Tweet..Tweet..

    Showing posts with label coretan. Show all posts
    Showing posts with label coretan. Show all posts

    Seminggu lagi nak puasa..
    Selepas empat kali amik tekanan darah..
    Selepas berpusing satu dewan..
    Selepas kena marah dgn doktor (sebab doktor soh duduk.. kita jalan²)
    Akhirnya..
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    ..


    It has been 3 months after new year and I haven't update anything on this.
    Sorry.. It's not because of I didn't have anything to update but it's more to I don't have time to update.. argh!~
    Too many things to share  but yet couldn't find time to write..
    Super duper busy in this super duper division..
    But.. I really enjoy it..





    p/s: will try to find one fine day week to write.. #sigh..


    .

    Harini Majlis Sambutan Hari Raya Taman Sri Jelok.. dan seperti biasa mak antara orang yg tersibuk dgn segala persiapan. Tahun ni mak n the group kena jaga ketupat, lemang n rendang. So far aku memang suka cara Surau Al-Asmah @TSJ ni.. segala persiapan dilakukan bersama.. qariah masjid akan bergotong-royong menyediakan juadah.. malam Sabtu haritu, jemaah Muslimin termasuk ayah sama² menganyam ketupat. Adala dalam 400 biji untuk digandingkan bersama ketupat, rendang ayam (30 ekor) dan rendang daging (40kg) juga antara juadah yg disediakan selain Mee Kari, Mee Bandung.. selain tu, makanan sampingan spt rojak buah, roti bom dan kuih-muih pun ade. *whoa.. mewah*

    Apa yang aku suka dengan Jamuan Raya @TSJ ni ialah... BLOOD DONATION.. every year mmg akan ada program derma darah oleh PDN. So, sambil menjamu selera, boleh la menderma darah. After 4 years, akhirnya aku kembali untuk menderma darah.. hehehe!~ sorry Tabung Darah.. bukan sengaja, tapi tuntutan kerja membuatkan aku tak dapat nk menderma.. hihihi!~

    Pengalaman menderma darah selepas 4 tahun meninggalkan adalah agak seronok. err.. seronok ke? *wink* ceritanya bermula dengan bila kena check blood pressure.. bp agak tinggi.. katadoctor maybe sbb aku baru lepas makan.. doc bertanya pasal migraine, so aku kata last aku kena migraine Isnin minggu lepas.. so doc kata sepatutnya aku takleh derma sbb takut membahayakan kesihatan (takut pening/pitam/jatuh lepas derma).. so aku kata "I'm ok doc".. huuu!~ masa ni semangat agak jatuh skit la.. takut² doc xkasi derma.. then doc kata, "Ok sy bleh bg awk derma, tp just 350ml je".. ok la tu.. better than nothing.. Then, lepas check bp, kena gi kat registration plak.. kat sini hanya proses pendaftaran dan key in donor's info kat system. Memandangkn aku tak bawak buku, doc ingat aku 1st timer. So, just kata xbawak buku, then dia check kat dlm system.. my last donation was back in 2006.. 29/6/2006.. lama kan? lepas registration, bermulalah ceritera ku..

    Seperti biasa, aku akan memilih left handed seat.. xde specific reason.. just sebab aku rasa tangan kanan ni bekerja keras, so aku mintak utk cucuk sebelah kiri.. proses penyucukan berjalan agak sedikit terganggu sbb doc xjumpa salur darah.. hii!~ (tanda² utk aku mengurangkn berat badan kot.. :p)..  nk dijadikan cerita, darah yg keluar agak sedikit.. adala dalam 100ml, lepas tu darah stop keluar.. doc pun sibuk la cari salur darah.. then aku kata, xpela doc, tukar tangan sebelah kanan je la.. :p so, jarum bertukar tangan.. yg bestnya, xsampai 10mins darah dah penuh.. almost 500ml.. ups.. terlebih sudah.. kata nurse yg kebetulan org Sabah.. so.. total blood donated.. 100ml + 500ml = 600ml.. 250ml lebih dari yg doc bg.. hiii...


    1st attempt.. left hand

















    .

    For the past few months, there are too many rumors about me and my whereabout.. first was about me myself has been short-listed as The Secretary’s Special Officer, then about me chosen to be the SO and the latest is about me to be the Assistant Director of newly set up institute. But again, there’s nothing confirm. I can only hear and wait (for the official letter). As for me, I’m not going to comment on any of the rumors.. I’ll just wait and see..


    Genap sebulan selepas Ekspedisi KorGa BCA, aku dilamar untuk ke sana lagi. Kali ni bukan sebagai peserta, tetapi sebagai guider.. Errr.. guider ke? Takdela.. Kire jadi guru pengiring.. hahaha!~ Lamaran kazen aku sebab katanya trip kalini ramai wanita. Ekspedisi Kelab Kembara UKM KL..

    Hmm.. mampukah aku?





    .

    Untuk kesekian kalinya BCA mengadakan trip outdoor. Kalini, Gunung Korbu dan Gayong menjadi cabaran kami..

    ----

    Mei 13, 2011 (Jumaat)
    KL - Ipoh - Empangan Ulu Kinta

    8.00mlm semua peserta dah kena berkumpul kat KL Sentral.. rata²kebanyakannya kerja dan amik half day sebab nk save cuti.. huuu!~ aku pun sama. kerja. Kul 5 sharp aku balik rumah dan mintak tolong ayah hantar ke KTM Komuter Kajang sebelum dia ke surau Maghrib tu. Dlm kul 7.45pm aku dah tercongok kat depan KFC KL Sentral. Kelihatan beberapa kelibat ahli BCA dah sedia menunggu. Pembahagian ration dan air mineral utk setiap peserta. Kitorg juga diingatkn utk xlupa utk bwk satu botol kosong utk kegunaan di Korbu nanti.

