Tweet..Tweet..

    Harini aku sekali lagi dipanggil untuk sesi kaunseling cum heart-to-heart session wif one of the company director. Seperti biasa intro, 'Sy dengar awk tender ur resignation. WHY??'. And untuk ke sekian kalinya aku menerangkan sebab musabab kenapa aku melakukan aksi berani mati.

    Potential

    To counter back on my tendering, he said i'm a potential staff and they're about to bring me up and to polish my skills etc. I knew that. I know my limit, I know my ability.. and I know I can go along with the company.. but.. how far can I go?

    But i still need time to T.H.I.N.K

    Aku percaya on the project and the company. Aku percaya company boleh survive with the project. Aku happy dgn team and sedey utk tinggalkan team.. Cuma masalah skang ni adalah AKU.. To stay or to leave? Let me T.H.I.N.K



     .

    Sebelum bermulanya Management Meeting, aku telah dipanggil untuk menjelaskan surat 'berani mati' ku yg telah hantar ke HR pada Jumaat lepas. Dan surat tersebut telah berjaya sampai ke tangan yg berkenaan pagi ini memandangkan kecutian yg lama sepanjang minggu lepas.

    Bertanyakan sebab mengapa dan apa yg membuatkan aku melakukan perkara nekad terssebut dan dengan jujurnya aku memberitahu apa yg terbuku di hatiku selama ini. perasaan ketidakpuasan hatian merupakan salah satu sebab selain my self incapability n work burden.

    Bukan maksudku untuk membutkan mereka tak senang duduk, tetapi aku mempunyai justifikasi tersendiri mengapa tindakan tersebut diambil. And aku juga ingin membuktikan bahawa wang bukanlah segalany dan alhamdulillah tidak sukar utk melakukan aksi ini kerana aku masih lagi belum mempunyai apa² komitment selain kpd mak n ayah.

    Aku telah diberi masa untuk berfikir memandangkan perasaan tulus hatinya agak berat untuk melepaskan aku pergi kerana aku adalah antara barisan hadapan ketika e-Info mula diperkenalkan. Aku?? meminta untuk memikirkannya dalam beberapa hari ini.



       

    Bila difikirkan, this is the 1st event of the year. Previously ade a few events invited by SSM but mase tuh xdapat nak join coz lack of resources n busy preparing for off the counter services, OTC nationwide. Alhamdulillah, we're joining them for this event.

    Harini merupakan hari perasmian dan pepagi lg aku dah dapat panggila dar kakak tiri kesayangan yg meminta kami menyediakan printer di kiosk before the opening ceremony by the new minister. and the ceremony will start at 10am. giler!~ manader kedai printer nk bukak pepagi neh.. aduhai..

    Dan akhirnya, printer HP officejet 5 in 1 milik ED berjaya dikebas memandangkan ketiadaan pemiliknya yg bercuti mengerjakan 'umrah'.. dalam keterpaksaan terpaksalah aku melangkahkan kaki ke KLCC untuk menghantar rinter dan sekaligus on stand by for briefing to minister plus the new ceo.. thanks to che din yg sudi menjadi driver mengantar n mengambil.

    seperti biasa, exhibition adalah suatu tempat yg agak membosankan sekiranya kita tak mengisinya dengan perkara² yg menghiburkan hati. antaranya; menyapa setiap orang yg melalui kawasan sekitar, menyibukkan diri di booth di samping meramaikan rangkaian sahabat or just lepak di booth sambil mengupdate facebook. huu~ for me, selain facebook aku kena juga bertanyakan khabar di ofis n menyemak email² yg kunjung tiba.

    aku rasa sgt terharu bila ade 2 org mamat hensem n cute datang ke booth aku utk mempromosikan e-Info. rasa cair je bile dia tarik aku utk bergambar bersama *blushing. before they left, aku sempat mengabdikan beberapa keping gambar untuk menjeleskan rakan² di ofis.. enjoy!~




    p/s: MyIPO exhibition will be my last exhibition with e-Info. really enjoyed every moment spent with e-Info and the team. will never forget those. bermula tahun 2006 hingga now, e-Info bakal mencecah 3 tahun on this coming July. and sadly i wont be there to celebrate our 3rd year. *bergenang

















      

    Setelah beberapa bulan berfikir, aku telah mengambil keputusan nekad ala² aksi berani mati dengan menghantar resignation letter kepada Management walaupun aku tidak mendapat tawaran dari mana²..

