Tweet..Tweet..

    Harini merupakah antara tarikh yang bakal menjadi tarikh bersejarah  dalam hidupku kerana harini merupakan hari untuk aku melaoprkan diri sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di JPA, Putrajaya. Rata-rata peserta tidak mengetahui agenda/tentatif hari lapor diri. Kami diminta melapor diri seawal jam 8.00 pagi di Kompleks JPA, Parcel C, Putrajaya.

    Di kaunter pendaftaran pertama, kami diminta untuk menanda kehadiran. Dan di kaunter seterusnya segala borang-borang yg duberikan diserahkan kpd pegawai bertugas. Dari tentaf yg baru diberikan, program akan bermula jam 10.00pg hingga 4.00ptg. Aiyark!~ Susunan atur program dimulakan dgn sesi taklimat JPA dan pengenalan PTD, sesi penyampaian amanat daripada orang besar JPA dan sesi pemberian watikan perlantikan dan surat penempatan.

    Alhamdulillah, aku ditempatkan di Jabatan Perdana Menteri dan Isnin ini aku bakal ke sana dgn segerombolan lagi yg tidak dapat dipastikan jumlahnya.




     

    Miscellaneous

    Followers