    Jam 9.45mlm keretapi membawa kami ke Ipoh. Dr Ipoh, kami akan dibawa menaiki lori 1 tan untuk ke empangan Ulu Kinta. Dlm kul 12 tgh mlm kami tiba di Stesen Keretapi Ipoh. Sebelum ke empangan, kami sempat singgah makan di Kg Bt 8, Ulu Kinta. Mmg layan kat kedai ni. Karok sampai pagi.. huuu!~

    Jam 2.00pg kitorg sampai di empangan dan telah mengambil keputusan utk bukak khemah kat depan tu je sementara menunggu hari siang dan bjalan masuk ke kaki gunung. ZZzzz..


    Mei 14, 2011 (Sabtu) 
    Empangan Ulu Kinta - Kem Seroja

    Seawal jam 7.00 kami dah bangun dan siapkan sarapan pg dan packed lunch. Menu harini: nasi goreng sosej. Jam 9.00pg perjalanan kaki gunung dimulakan. Mmg lencun la.. berjalan +- 4km tawaf empangan Ulu Kinta utk sampai ke dalam. Alhamdulillah.. nasib baik ade uncle tractor yg tambak sungai tu sudi tumpangkan kami utk ke dalam setelah +- 2jam berjalan.

    Selepas berehat melepaskan lelah, perjalanan masuk dimulakan dgn lafaz Bismillah. Hala tujuan sebelum Kem Seroja ialah Air Terjun. Perjalanan dari entrance ke Kem Seroja mengambil masa +- 5jam.. bila ditambah dgn 2 jam perjalanan dr entrance, adela kira² 7jam perjalanan.. ditambah tolak masa take 5 dan break, 9jam gak la..


    Mei 15, 2011 (Ahad) 
    Kem Seroja - Kem Kijang - LWP- Kem Botak - Puncak Korbu

    Perjalanan hari kedua dijangkakan mengambil masa 8jam. Kira normal working hour tanpa OT. Itinerary perjalanan adalah:-

    Kem Seroja ~ Kem Kijang (1jam)
    Kem Kijang ~ LWP (2jam)
    LWP ~ Kem Botak (1.5 - 2jam)
    Kem Botak ~ Puncak Korbu (3 - 4jam)

    Perjalanan hari ke-2 dimulakan pd jam 10pg  selepas breakfast bihun sup PAMA. Harini kami dibekalkan dengan packed lunch, nasi lemak sambal ikan bilis hasil air tangan Chef Naz dan Chef Rina. Pukul 11.30pg kami berhenti makan tengahari di kem Kijang sambil meninggalkan sedikit ration yang akan digunakan pada hari esok memandangkan malam ni je kami stay di Korbu dan akan turun ke Kem Kijang/Seroja untuk malam esok. Lebih kurang pukul 1tghari kami bersiap untuk memulakan pendakian ke LWP. Dengan keadaan cuaca hujan dan trek yang becak, masa yg diambil agak lama.

    Lebih kurang pukul 3.30ptg baru kami tiba di Last Water Point. Di sini setiap kami dikehendaki mengisi 2 botol 1.5l untuk kegunaan di puncak Korbu. Lebih kurang kul  4 baru kami bergerak ke puncak Botak. Seperti biasa, kumpulan telah terbahagi 3 dan kali ni aku berada di group kedua. 1st group aka shooter yg bersama guide mmg tak kelihatan. 3rd group aka sweeper yg selalunya membawa peserta yg injured juga tidak kelihatan. Dari LWP, kami tiba di puncak Botak lebih kurang kul 5.30. Walau bagaimanapun, aku telah berjaya mencipta rekod peribadi dgn tiba 30min awal.. huuu!~

    Dengan gerimis geli² hujan membasah bumi, kami berehat sebelum menyambung perjalanan ke Puncak Korbu yg memerlukan kami merentasi 2 puncak iaitu Chuban dan Korbu Raya. Kami menggelarkan perjalanan ke puncak Chuban sebagai trek gelak sebab keadaan trek yang berlumpur sedalam satu kaki membuatkan kami tergelak sebelum mengharunginya.. hahaha... lebih kurang pukul 10malam baru group kami tiba di puncak Korbu setelah mengharungi 4 pendakian berbatu.

    Group terakhir tiba di puncak Korbu pada jam 2pagi.


    Mei 16, 2011 (Isnin)
    Puncak Korbu - Puncak Gayong - Kem Kijang

    Jam 9.00pagi, selepas bersarapan ringkas, kami memulakan perjalanan ke Puncak Gayong. Perjalanan dari puncak Korbu ke Gayong secara santai mengambil masa 1jam 30min. So keseluruhan perjalanan ialah 3 jam. Dua(2) peserta yang injured dan satu (1) peserta yang berpatah balik ke campsite bertindak sebagai masterchef utk hidangan tengahari. Trek ke Gayong agak curam dan memerlukan beberapa pendakian. Sebelum sampai ke puncak Gayong, peserta akan berjumpa dengan Puncak Proton dahulu. Puncak proton di beri nama sempena emblem proton yg terdapat di puncak. :)

    Selesai berehat, makan jajan, bergambar, posing dan melompat, perjalanan pulang ke Korbu dimulakan pada jam 11pagi.. di puncak Korbu, makan, kemas campsite, bergambar posing dan melompat sebelum turun ke Kem Kijang pada jam 2ptg. Kat sini, kesabaranku sebagai sweeper memang benar² diuji. Aku follow 2 org peserta wanita yg injured. Pukul 7 malam baru kami sampai ke puncak Botak.. dan perjalanan sejam yang aku lalui dari LWP ke Puncak Botak menjadi berganda² masanya.. walaupun perjalanan menurun, masa yg diambil ialah 4jam. Dan bayangkan masa diambil dari LWP ke Kem Kijang.

    Kesimpulannya, group terakhir tiba di kem Kijang pada jam 4pagi. ZZZzzz...


