Tweet..Tweet..



    Aku terpanggil untuk buka satu entry mengenai solat ketika outing.. outing kat sini lebih fokus kepada outdoor activity cam trekking n hiking trip yg makan masa dan hari.. erm.. sebelum ni, solat merupakan satu faktor kenapa aku tak aktif sgt outdoor.. and sebolehnya aku akan join trip yg masa time aku period. sampaila ku terbaca post pasal ni kat satu daripada forum outdoor yg terkenal,Gunung Online..

    http://www.gunungonline.com/basecamp/viewtopic.php?f=19&t=2180&view=next

    Dari apa yg dibincangkan, aku dapat simpulkan bahawa ketika kita outing, kita juga dikira sbg musafir. "yang dinamakan musafir itu apabila dia keluar dari tempat dia bermastautin. secara bahasanya, musafir bermaksud orang yang dalam perjalanan. berlawanan dengan muqim iaitu orang yang menetap."

    Jadi, dalam hal mendaki gunung ni, ia juga adalah safar. dan pendaki tersebut adalah musafir. jadi boleh lah dia nak qasar.dan disebabkan kesulitan untuk mencari ruangan untuk solat diatas gunung, maka dibolehkan jama'.

    Dari segi wudu' pula, sebolehnya menggunakan air dan tidak dibenarkan tayammum kerana di Malaysia sumber airnya adalah mudah. namun kelonggaran yg diberikan ialah pendaki gunung tidak perlu menanggalkan kasut mereka selama 3 hari dan cukup dgn menyapu sepatu sahaja.

    Ustazah dulu penah ajar cara² untuk mengambil wudu' hanya menggunakan segayung air.. hanya perlu disapukan air sekali pada muka, tangan, sebahagian kepala dan kaki.

    "Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali." - (Surah Al-Maa’idah: 6)

    So, tak menjadi alasan utk tidak bersolat ketika melakukan aktiviti outdoor.. antara bacaan dan rujukan lain:
    http://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=14
    http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/t=1856.html

    p/s: Akan bertandang ke Gunung Yong Yap, Bubu dan Tok Nenek.. doakan kami semuanya selamat pergi dan kembali tanpa kecederaan..



    .

    0 comments:

    Miscellaneous

    Followers