    Orang bertanya kenapa.. bagi aku, why shud i stay if i'm not happy?? kerja adalah satu perbuatan yg kita suka. kalau dulu, aku tension, balik lambat kerja siang malam. tp aku tak kisah sebab aku suka. but now..

    Another thing.. one of the reason kenapa aku resign adalah bila aku rasa aku xbuat keje. huu~ it's not something funny sebab bg aku, kalau aku xde buat apa² aku akan rasa bersalah and its not good for the company, kan?? hatta bila aku layan facebook pun aku akan rasa bersalah. hurm..

    kalau dulu aku akan berfikir 1000 kali bila nk berhenti walaupun dah ada offer menanti. but now.. its the time. insyaALLAH.. aku masih percaya pada rezeki dari Nya. and alhamdulillah mak OK bila aku kata aku hantar surat tadi. Ya ALLAH.. tabahkan hati hambamu ini..





     

    Melalui saat hujung minggu yang menggembirakan.. tu yang dapat aku gambarkan ketika ni.. but the part yg buat aku tone down ialah bila memikirkan yang esok keje.. arghhh~

    Bermula dengan hari sabtu, kami bertiga, aku, fiza n ilah memulakan pengembaraan ke KL Books Fair 2009. Mission : Temankan jijah beli revision books untuk adik² nyer.. buka karangan la.. math la.. add maths.. sejarah.. n lastly untuk si kecil bernama dayah, buku mengenal huruf or any coloring books. Tak lupa juga utuk mencari buku² karangan Ust Hazrizal yg terbaru; Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai Ke Syurga dan Rindu Bau Pohon Tin.

    Next, after KLBF2009, kami menuju pula ke Jalan TAR. Mission : mencari tudung. Rasanya xde ape yg diborongkan selama 2jam kami di Jalan TAR. And mission utuk beli tudung dah tercapai dengan sekali lg Jijah menjadi pemborong terbaik. Alhamdulillah aku berjaya mendapatkan 2 helai tudung Donatello yang berlainan harga.. (RM30 di Tarquaz n RM10 je kata arked).

    Malamnye.. kitorg merancang untuk hari esoknye smbil santap Hawaiian Chicken, Seafood Tuna, Super Supreme as well as the Combo from Pizza Hut n menonton Cerekarama. Erm.. lupe plak tajuk dia.. tp something with 'berbisik..'. Enjoyed the drama plus ade nangis skit la. hiks!~

    Seawal jam 10.30 pagi kami dah bertapak di Pavilion Bukit Bintang. Mission : Movie Marathon. 1st movie of the day ialah citer Paul Blart: Mall Cop. Starting cam bosan but towards the end seronok. especially bila part mall to tgh di hijack.

    Selesai Mall Cop kitorg ke B2 for Zohor. And soon after that menapak to the food court. Sorry.. cant remember the name again. kami makan Subway for lunch. Ni kali pertama jijah melangkah ke Subway so aku amek footlong n share with jijah.

    2.40pm our 2nd movie of the day.. The Confession of A Shopaholic. Memang enjoy.. double thumbs up.. so lepas tu kitorg da tanak shopping. trus je balik rumah..

    On the way back baru aku teringat yang esok keje.. warghh!~




     

    lately ni mata kanan aku sering kali berkedip.. apabila ditanya, ada yg mengatakna yang aku bakal mendapat berita baik. and ada gak yang kata aku bakal jumpa orang jauh or orang yg aku rindui.. hurm.. to believe it??

    kalau orang tanya aku. jawapan dia senang je.. mata ade cacing. tu yg berkedip tuh.. hiks!~ apapun semalam aku mendapat call dari orang jauh.. erm.. maybe jugak org yg aku rindu.. da lama aku tak berborak panjang dgnnya. and it end up aku berborak ngan dia smpai bateri hp ku habes.. i miss u a lot..

    banyak yang diborakkan sepanjang hampir dua jam kami di talian.. bermula dengan kisah seharian sehinggalan aku membuka satu isu di mana hanya dia yg tahu kebenaranyya.. walaupun dia sebolehnya menidakkan nya tetapi aku masih ada keraguan.. perasaan ku mengatakan yg ianya benar..

    semakin hari aku mendapat banyak cerita mengenai sikapnya.. dan semakin hari juga kurasakan semua bukti² berada di depan mata.. aku tak pernah mencari tau menyelidikinya.. tetapi ianya seperti hadir sendiri dan ...

    aku cuba bertanyakan kebenaranya tetapi dia tetap menyangkalnya.. dan ini membuatkan persahabatan kami agak dingin..

    dear..sorry for being so mean to you.. but aku memang seperti tak dapat menerimanya.. i'm trying to believe it and on the same time i keep on getting the hints n clue.. i'm lost.. who am i suppose to believe? my own feelings??

    tapi harini mataku masih lagi berkedip.. mungkinkah bukan dia yang kurindu?? atau mungkinkah cacing² itu sudah bermaharajalela di mataku??