    Mei 17, 2011 (Selasa)
    Kem Kijang - Kem Seroja - Empangan Ulu Kinta - Ipoh - KL


    Perjalanan tanpa sarapan dimulakan pada jam 10pagi memandangkan kami telah memutuskan untuk berhenti brunch di Kem Seroja. Strategi harini, untuk peserta yang injured, mereka dikehendaki bermula sejam lebih awal sementara peserta yg lain membersihkan campsite. Tiada specific check point utk berhenti ketika turun, setiap group berhenti dimana² tempat yg dirasakan sesuai seperti waterfall, kem kancil, etc. Dan seperti biasa, aku akan berada di belakang.. hmm..

    Alhamdulillah setelah pelbagai rintangan dihadapi, last group keluar pada jam 7.00 malam dengan perjalanan yang terpaksa menggunakan sedikit elemen tidak berperikemanusiaan.. hiiii!~ sure orang dah taknak soh aku jadi sweeper dah.. Dengan mengambil keretapi jam 9.00 malam, peserta ekspedisi selamat tiba di Stesen Sentral KL pada jam 12.00 tgh malam..

    Keseluruhan ekspedisi berjaya.. gabungan BCA dan Massudafoll memang terbaik walaupun mereka meninggalkan kami ketika turun..

    BCA vs Massudafoll KorGa 2011




    .

    BBQ di Bukit Wangsa.. juga sesi panas badan sebelum misi KorGa (Korbu - Gayong) beberapa minggu lagi.. Sesi panas badan kali ni agak meriah sedikit dgn sesi BBQ dan sambutan hari lahir seorang ahli BCA.. Abg Fariz Hamzah. Seperti trip sebelumnya., trip kali pun tersesat dalam mencari jalan keluar. Tp xdela jauh sangat cam haritu...


    Checkpoint No 3





                                                                                    


    Semalam sempat bersucker punch dgn kawan².. last minute plan.. kami berempat je yg nengok.. movie di Alamanda kul 8.30.. 1st time rasanya aku tgk gsc cepat betul tayangkan filem.. kalau selalunya, 10min lepas masa tayangan baru filem akan keluar sebab kita akan dihidangkan dengan iklan² dan trailer².. tapi semalam, kitorg masuk kul 8.35pm, movie telahpun ditayangkan..

    Review

    so far citer ni ok la.. aku kategorikan sbg citer aksi dan fantasi.. at certain time, aku rasa cam tgh main game pun ada.. hehehe.. citer pasal sorg remaja perempuan, Babydoll (Emily Browning) yang dimasukkan ke rumah sakit jiwa oleh bapa tiri yg tamakkan harta. But, rumah sakit jiwa ni bukan rumah sebarangan.. it's more to girls house dan  mereka akan dijual.. so babydoll ni nekad nk larikan diri dr rumah sakit jiwa tu sebab dia akn dijual kpd High Roller. Kat sini aku cam konfius samada benda ni in reality or fantasy.. Lepas tu dia dipertemukan dgn Sweet Pea, Blondie, Amber dan... err.. lupa plak nama sorg lg.. diorg ni org² lama di rumah sakit jiwa ni dan sgt excited utk keluar.

    bila berjumpa..jd satu kumpulan.. oh ya.. babydoll ni kena complete mission utk selamatkan diri dalam masa 5 hari.. adela aksi dia di alam fantasi di mana dia jumpa dgn org tua yg akan bg guide utk dia lepaskn diri.. but 1st dia kena cari 5 benda untuk mencapai kebebasan.. so utk mendapatkan benda² ni, berlaku lah aksi² ala² game counter strike.. emm..  naga yg dlm Merlin tu pun ade gak..

    Secara keseluruhannya aku enjoy filem Zack Snyder ni.. jalan cerita ok.. cuma ada gak aku rasa boring skit sbb repeat aksi² masa nk completekan mission mengumpul items tu.. and penonton kena pikir sikit utk membezakan keadaan dan cerita.. pastu filem takdela aksi yg keterlaluan sgt.. sebab tu dia PG13 je.. aku rasa best sebab penggunaan CGI utk aksi² dan skil² sangat menarik, cantik dan gempak..




    .



    Unplanned movie watching.. hehehe.. plan nk tgk wayang ni tercetus masa kami balik dr induksi kat Melaka tghari tadi.. errr.. kalau dah namanya unplanned, xle nk guna ayat plan.. erm.. ok. Kete ku ade 2 org penumpang.. Amirah n K.Wan.. biasa la, aktiviti dalam kereta berborak dan bergosip.. elok aku masuk exit Putrajaya, tetiba Mirah tanya boleh ke lepak rumah K.Wan sbb flight dia kul 8.. K.Wan kata ok je.. pastu tetiba datangla idea jahat utk tgk movie.. memandangka iPhone ade cineapps, so kitorg tgk movie yg paling dekat masanya.. aorund kul 3.00pm-3.30pm sebab Mirah kena naik ERL at least kul 6.30pm.. so ade option Rango, HMM and Beastly.. kami decide nk tgk HMM.. bila kat kaunter GSC Alamanda, dia kata HMM ngn Rango full.. yg ade Beastly je.. dgn xtau citer pasal apenye, kami pun amik la Beastly for the sake of watching movie..

    Review

    Beastly ni kisah lelaki kacak, Kyle (Alex Pettyfer) yang bangga dengan kekacakannya.. kerja dia hina orang yg xcantik aka hodoh.. antara yang aku ingat statement dia masa pemilihan Presiden  'You will only succeed if you are handsome' kalau ditranslate akan bunyi 'Anda hanya akan berjaya jika anda cantik'. Dia ni mmg menyakitkan hati sampailah ade sorg ahli sihir ni, Kendra (Mary-Kate Olsen) sihirkan dia dgn jadikan muka Kyle ni hodoh cam beast. Utk Kyle keluar dari sumpahan ni, dia kena cari seorg ppuan yg betul² cintakan dia dan say 'I love u' to Kyle. So bermula la episod kehidupan Kyle yg hodoh mencari cinta sejati.

