Cuti-cuti Malaysia for three of us this year was damn fun.. sangat² seronok.. dengan kehadiran K.Mirjant sebagai pelengkap korum, destinasi kali ini adalah ke Pualu Tioman. Yg paling syok, planning percutian kali ni dibuat secara ad hoc dlm masa 2 minggu sahaja. Bermula dgn Jijah yg tension dgn beban kerja, kami merancang percutian kali ni. Yang pasti aku dah bagitau awal² yg utk kali ni aku malas nk drive and nak naik public transport je.
Cadangan destinasi pertama oleh Jijah ke Cameron Highland. Tapi bila pikirkan balik, kalau nk dok 3 hari 2 malam kat sana, cam takde aktiviti je. Strawberry Park, Brinchang, pasar malam, ladang teh. lain?? Cam takde tempat je.. Hurm, next aku bagi idea yg bernas iaitu ke pulau. Sebabnya.. aku da lama bercita² nk snorkeling.. uuu!~ and my next wish after snorkeling is to get diving license.. driving license dah ada.. diving je blom lg.. so kirenye aku ni dari gunung dan lembah ke lautan la pulak. Rafting sudah.. now snorkeling and diving plak..
Alhamdulillah.. kami berjaya utk dapatkan Salang Indah Resort sebagai tempat penginapan dan agen utk aktiviti snorkeling.. full board package inclusive snorkeling berharga hanya RM260.. pakej paling murah antara lain² pakej yg ditawarkan.. siap ada BBQ dinner lg on the second night. Chalet sea view dan segala meal termasuk dalam harga pakej. Ok la tu. Tak sampai RM300 cam destinasi bajet tu..
Banyak kenangan kat Tioman ni.. Antaranya kenangan di hari pertama di mana kami rupa²nya naik satu bas dgn aktor terkenal, Hairie Othman. Kisahnya tak terhenti setakat di stesen bas je, tp bersambung bila dia secara tidak langsung menjadi tourist agent kami untuk ke jeti Mersing.. and sekali lagi untuk bersamanya di dalam feri bila aku 'terpaksa' duduk di sebelahnya dek kerana takde seat.. so dikira² aku berada disebelah dia sepanjang perjalanan ke pulau.. uuu!~ <-- statement gatal tak ingatnyer neh... So sepanjang perjalanan banyak jugak aku berborak dengan dia.. macam² cerita keluar. Dan yang pasti aku tidak langsung bertanya mengenai kerjaya seninya. Terukkah aku?
Next kenangan yg best pastinya bila aktiviti snorkeling.. subhanallah, Allahu Akbar.. Masya Allah.. kagum aku dgn ciptaanNya bila mula² aku menjejakkan kaki ke Tioman.. Di jeti Kg Salang aku dah dapat lihat batu karang dan ikan² berlegar² di bawah feri yg membawa kami. Dan ketakjuban bertambah tatkala kami diturunkan di Tulai island.. Memang cantik.. speechless.. Alhamdulillah, cuaca tidak panas membuatkan kami berpeluang utk snorkeling sepuas²nya.. Selepas snorkeling di hentian terakhir, Batu Malang, titik titik hujan mula membasah bumi hingga ke lewat petang..
Hari terakhir diisi dengan snorkeling di kawasan Kg Salang sebelum menaiki feri untuk ke Mersing pada jam 2.00petang, meronda² sekitar bandar Mersing sementara menunggu bas ke KL jam 6.00 petang. InsyaALLAH ada peluang Tioman akan kujejaki lagi..
Tweet..Tweet..
Coretan
nfatienr
0 comments:
Post a Comment