Terima kasih kpd bosku En Zam keranan meluluskan cuti aku untuk berada di Ipoh bagi menolong keluarga pengantin perempuan. Aku ingat lagi masa Ilah call nak aku n Jijah datang sehari lebih awal sebab tanpa kami majlis mungkin akan kelam kabut. mula cam tak percaya but akhirnya kami tahu. hiks!~ biasa la, anak perempuan.. semua nak dibuatnya.. ;) So, for the whole day aku n jijah, event manager cum personal assistant cum criver cum x, cum y cum z mempersiapkan segalanya dari siapkan hantaran hinggalah merebus telur.


    15/05/2010 tarikh keramat yang bakal menjadi sejarah buat Ilah n Naim kerana pada tarikh ni la mereka berdua disatukan. Alhamdulillah majlis pertunangan pada jam 10.00pagi di rumah dan majlis akad nikah di masjid berjalan lancar. Dan ku telah menjadi bidan terjun buat kesekian kalinya. Mak andam hanya make up time btunang dan majlis persandingan di dewan. So utk akad nikah, akulah mak andamnye. Segala kepakaran dan ilmu yg ada digunakan untuk mempersiapkan pengantin bagi majlis akad nikah.

    Majlis di dewan sangat meriah walaupun terdapat masalah teknikal waktu ketibaan pengantin. Sorry dear!~ Apapun, Selamat Pengantin Baru Ilah and Naim.. Semoga bahagia ke akhir hayat.. and cepat² dapat baby..



    .

    Alhamdulillah.. just received my new lovely serene silver Swift. Happy with it sebab beli menggunakan duit hasil titik peluh selama 3 tahun. So rewarding. Thanks to ayah n mak atas peng'sponsor'an bagi mencukupkan down payment. huuu!~

    p/s: Mmg dari dulu lg adore dgn Swift ni sbb compact and cute. heee!~


    .

    Harini merupakah antara tarikh yang bakal menjadi tarikh bersejarah  dalam hidupku kerana harini merupakan hari untuk aku melaoprkan diri sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di JPA, Putrajaya. Rata-rata peserta tidak mengetahui agenda/tentatif hari lapor diri. Kami diminta melapor diri seawal jam 8.00 pagi di Kompleks JPA, Parcel C, Putrajaya.

    Di kaunter pendaftaran pertama, kami diminta untuk menanda kehadiran. Dan di kaunter seterusnya segala borang-borang yg duberikan diserahkan kpd pegawai bertugas. Dari tentaf yg baru diberikan, program akan bermula jam 10.00pg hingga 4.00ptg. Aiyark!~ Susunan atur program dimulakan dgn sesi taklimat JPA dan pengenalan PTD, sesi penyampaian amanat daripada orang besar JPA dan sesi pemberian watikan perlantikan dan surat penempatan.

    Alhamdulillah, aku ditempatkan di Jabatan Perdana Menteri dan Isnin ini aku bakal ke sana dgn segerombolan lagi yg tidak dapat dipastikan jumlahnya.




     

    This weekend activity: Outing@Janda Baik..

    Hampir sebulan perancangan, Projek Janda Baik (PJB) berjaya dilaksanakan dengan bilangan peserta seramai 16org. PJB kali ini adalah program outdoor yg pertama seumpamanya dianjurkan oleh RRC. Kalau selama ni asyik aktiviti makan.. makan.. dan makan.. kali ni orang2 bandar diajak keluar dari kesibukan kota dan berkampung di Latto Charok, Janda Baik, Bentong..

    PJB dimulakan dgn aktiviti bershopping sbg peniaga kecik di Tesco Extra Selayang.. kecil tapak tangan, kelisa merah ku dihulurkan utk menjadi kenderaan pengangkut barang.. 12.00pm semua berkumpul di Tol Karak.. 3 kenderaan pengangkut yg mengikuti misi kali ini.. dan kenderaan rasmi RRC, angkut2 turut tidak melepaskan peluang..