    Bagi aku cite ni mmg sangat best.. romance.. pastu byk aksi comel.. bila dia culik Lindy (Vanessa Hudgen). cite ala² Beauty and The Beast versi millenium.. suke Kyle yg aku rasa lg hensem masa dia hodoh :p

    p/s: cinta tak kenal siapa..



    .

    Sempena cuti Tahun Baru Cina haritu, BCA telah organize satu lg XPDC.. Redah Yong Yap (7113') -  Bubu (6475') - Tok Nenek (6248').. Ekspedisi kali n disertai oleh 18org... 13 lelaki dan 5 ppuan.. bagi trip ni, Abg Bedul aka Kargo xdapat join sebab injured masa main bola sepak 2 minggu sblm trip.. so this trip tribute to Bedul..

    Feb 2, 2011
    Jam 10mlm kami bertolak dari Shell Jalan Duta sebelum berkumpul di RnR Tapah. Dari sana, konvoi ke Balai Polis Lojing melalui Tapah. Memandangkan keadaan dinihari, bercampur hujan gerimis, keadaan jalan sangatla kureng. Kabus agak tebal sehinggakan kami terlepas lorong ke Balai Polis Loging. Jam 2 pagi barula sampai di BPL dan terus siap utk tidur di surau yg tersedia.

    Feb 3, 2011
    Seawal jam 7.00am, 4WD sampai, guide, Pak Kassim dah mejerit mengejutkan kami. Memandangkan BPL buka kul 8.00 pg, so kami bersiap dan bfast ala kadar sementara nk tunggu BPL buka. Lepas register kat BPL,  perjalanan dimulakan dgn 2 buah 4WD. Gugurl sepeti biasa mendapat privilege dgn menaiki 4WD yg bertutup manakala sang teruna kena naik 4WD yg terbuka ala² cam angkut lembu tu.. ups!~

    Tiba di Perkampungan Orang Asli Pos Brooke, kami diberi sedikit taklimat oleh Pak Kassim dan ekspedisi ke Kem Balak Pecah dimulakan. Dlm perjalanan ni adela berpuluh sungai yg direntasi. Dari sungai kecik, sampai la sungai besar.. dari air takat buku lali, sampaila ke takat dada.. memang mencabar. Dlm kul 5.00ptg kami tiba di Kem Agas. Hajat dihati utk melepaskan lelah sebelum meneruskan perjalanan ke Sg Y dan seterusnya ke Kem Balak Pecah. Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan yg tidak mengizinkan dan ada yg dah agak pancit, dsb, kami mengambil keputusan utk bermalam di Kem Agas je.

    Feb 4, 2011
    Selewat jam 9.00pg baru kami memulakan perjalanan ke Kem Balak Pecah. Target harini ialah ke Puncak Yong Yap dan Bubu. Perjalanan merentasi sungai diteruskan lagi untuk hari ke dua. Oleh itu, pakaian yg lightweight amatla diperlukan. Trek sepanjang perjalanan ke Simpang YongYap - Bubu boleh dikira . Tapi, trek dari Simpang YY-Bubu memang mencabar. Mendaki dan mencanak. Walau bagaimanapun, view² sepanjang pendakian membuatkan kita xterasa kemendakiannya (err.. ade ke perkataan ni?) tu..

    Memang layan tol view kat Puncak YY ni. Mmg betul view 360°.. Pagi petang siang malam.. memang bergambo je la keje kami.. kire sampai lupe la nk masak ngn pacak khemah.. klik.. klik..


    Feb 5, 2011
    Mission harini ialah ke Puncak Bubu. Memandangkan semalam dah xcapai target, harini kami dijangka utk overtime supaya segalanya back on schedule. Kira² separuh perjalanan, kumpulan kami terpisah 3 dgn guide berada di hadapan. Spt biasa, aku akn pilih utk cover those yg injured sbb maybe sbb dulu aku masuk PBSM kot.. :p Walau pun sbnrnya penat trekking ikut injuries ni, tp aku suka.. :)

    Kul 3, group 2 dan 3 bertemu dan group 1 telah jauh meninggalkan kami di belakang. Slow walk ke Puncak Bubu dgn harapan mereka menunggu di sana. Selepas 2 jam, kami tiba di puncak Bubu. Ikut hati, mmg nk bermalam di sini, tp ats kecekalan nk menawan Yong Yap, kami tinggalkan sebahagian bebanan, dan teruskan perjalanan ke Yong Yap. Trekking harini mmg menguji ketabahan kami.. dgn keadaan trek yg dikira rabak + pendakian berlumut + kehabisan bekalan air + terpisah dgn guide + injured, etc.. kekuatan mental dan psikologi mmg diuji. Dgn condition sebegini, perjalanan mengambil masa hampir 3jam utk kami sampai ke last water point di Kem Lopak Air.

    Pendakian selepas Kem Lopak Air utk ke Kem Kambing dan Seterusnya ke Yong Yap amatlah mencabar. Dan disini aku telah diuji dgn migraine yg kronik.. argh!~ Keseluruhan perjalanan kami pada hari ni ialah 15jam.. pergh!~ mencabar tak?

    Feb 6, 2011
    Pagi selepas melayan view sunrise, bfast dan berkemas, kami menuju ke puncak Tok Nenek yg jaraknya sekentut sepelaung je dr KK.. ni betul punya sepelaung.. tengah kitorg pack up, Pak Kassim tetiba hilang.. alih² dia jerit dari puncak Tok Nenek.. misteri sungguh..

