Tweet..Tweet..

    Alhamdulillah.. semalam telah tamatnya Karnival Sukan MKN dgn berlangsungnya Hari Keluarga MKN 2010 kat Chongkak Park Resort, HUlu Langat Selangor. Since this is my first experience with MKN, aku sgt excited pasal ni. And had you know me, I'm always excited for sports, outdoor and committee program.

    Tapi ada sedikit perasaan hampa bila hanya aku sorg je yg excited. **sigh.. but it's ok.. memandangkan semua dah mentaklifkan aku sebagai penolong ketua rumah, so sedikit sebanyak aku takla over excited bila mengenangkan amanah yg telah diberikan. It's somehow a responsibility for me to ensure everything run smoothly.

    Sabtu malam, aku dah berpakat dengan Nazirah and Wardiana utk bermalam di Chongkak. TEtapi memandangkan rumah kuning (Mabul) telah disubsidikan dengan chalet, aku with my own initiative telah booking satu chalet utk aku, warga rumahku dan sapa² yg tersesat. Memula cam ramai nk join, tp last minute memasing menarik diri atas sebab dan alasan tersendiri. Tapi aku nekad utk bermalam kat chalet walaupun seorg diri (tak termasuk Nazirah n Wardiana di chalet satu lg). Niatku adalah utk menghias khemah dan preparation utk pendaftaran pada hari tersebut.

    Jam 8.30mlm kami bertiga ke astaka utk melihat dan menghias khemah rumah masing². Walau bagaimanapun, khemah masih lagi belum berdiri dan kelihatan SMART Team sedang bertungkus lumus mendirikannya. Jam 9.00 malam barula segalanya selesai dan kami memulakan aktiviti menghias khemah. Alhamdulillah aku mendapat bantuan daripada Kpl Sahari yg merupakan ahli rumah Mataking sebelum Wani datang bersama Has n Syikin pd jam 11.30mlm. Aktivti menghias khemah berakhir seketar jam 12.00mlm bila masing² kelaparan dan menyebut² "pasta..pasta.." yg merujuk kepada pasta bodoh yg aku masak sebelum bertolak.

    Ahad pagi, alhamdulillah belon² yg digantung masih seperti sediakala walaupun pada mlm sebelumnya aku sedikit risau kot² belon² tu kecut.. sedikit final touch up dilakukan dengan menggantung juraian kertas merah yg dibuat daripada A4 paper. yg digulung. Khemah² rumah lain mempunyai motif dan konsep tersendiri manakala khemah rumahku hanyala berkonsep syok sendiri.. :p apa yg terlintas di kepala akan dizahirkan sebagai gantungan dan hiasan.. uuu!~ rumah mantanani (biru) tampil dgn khemah bertemakan lautan dgn ikan² dan belon² birunya manakala rumah manukan (hijau) berkonsepkan hutan kehijauan dgn anyaman daun kelapa mengelilingi khemah.. rumah kuning plak dgn konsep tersendiri menggantung logo rumah disekeliling khemah.. dan rumahku hanyalah dihiasi belon² dan bunga manggar.. (hihi.. bajet cukup utk beli belon jer..)

    Tetapi amatlah mengejutkan bila khemah kami diiktiraf sebagai Khemah Terbaik antara semua. Alhamdulillah segala penat lelahku dan ahli² yg lain terbalas.. thanks all!~ rasa cam nak nangis je.. emosionalnyer la kau ni kan? lain².. walaupun kami bukanlah rumah terbaik keseluruhan, tetapi aku tetap enjoy dengan sukan² dan games yg telah kami menangi.. and the important part is the management of our rumah as well as the coorperation and spirits from our team members..

    MATAKING.. We are the King!~



     

    0 comments:

    Miscellaneous

    Followers