Kalau anak² diperantauan selalunya membuat kejutan kpd ibubapa dengan pulang ke desa di pagi lebaran, namun bagi keluargaku pada tahun ini kejutan berlaku bilamana ayahku ygtiba di kampung halaman rumah pada pagi raya tatkala jarum jam berada pada kedudukan 4 dan 12. Surprise kan?
Ceritanya bermula begini..
Aku telah mengambil cuti seawal 3 hari sebelum Hari Raya (10 Sept 2010). Perancangan awal untuk kami pulang ke kampung di Perlis ialah pada hari Isnin atau Selasa malam. Biasela.. kami suka bershopping sebelum raya dan that's the reason why aku ambik cuti 3 hari sebelum raya. Tapi pada saat² akhir adikku memberitahu yang dia tak dapat cuti sebab TV3 akan mengadakan siaran langsung MHI Raya di hotel tempat dia bekerja dan dia kena kerja pada kedua² hari sebab kekurangan chef. Tp bagi aku, diorg hanyala menggunakan dia as a practical student utk kerja pada hari raya utk membolehkan staf² yg lain cuti beraya. hmm...
So, pulanglah aku, abang dan mak ke kampung sebab ayah tak sampai hati nk tinggalkan adik keseorangan. Tapi, adik keje, nanti ayah yg tinggal sorang kat rumah. Hmm!~ no comment. First time kami sekeluarga rasa sebak nk pulang ke kampung. Ayah pun cam tanak pandang kami bila kami nk keluar dari rumah. **sigh.. Persiapan raya tahun ni sederhana je sebab balik kg lambat dan takde mase nk shopping cam tahun² sebelumnya. Lagi² bila ayah takde.. sebab selalunya dia yg suka ajak aku ronda² sekitar Perlis utk cuci mata dan shopping.
Malam raya kami berborak pasal ayah yg beraya di rumah. Tak sampai hati nk telefon takut nnt tersebak. uuu!~ Malam tu.. tengah sedap tido sambil diselimuti kediginan air cond semulajadi, mak terdengar suara adik memberi salam. "Bemimpikah aku?", mungkin tu monolog maka bila terdengan salam sebab selalunya adik memang balik malam² buta. Menurut cerita mak, lepas tu mak dengar suara ayah pulak. Ish.. memang rindu giler kat suami kot. sampai termimpi². Mak bangun dan menuju ke pintu.. rupa² ada kejuan.. ayah dan adik pulang beraya di kampung.. **big smile.. seronok sangat!~
.
Tweet..Tweet..
Coretan
nfatienr
0 comments:
Post a Comment