    As planned, di atas TN kami menukar kostum kepada pakaian pejabat.. klik.. klik lagi.. hehehe.. selepas bergambo, kami terus shoot turun dari TN ke Post Brooke. Perjalanan kali ini memang mencabar.. selain sungai² dan anak sungai yg perlu diredah, jutaan pokok buluh jg melambatkn perjalanan turun.. sakit pinggang der.. asyik kena bongkok nk lalu bwh pokok buluh.. ni belum kire duri yg melibas kaki.. argh!~

    Natijahnya, group kami terpecah 3.. yg pertama droup otai, kedua group hustler.. dah yg ketiga group injured.. hahaha.. perjalanan yg getir memang betul² menguji emosi dan mental kami.. dek kerana ini adalah perjalanan turun, so masing² gagahkn diri juga.. kalau XPDC Stong-Ayam haritu, air nescafe ais stesen keretapi menjadi motivation factor, kali ni air coke sbg pengganti. however, I really enjoy the experience.. can't buy anywhere on earth..

    Kumpulan terakhir (kumpulan aku ler tu) check on di PB jam 11.00mlm.. walau bagaimanapun, perjalanan keluar tergendala dek kerana satu drpd 4WD kami tersangkut pada batu besar di Sg Brooke. So, sementara menunggu yg gagah perkasa menolong menolak, menarik, terkinja² melompat² utk release 4WD, kami semua berkumpul dlm kedinginan malam berbumbungkan langit berbintang (cantik giler.. subhanallah). Drpd info yg diperolehi, uncle tu nk masuk dlm sampai Sg Y utk selamatkan kami sebab dlm group aku ada 2 org yg injured.. sgt appreciate niat murni uncle tuh.. sedih!~

    alhamdulillah.. jam 2pg kami telah berjaya dibawa keluar dr PB. aku mmg salute skill pemanduan anak uncle tu, Kumar yg berjaya mengawal 4WD melalui jln balak sambil menarik 4WD bapanya yg tersangkut td.. err.. 4WD uncle tu mati enjin masa lepas  struggle  nk melepaskan diri dari batu yg tersangkut td..

    Lepas bersiap² membersihkan diri di BPL, kami menyerbu kedai mamak di Simpang Pulai. Di sini, masing² melantak makan macam setahun xjumpa makanan. Secara keseluruhanya, this is another best trip ever. Setiap trip akan ada memori tersendiri. So, from this trip, there's a lot of things that we learned..
    1) Percaturan masa ~ kalau ikut guide, mungkin ambil masa 2 jam, tp for beginner, we may double the time..
    2) Percatuan makanan ~ dek sebab trekking yg mencabar, nafsu makan masing² makan cam sekar..
    3) Team spirit ~ gunung sama didaki, lurah sama dituruni..




    .



    Aku terpanggil untuk buka satu entry mengenai solat ketika outing.. outing kat sini lebih fokus kepada outdoor activity cam trekking n hiking trip yg makan masa dan hari.. erm.. sebelum ni, solat merupakan satu faktor kenapa aku tak aktif sgt outdoor.. and sebolehnya aku akan join trip yg masa time aku period. sampaila ku terbaca post pasal ni kat satu daripada forum outdoor yg terkenal,Gunung Online..

    http://www.gunungonline.com/basecamp/viewtopic.php?f=19&t=2180&view=next

    Dari apa yg dibincangkan, aku dapat simpulkan bahawa ketika kita outing, kita juga dikira sbg musafir. "yang dinamakan musafir itu apabila dia keluar dari tempat dia bermastautin. secara bahasanya, musafir bermaksud orang yang dalam perjalanan. berlawanan dengan muqim iaitu orang yang menetap."

    Jadi, dalam hal mendaki gunung ni, ia juga adalah safar. dan pendaki tersebut adalah musafir. jadi boleh lah dia nak qasar.dan disebabkan kesulitan untuk mencari ruangan untuk solat diatas gunung, maka dibolehkan jama'.

    Dari segi wudu' pula, sebolehnya menggunakan air dan tidak dibenarkan tayammum kerana di Malaysia sumber airnya adalah mudah. namun kelonggaran yg diberikan ialah pendaki gunung tidak perlu menanggalkan kasut mereka selama 3 hari dan cukup dgn menyapu sepatu sahaja.

    Ustazah dulu penah ajar cara² untuk mengambil wudu' hanya menggunakan segayung air.. hanya perlu disapukan air sekali pada muka, tangan, sebahagian kepala dan kaki.

    "Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali." - (Surah Al-Maa’idah: 6)

    So, tak menjadi alasan utk tidak bersolat ketika melakukan aktiviti outdoor.. antara bacaan dan rujukan lain:
    http://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=14
    http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/t=1856.html

    p/s: Akan bertandang ke Gunung Yong Yap, Bubu dan Tok Nenek.. doakan kami semuanya selamat pergi dan kembali tanpa kecederaan..



    .

    Smalam.. kawan² PTD plan untuk buat surprise birthday party to one of our friend, Pino. Asal nama ni sebab dalam batch kami ada ramai bernama Hafiz.. irregardless perbezaan ejaannya tetapi sebutan tetap sama.. Hafiz.. So, bermacam² la gelaran diberikan kepada individu bernama Hafiz ni.. Hafeez PeakO, Hafiz Pino dan Hafiz Kungfu..

    Berbalik pd surprise birthday party utk Pino.. Ahad malam Emily Yg Comot fb message kepada yg terlibat dlm persiapan sambutan.. tugas masak memasak diberikan kepada aku dan EYC memandangkan yg lain ada training bola tampar selepas waktu pejabat.. earlier plan, tugas masak memasak akan bermula seawal jam 6.. so aku decide utk terus ke tempat kejadian (rumah PeakO) langsung dari ofis.. Sure tak sempat kalau aku nk baik rumah dulu.. singgah beli buah²an di Pasar Presint 8 sebelum ke Presint 9. Tepat jam 5.50 aku dah tercangak kat parking kete P9.. kalau rumah ppuan, mmg da lama aku serbu.. Tp rumah lelaki, dan aku pun tanak kawen free.. so terpaksala aku menunggu ketibaan Cik EYC yg tiba jam 6.40ptg.

