Dalam tak sedar, dah hampir 5 bulan aku di sini. To be frank, aku masih mencari tune untuk membiasakan diri dengan keadaan kerja sekarang. Walaupun kerjaku tak seperti dahulu, keluar awal, balik lewat.. tapi kepenatannya melebihi sebelumnya. Aku ingat quote beberapa orang tatkala aku nk melakukan penghijrahan ni.. kata mereka aku dah biasa dengan fast track and now I've to work in a slow pase.. that's a torture for me.. hurm.. mungkin.. kepenatan sebab otak yang tak berjalan. Tujuanku menulis bukan tandanya nk memberontak atau merungut dengn kerjaku sekarang.. jauh sekali utk menyesal tentang ape yg telah aku putuskan. Cuma melontarkan apa yg terbuku di hati.
Alhamdulillah.. Mungkin ada hikmah disebalik keadaan. Aku percaya setiap apa yg terjadi ada kisah disebaliknya. Mungkin dahulu aku terlalu bekerja hingga kurang masa bersama keluarga. And now I get my family privilege back. Cuma aku harapkan aku tidak berasa bosan dan putus asa dengan apa yg aku lalui sekarang.. Nauzubillah!~
Antara cara untuk aku membusykan diri adalah dengan menglibatkan diri dengan aktiviti jabatan dan persatuan. Dan seperti yang pernah aku ceritakan sebelum ini, dilantik sebagai Timbalan Presiden batch serba sedikit membuatkan aku sibuk. Walau bagaimanapun, kebelakangan ni aku mendapat perhatian dalam bidang pengacaraan. Ntahla ape yg bagus sangat dgn aku ni.. rasanya xde plak sebelum ni aku menjadi mc. kalau event manager tu byk la..
Ingat lagi masa mula² sesi pengenalan diri.. bila aku bersuara, ada suara² mengatakan yg suara aku sesuai untuk menjadi mc. Dalam sedar tak sedar aku telah dilatih sedikit demi sedikit utk menjadi mc.Bermula dengan aktiviti Bahagian hinggalah ke acara besar spt Majlis Penyerahan Bantuan Kemanusiaan anjuran BALKIS. Esok, aku telah diamanahkan untuk menjadi Master of the Ceremony (MC) untuk satu program anjuran Bahagian Maritim.
Dan untuk program esok, aku baru merasakan keperitan menjadi MC. hiks!~ boleh ke wat ayat camni.. Sesi rehearsal tadi membuatkan aku nervous giler dan rasanya tekak pun agak perit bila aku dikehendaki mengulang mc script berkali² sehinggalah diorg puas hati dengan tone dan nada setiap perkataan. uhuk.. uhuk.. dan dengan pelantikan ini aku telah digelar Fatien MC oleh bosku, En Zam. aiseyh!~ ade je nk kenakan orang.. lalalala.. wish me luck for tomorrow!~
.
Tweet..Tweet..
Coretan
nfatienr
0 comments:
Post a Comment