       

    Harini merupakan hari yg penuh dengan kecemasan. bukan kecemasan emergency yg aku masukkan. Tetapi hari yg penuh dengan perasaan cemas. Bermula jam 11.30 pagi aku masih menantikan Jijah untuk ambil aku di rumah memandangkan dia beria² nk menghantarku ke LCCT selepas kenduri Afif & Iza di Putrajaya.

    Sebelum itu.. hari Jumaat lepas Iza call meminta aku untuk jadi pengapitnya di majlis bertandang pihak pengantin perempuan di Dewan Putrajaya Holding, Putrajaya. Dah berbuih aku katakan yang aku tak boleh lama dan perlu berangkat ke LCCT sebaik sahaja majlis selesai kerana flite ke Kuching telah ditetapkan pada jam 4.40pm. Tapi Cek Mek Iza beria² nk aku jugak jadi pengapit dan aku dalam keterpaksaan menerimanya. huuu~

    Sambung balik tentang hari yg cemas. Pukul 11.30am Jijah masih lagi belum smpai di rumahku. Pengantin lelaki dan perempuan silih berganti menelefon. Dan aku?? hurm.. menunggu dan terus menunggu. Agenda yg direncanakan, pengantin akan berarak masuk ke depan pada jam 12.15pm. Akhirnya jam 11.50 barulah Jijah smpai bersama Su. Dan dengan kuasa yg ada padaku, Jijah dipaksa membawa Vivanya melebihi daripada kelajuan asal. Dan aku dengan yakinnya berkata, "xpe Jijah, kalau kena saman kita claim kat pengantin".

    Jam 12.00 tghari pengantin telefon mengatakan mereka sudah bergerak dari Presit 8 menuju ke PJH. Dan bermulalah episod kejar-mengejar. Alhamdulillah kami berjaya mengejar kereta pengantin sebelum sempat pengantin perempuan melangkah keluar dari kereta. **credit to jijah

    Jam 2ptg aku masih lg berada di PJH. Slalunya tugas pengapit habis tatkala pengantin berangkat ke meja santapan untuk menyempurnakan makan beradap. Tp ntah ape kelainan yg nk dibuat oleh event manager neh, aku dikehendaki berada di pentas utk acara bergambar plak.. adooii.. by hool of by crook kul 2.15 aku dah kena gerak ke LCCT. Plan utk tukar baju nmpknyer tak kesampaian.

    Kecemasan ke-2. Ntah camner aku leh terlupe yg harini merupakan Grand Opening utk F1 kat Sepang International Circuit. Dan tatkala itu aku terasa cam nk berlari je ke LCCT tur. Or just meminta belas ihsan mamat² bikers utk hantar aku ke sana. Bagi aku kalau lmbt biar lmbt betul. For Air Asia check kena 45mins sebelum waktu berlepas. Penah sekali aku terlepas 45 min dan seboleh²nya aku tanak pisang berbuah dua kali. Walaupun jaraknye hanya 5km, tp pergerakan kenderaan yg bg aku laju lagi kura² dlm perahu.
    50min sebelum check in kami berjaya smpai ke LCCT. Dengan baju pengapit yg agak meriah umpama pengantin, aku pun berlari ke check in counter dengan check in baggage sementara jijah n yg lain menuggu aku di kereta. Terasa umpana akulah Julia Robert lari dari John Mason. hiks!~ aku dah tak peduli ape org sekeliling kata. Yg penting aku dapat check in.

    Selesai check in, aku kembali ke kereta. And, seluruh isi kereta sedang menggelakkan aku yg berbaju seperti pengantin yg melarikan diri dari majlis. wargh!~ Selesai menukar baju aku trus ke departure hall dan dukacitanya bila dimaklumkan yg flite aku delay for about an hour. argh!~

    And now, aku masih dihadapan laptop.. tak boleh nk tido. Penat, letih ngantuk semenuanya ada.. tapi aku masih tak boleh tido. Dah penat berguling² dari satu sudut ke sudut yg lain nya tapi.. keputusannya tetap sama. huargh!~

    ~end of day 1~



     

    Miscellaneous

    Followers