    Menu malam semalam adalah bersempena dengan Hari Raya AidilAdha (sebenarnya tuan rumah nk habiskan stok daging je tuh.. hehehe): Gulai Lemak Cili Api, Sambal Daging Petai, Kangkung Belacan, Kobis Goreng, Ikan Goreng dan Telur Dadar.. memang menu penuh meja.. ditambah dgn beberapa kudapan sampingan spt Olive Pickle dan Fruit Platter.. serta menu pelengkap.. Birthday Cake.. Alan saje beli kek yg lemak berkrim disukai ramai supaya krim² yg menggemukkan badan tu boleh dicalit ke muka birthday boy.. ;)

    Overall celebration was fun walaupun makanan sedia dihidangkan sejam lewat drpd rancangan awal jam 8mlm.. sorry guys.. kitorg dah berkungfu kat dapur.. walau bagaimanapun, makanan licin tak sampai stengah jam.. pergh!~ mmg tahap piranha memasing.. alhamdulillah!~ tiada pembaziran yg berlaku.. good job guys..



    .

    Don't know where to start.. dont even know what to write.. just feel that I need something to express my feeling right know.. and definitely its to this blog.. Ya ALLAH.. at this moment you are the only hope.. you whats in my heart.. please give me strength to overcome this. Trying to avoid this feelings but its there. I know I shouldn't take this seriously but you I'll always took it seriously when it come to him. You're my friend.. You're there when in need. U always know what to do when I'm down.


    Somehow I feel that by writing here I am exposing myself to my current or previous feelings that I do not want to reveal. Something that I like to keep as a secret. Something that I might regret writing and letting just anyone read. But the urge to write again is very strong at this moment. However, I often realize that after writing here,I'll be able to let my ideas flow. I know what I want to write and must not let my fear of imperfections ruin my desire to accomplish my target.

    I don't really know what to write now but what I know is I just want to write something although something can actually be nothing or just a single line or paragraph.

    I don't really know if somebody is reading this but it is fine if nobody reads this although someone might come across this and it could be anyone or none. No matter they know whoa I am or not.

    There goes my something coming out from my nothingness.

    p/s: Ya Allah, please give me the strength..



    .

    Sempena Hari Malaysia harini aku telah ditugaskan untuk menjaga Pusat Pengurusan Operasi Negara atau nama glemernya PPON. Ni kali pertama aku ditugaskan pada hari cuti. Di saat ku kesepian ini, aku telah merajinkan diri untuk memberikan sedikit sentuhan kepada blog yg usang dan dah lama tak dijaga neh.. hiks!~ Satu widget baru telah ditambah iaitu 'Tweet..Tweet..' column kat atas neh.

    Memandangkan aku ni 'rajin' untuk update blog, so dengan adanya column 'Tweet..Tweet..' ni diharapkan blog ni takla bersawang sangat. Like I said before, banyak benda yg nk ditulis dan diletakkan sebagai entry. Tapi bila jemari mula menekan keyboard, satu patah haram pun tak keluar. #sigh!~ Kadang² cukuplah dengan sebaris perkataan dah cukup untuk mengungkapkan perasaan aku ketika itu. Untuk itu, aku telah link antara Twitter - Facebook - Blogger.. senang.. one tweet will update all.



    p/s: Selamat Hari Malaysia to all..
    p/s: Happy Birthday to my friend Siti Nadiah Ismail aka Nedd, Rozyanie Ridzuan and Farhana..



    .

    Kalau anak² diperantauan selalunya membuat kejutan kpd ibubapa dengan pulang ke desa di pagi lebaran, namun bagi keluargaku pada tahun ini kejutan berlaku bilamana ayahku ygtiba di kampung halaman rumah pada pagi raya tatkala jarum jam berada pada kedudukan 4 dan 12. Surprise kan?

    Ceritanya bermula begini..

    Aku telah mengambil cuti seawal 3 hari sebelum Hari Raya (10 Sept 2010). Perancangan awal untuk kami pulang ke kampung di Perlis ialah pada hari Isnin atau Selasa malam. Biasela.. kami suka bershopping sebelum raya dan that's the reason why aku ambik cuti 3 hari sebelum raya. Tapi pada saat² akhir adikku memberitahu yang dia tak dapat cuti sebab TV3 akan mengadakan siaran langsung MHI Raya di hotel tempat dia bekerja dan dia kena kerja pada kedua² hari sebab kekurangan chef. Tp bagi aku, diorg hanyala menggunakan dia as a practical student utk kerja pada hari raya utk membolehkan staf² yg lain cuti beraya. hmm...

    So, pulanglah aku, abang dan mak ke kampung sebab ayah tak sampai hati nk tinggalkan adik keseorangan. Tapi, adik keje, nanti ayah yg tinggal sorang kat rumah. Hmm!~ no comment. First time kami sekeluarga rasa sebak nk pulang ke kampung. Ayah pun cam tanak pandang kami bila kami nk keluar dari rumah. **sigh.. Persiapan raya tahun ni sederhana je sebab balik kg lambat dan takde mase nk shopping cam tahun² sebelumnya. Lagi² bila ayah takde.. sebab selalunya dia yg suka ajak aku ronda² sekitar Perlis utk cuci mata dan shopping.

    Malam raya kami berborak pasal ayah yg beraya di rumah. Tak sampai hati nk telefon takut nnt tersebak. uuu!~ Malam tu.. tengah sedap tido sambil diselimuti kediginan air cond semulajadi, mak terdengar suara adik memberi salam. "Bemimpikah aku?", mungkin tu monolog maka bila terdengan salam sebab selalunya adik memang balik malam² buta. Menurut cerita mak, lepas tu mak dengar suara ayah pulak. Ish.. memang rindu giler kat suami kot. sampai termimpi². Mak bangun dan menuju ke pintu.. rupa² ada kejuan.. ayah dan adik pulang beraya di kampung.. **big smile.. seronok sangat!~




    .