    Tak banyak aktiviti yg dirancang.. malam BBQ dinner makan tak habes dgn seleksi ayam, kerang, udang, sotong dan crbstix.. diikuti dgn karaoke tak sedar diri disepanjang malam.. rasanya kalau ada kejiranan, pasti kami dah dibaling pinggan mangkuk, sudu  pisau dek suara2 sumbang yg memecah keheningan malam.. hiks!~

    Aktiviti istimewa, di malam sabtu ialah surprise party utk sahabat yg menyambut ulangtahun kelahiran masing2 pada 27/03, Mr Hamshah n Jijie.. selmat hari lahir dan semoga dipanjangkan umr, dimurahkan rezeki.. amiin!~

    Pagi Ahad dimulakan dengan acara trekking ke air terjun.. perjalanan yg 'agak' mencabar membuatkan si gadis menjerit kegelian tatkala melihat sang pacat yang berkeliaran mencari mangsa.. juga selut yg telah menyelaputi kaki seawal 200m perjalanan.. tak lupa juga Ms Rafi yg telah memuntahkan segala isi perut dek ketidaktahanan pendakian.. Alhamdulillah.. segala rintangan berjaya direntasi selama +- 45minit dicampur tolak iklan2 dan selingan.. Segala keletihan dan ke'pacat'an terus dilupakan tatkala melihat air terjun yg tegak di depan mata..  weeehuuu!~

    1 jam lebih diluangkan bersama keindahan flora dan fauna dan kedinginan air terjun yg menggigit sehingga ke tulang.. yang gagah perkasa dan  dapatlah menyentuh dinding air terjun yg dipisahkan oleh teluk yg kira2 hampir 2 meter dalamnya.. Perjalanan turun mengikut route yg berbeza, berkurangan pendakian dan selut hanya merentasi semak samun dan jalan berbatu..

    Jam 2.00ptg kami semua meninggalkan Latto Charok dan menuju pulang ke kota..


    // credit tu Mr JJ, owner of Latto Charok, and those yg menjayakan aktiviti PJB..

    Result utk temuduga PTD haritu dah keluar 09/03/2010 haritu. Tapi aku baru check hari Jumaat lepas. Alhamdulillah aku diterima masuk kerajaan. Pada saat dan ketika aku nk enjoy dgn projek baru, saat ni la benda ni datang. Mungkin dah takdir aku begitu. Over the weekend ayah sibuk bercerita tentang PTD. Menunjukkan yg dia begitu gembira anaknya dapat tawaran PTD. Aku? Masih berada dalam dilema. Dan masih mempersiapkan diri untuk ke Kerajaan dan PTD.

    alhamdulillah.. berjaya juga menyiapkam design kad kawin Cik Ilah yang sekian lama tertangguh. Erm.. not really tertangguh but bak kata orang, benda berseni ni kena ada mood baru boleh buat.. so dengan mood yg tetiba menjelma, sekeping kad berjaya dihasilkan..

    Tadi di ofis, ada yg menyakat aku dgn mengatakan aku juga bakal menyusul dgn fatiendesign.. like what our ex-colleague did.. he built up hamlidesign.. tapi, dia tu mmg dah power ranger dgn designing.. aku pun serba sediki belajar dari dia.. hiks!~ to make designing as a career aku rasa tak kot.. I dont really have the creativity and passion towards that.. dari jadi designer, aku prefer jd tukang masak.. nf bakes.. menjual pelbagai jenis pasties, tartlets dan dessert.. and the ultimatum akan ku buka nf cafe.. for family to hang over.. spend their time.. hurm.. insyaALLAH.. the time will come..

    Bila bercerita ttg baking ni, alhamdulillah baru² ni aku dapat satu sms dari sorg hamba Allah yg dikenali sbg kakwah.. dia nk order fruit tart untuk hari jadi anak dia and another tempahan utk raya.. aku harap aku dapat fulfill the order.. and hopefully amsa tu aku takdela busy dengan apa² commitment.. caiyok..caiyok..







    Miscellaneous

    Followers