    Dalam tak sedar, dah hampir 5 bulan aku di sini. To be frank, aku masih mencari tune untuk membiasakan diri dengan keadaan kerja sekarang. Walaupun kerjaku tak seperti dahulu, keluar awal, balik lewat.. tapi kepenatannya melebihi sebelumnya. Aku ingat quote beberapa orang tatkala aku nk melakukan penghijrahan ni.. kata mereka aku dah  biasa dengan fast track and now I've to work in a slow pase.. that's a torture for me.. hurm.. mungkin.. kepenatan sebab otak yang tak berjalan. Tujuanku menulis bukan tandanya nk memberontak atau merungut dengn kerjaku sekarang.. jauh sekali utk menyesal  tentang ape yg telah aku putuskan. Cuma melontarkan apa yg terbuku di hati.

    Alhamdulillah.. Mungkin ada hikmah disebalik keadaan. Aku percaya setiap apa yg terjadi ada kisah disebaliknya. Mungkin dahulu aku terlalu bekerja hingga kurang masa bersama keluarga. And now I get my family privilege back. Cuma aku harapkan aku tidak berasa bosan dan putus asa dengan apa yg aku lalui sekarang.. Nauzubillah!~

    Antara cara untuk aku membusykan diri adalah dengan menglibatkan diri dengan aktiviti jabatan dan persatuan. Dan seperti yang pernah aku ceritakan sebelum ini, dilantik sebagai Timbalan Presiden batch serba sedikit membuatkan aku sibuk. Walau bagaimanapun, kebelakangan ni aku mendapat perhatian dalam bidang pengacaraan. Ntahla ape yg bagus sangat dgn aku ni.. rasanya xde plak sebelum ni aku menjadi mc. kalau event manager tu byk la..

    Ingat lagi  masa mula² sesi pengenalan diri.. bila aku bersuara, ada suara² mengatakan yg suara aku sesuai untuk menjadi mc. Dalam sedar tak sedar aku telah dilatih sedikit demi sedikit utk menjadi mc.Bermula dengan aktiviti Bahagian hinggalah ke acara besar spt Majlis Penyerahan Bantuan Kemanusiaan anjuran BALKIS. Esok, aku telah diamanahkan untuk menjadi Master of the Ceremony (MC) untuk satu program anjuran Bahagian Maritim.

    Dan untuk program esok, aku baru merasakan keperitan menjadi MC. hiks!~ boleh ke wat ayat camni.. Sesi rehearsal tadi membuatkan aku nervous giler dan rasanya tekak pun agak perit bila aku dikehendaki mengulang mc script berkali² sehinggalah diorg puas hati dengan tone dan nada setiap perkataan. uhuk.. uhuk.. dan dengan pelantikan ini aku telah digelar Fatien MC oleh bosku, En Zam. aiseyh!~ ade je nk kenakan orang.. lalalala.. wish me luck for tomorrow!~




    .

    August 14th kembali lagi. Bertambah lagi satu angka untuk umur aku. Alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah ini. Masih banyak lagi yang perlu aku cari dan perbaiki. Sambutan tahun ni tak seperti kebiasaannya sebab August 14th berada dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak. Tiada sambutan surprise party seperti tahun sebelumnya tetapi aku tetap rasa gembira. Thank you everybody for the wishes. Thanks to you too!~

    Ulangtahun kali ni aku menerima surprise daripada Salwa Arif aka Wawa kerana sanggup berhempas pulas bertegang urat melahirkan seorang baby boy yang diberi nama.. Ammar Zafran bin Zarin Azham. Congrates to wawa n zarin. Sukenye bila ade 'anak buah' yg berkongsi tarikh lahir. Baru perasan yg kebanyakan baby boy yg lahir tahun ni dinamakan 'Ammar'.. antara yg terdekat dengan aku, Ammar Zafran, Jufri Ammar Rayyan dan Mohd Ammar. 3 Ammar yang baru dalam hidup aku..




    .

    Ada 15 hari lagi sebelum umat Islam mula berpuasa. Tetapi rata² di sini sudah sibuk mengambil tempahan kuih raya. Tester² telah mula diedarkan ke setiap bahagian dan tempahan diambil sehingga minggu pertama puasa.

    Aku? Mengambil keputusan untuk tidak membeli dan hanya membuat sendiri biskut² feveret spt choc chip cookies dan biskut nestum. Rasanya cukuplah 2 jenis sbb semestinya Cik Alah akan bagi tat nenas dan kakak iparku akan menyumbang almond london. Seterusnya hanya kerepek dan kekacang bakal menghiasi balang² kuihku.. dan memandangkan aku bakal balik beraya kat Perlis tahun ni, so tak perlu risau la.. hee!~ bekalan kepek, maruku dan seangkatan dengannya boleh dapat dengan mudah dan murah di sana.. weeehuu!~



    .

    Alhamdulillah.. semalam telah tamatnya Karnival Sukan MKN dgn berlangsungnya Hari Keluarga MKN 2010 kat Chongkak Park Resort, HUlu Langat Selangor. Since this is my first experience with MKN, aku sgt excited pasal ni. And had you know me, I'm always excited for sports, outdoor and committee program.

    Tapi ada sedikit perasaan hampa bila hanya aku sorg je yg excited. **sigh.. but it's ok.. memandangkan semua dah mentaklifkan aku sebagai penolong ketua rumah, so sedikit sebanyak aku takla over excited bila mengenangkan amanah yg telah diberikan. It's somehow a responsibility for me to ensure everything run smoothly.

    Sabtu malam, aku dah berpakat dengan Nazirah and Wardiana utk bermalam di Chongkak. TEtapi memandangkan rumah kuning (Mabul) telah disubsidikan dengan chalet, aku with my own initiative telah booking satu chalet utk aku, warga rumahku dan sapa² yg tersesat. Memula cam ramai nk join, tp last minute memasing menarik diri atas sebab dan alasan tersendiri. Tapi aku nekad utk bermalam kat chalet walaupun seorg diri (tak termasuk Nazirah n Wardiana di chalet satu lg). Niatku adalah utk menghias khemah dan preparation utk pendaftaran pada hari tersebut.

    Jam 8.30mlm kami bertiga ke astaka utk melihat dan menghias khemah rumah masing². Walau bagaimanapun, khemah masih lagi belum berdiri dan kelihatan SMART Team sedang bertungkus lumus mendirikannya. Jam 9.00 malam barula segalanya selesai dan kami memulakan aktiviti menghias khemah. Alhamdulillah aku mendapat bantuan daripada Kpl Sahari yg merupakan ahli rumah Mataking sebelum Wani datang bersama Has n Syikin pd jam 11.30mlm. Aktivti menghias khemah berakhir seketar jam 12.00mlm bila masing² kelaparan dan menyebut² "pasta..pasta.." yg merujuk kepada pasta bodoh yg aku masak sebelum bertolak.

    Ahad pagi, alhamdulillah belon² yg digantung masih seperti sediakala walaupun pada mlm sebelumnya aku sedikit risau kot² belon² tu kecut.. sedikit final touch up dilakukan dengan menggantung juraian kertas merah yg dibuat daripada A4 paper. yg digulung. Khemah² rumah lain mempunyai motif dan konsep tersendiri manakala khemah rumahku hanyala berkonsep syok sendiri.. :p apa yg terlintas di kepala akan dizahirkan sebagai gantungan dan hiasan.. uuu!~ rumah mantanani (biru) tampil dgn khemah bertemakan lautan dgn ikan² dan belon² birunya manakala rumah manukan (hijau) berkonsepkan hutan kehijauan dgn anyaman daun kelapa mengelilingi khemah.. rumah kuning plak dgn konsep tersendiri menggantung logo rumah disekeliling khemah.. dan rumahku hanyalah dihiasi belon² dan bunga manggar.. (hihi.. bajet cukup utk beli belon jer..)

    Tetapi amatlah mengejutkan bila khemah kami diiktiraf sebagai Khemah Terbaik antara semua. Alhamdulillah segala penat lelahku dan ahli² yg lain terbalas.. thanks all!~ rasa cam nak nangis je.. emosionalnyer la kau ni kan? lain².. walaupun kami bukanlah rumah terbaik keseluruhan, tetapi aku tetap enjoy dengan sukan² dan games yg telah kami menangi.. and the important part is the management of our rumah as well as the coorperation and spirits from our team members..

    MATAKING.. We are the King!~



     

    Cuti-cuti Malaysia for three of us this year was damn fun.. sangat² seronok.. dengan kehadiran K.Mirjant sebagai pelengkap korum, destinasi kali ini adalah ke Pualu Tioman. Yg paling syok, planning percutian kali ni dibuat secara ad hoc dlm masa 2 minggu sahaja. Bermula dgn Jijah yg tension dgn beban kerja, kami merancang percutian kali ni. Yang pasti aku dah bagitau awal² yg utk kali ni aku malas nk drive and nak naik public transport je.

    Cadangan destinasi pertama oleh Jijah ke Cameron Highland. Tapi bila pikirkan balik, kalau nk dok 3 hari 2 malam kat sana, cam takde aktiviti je. Strawberry Park, Brinchang, pasar malam, ladang teh. lain?? Cam takde tempat je.. Hurm, next aku bagi idea yg bernas iaitu ke pulau. Sebabnya.. aku da lama bercita² nk snorkeling.. uuu!~ and my next wish after snorkeling is to get diving license.. driving license dah ada.. diving je blom lg.. so kirenye aku ni dari gunung dan lembah ke lautan la pulak. Rafting sudah.. now snorkeling and diving plak..

    Alhamdulillah.. kami berjaya utk dapatkan Salang Indah Resort sebagai tempat penginapan dan agen utk aktiviti snorkeling.. full board package inclusive snorkeling berharga hanya RM260.. pakej paling murah antara lain² pakej yg ditawarkan.. siap ada BBQ dinner lg on the second night. Chalet sea view dan segala meal termasuk dalam harga pakej. Ok la tu. Tak sampai RM300 cam destinasi bajet tu..

    Banyak kenangan kat Tioman ni.. Antaranya kenangan di hari pertama di mana kami rupa²nya naik satu bas dgn aktor terkenal, Hairie Othman. Kisahnya tak terhenti setakat di stesen bas je, tp bersambung bila dia secara tidak langsung menjadi tourist agent kami untuk ke jeti Mersing.. and sekali lagi untuk bersamanya di dalam feri bila aku 'terpaksa' duduk di sebelahnya dek kerana takde seat.. so dikira² aku berada disebelah dia sepanjang perjalanan ke pulau.. uuu!~ <-- statement gatal tak ingatnyer neh... So sepanjang perjalanan banyak jugak aku berborak dengan dia.. macam² cerita keluar. Dan yang pasti aku tidak langsung bertanya mengenai kerjaya seninya. Terukkah aku?

    Next kenangan yg best pastinya bila aktiviti snorkeling.. subhanallah, Allahu Akbar.. Masya Allah.. kagum aku dgn ciptaanNya bila mula² aku menjejakkan kaki ke Tioman.. Di jeti Kg Salang aku dah dapat lihat batu karang dan ikan² berlegar² di bawah feri yg membawa kami. Dan ketakjuban bertambah tatkala kami diturunkan di Tulai island.. Memang cantik.. speechless.. Alhamdulillah, cuaca tidak panas membuatkan kami berpeluang utk snorkeling sepuas²nya.. Selepas snorkeling di hentian terakhir, Batu Malang, titik titik hujan mula membasah bumi hingga ke lewat petang..

    Hari terakhir diisi dengan snorkeling di kawasan Kg Salang sebelum menaiki feri untuk ke Mersing pada jam 2.00petang, meronda² sekitar bandar Mersing sementara menunggu bas ke KL jam 6.00 petang. InsyaALLAH ada peluang Tioman akan kujejaki lagi..






     

    Miscellaneous

    Followers