Tweet..Tweet..

    Sempena cuti Tahun Baru Cina haritu, BCA telah organize satu lg XPDC.. Redah Yong Yap (7113') -  Bubu (6475') - Tok Nenek (6248').. Ekspedisi kali n disertai oleh 18org... 13 lelaki dan 5 ppuan.. bagi trip ni, Abg Bedul aka Kargo xdapat join sebab injured masa main bola sepak 2 minggu sblm trip.. so this trip tribute to Bedul..

    Feb 2, 2011
    Jam 10mlm kami bertolak dari Shell Jalan Duta sebelum berkumpul di RnR Tapah. Dari sana, konvoi ke Balai Polis Lojing melalui Tapah. Memandangkan keadaan dinihari, bercampur hujan gerimis, keadaan jalan sangatla kureng. Kabus agak tebal sehinggakan kami terlepas lorong ke Balai Polis Loging. Jam 2 pagi barula sampai di BPL dan terus siap utk tidur di surau yg tersedia.

    Feb 3, 2011
    Seawal jam 7.00am, 4WD sampai, guide, Pak Kassim dah mejerit mengejutkan kami. Memandangkan BPL buka kul 8.00 pg, so kami bersiap dan bfast ala kadar sementara nk tunggu BPL buka. Lepas register kat BPL,  perjalanan dimulakan dgn 2 buah 4WD. Gugurl sepeti biasa mendapat privilege dgn menaiki 4WD yg bertutup manakala sang teruna kena naik 4WD yg terbuka ala² cam angkut lembu tu.. ups!~

    Tiba di Perkampungan Orang Asli Pos Brooke, kami diberi sedikit taklimat oleh Pak Kassim dan ekspedisi ke Kem Balak Pecah dimulakan. Dlm perjalanan ni adela berpuluh sungai yg direntasi. Dari sungai kecik, sampai la sungai besar.. dari air takat buku lali, sampaila ke takat dada.. memang mencabar. Dlm kul 5.00ptg kami tiba di Kem Agas. Hajat dihati utk melepaskan lelah sebelum meneruskan perjalanan ke Sg Y dan seterusnya ke Kem Balak Pecah. Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan yg tidak mengizinkan dan ada yg dah agak pancit, dsb, kami mengambil keputusan utk bermalam di Kem Agas je.

    Feb 4, 2011
    Selewat jam 9.00pg baru kami memulakan perjalanan ke Kem Balak Pecah. Target harini ialah ke Puncak Yong Yap dan Bubu. Perjalanan merentasi sungai diteruskan lagi untuk hari ke dua. Oleh itu, pakaian yg lightweight amatla diperlukan. Trek sepanjang perjalanan ke Simpang YongYap - Bubu boleh dikira . Tapi, trek dari Simpang YY-Bubu memang mencabar. Mendaki dan mencanak. Walau bagaimanapun, view² sepanjang pendakian membuatkan kita xterasa kemendakiannya (err.. ade ke perkataan ni?) tu..

    Memang layan tol view kat Puncak YY ni. Mmg betul view 360°.. Pagi petang siang malam.. memang bergambo je la keje kami.. kire sampai lupe la nk masak ngn pacak khemah.. klik.. klik..


    Feb 5, 2011
    Mission harini ialah ke Puncak Bubu. Memandangkan semalam dah xcapai target, harini kami dijangka utk overtime supaya segalanya back on schedule. Kira² separuh perjalanan, kumpulan kami terpisah 3 dgn guide berada di hadapan. Spt biasa, aku akn pilih utk cover those yg injured sbb maybe sbb dulu aku masuk PBSM kot.. :p Walau pun sbnrnya penat trekking ikut injuries ni, tp aku suka.. :)

    Kul 3, group 2 dan 3 bertemu dan group 1 telah jauh meninggalkan kami di belakang. Slow walk ke Puncak Bubu dgn harapan mereka menunggu di sana. Selepas 2 jam, kami tiba di puncak Bubu. Ikut hati, mmg nk bermalam di sini, tp ats kecekalan nk menawan Yong Yap, kami tinggalkan sebahagian bebanan, dan teruskan perjalanan ke Yong Yap. Trekking harini mmg menguji ketabahan kami.. dgn keadaan trek yg dikira rabak + pendakian berlumut + kehabisan bekalan air + terpisah dgn guide + injured, etc.. kekuatan mental dan psikologi mmg diuji. Dgn condition sebegini, perjalanan mengambil masa hampir 3jam utk kami sampai ke last water point di Kem Lopak Air.

    Pendakian selepas Kem Lopak Air utk ke Kem Kambing dan Seterusnya ke Yong Yap amatlah mencabar. Dan disini aku telah diuji dgn migraine yg kronik.. argh!~ Keseluruhan perjalanan kami pada hari ni ialah 15jam.. pergh!~ mencabar tak?

    Feb 6, 2011
    Pagi selepas melayan view sunrise, bfast dan berkemas, kami menuju ke puncak Tok Nenek yg jaraknya sekentut sepelaung je dr KK.. ni betul punya sepelaung.. tengah kitorg pack up, Pak Kassim tetiba hilang.. alih² dia jerit dari puncak Tok Nenek.. misteri sungguh..

    As planned, di atas TN kami menukar kostum kepada pakaian pejabat.. klik.. klik lagi.. hehehe.. selepas bergambo, kami terus shoot turun dari TN ke Post Brooke. Perjalanan kali ini memang mencabar.. selain sungai² dan anak sungai yg perlu diredah, jutaan pokok buluh jg melambatkn perjalanan turun.. sakit pinggang der.. asyik kena bongkok nk lalu bwh pokok buluh.. ni belum kire duri yg melibas kaki.. argh!~

    Natijahnya, group kami terpecah 3.. yg pertama droup otai, kedua group hustler.. dah yg ketiga group injured.. hahaha.. perjalanan yg getir memang betul² menguji emosi dan mental kami.. dek kerana ini adalah perjalanan turun, so masing² gagahkn diri juga.. kalau XPDC Stong-Ayam haritu, air nescafe ais stesen keretapi menjadi motivation factor, kali ni air coke sbg pengganti. however, I really enjoy the experience.. can't buy anywhere on earth..

    Kumpulan terakhir (kumpulan aku ler tu) check on di PB jam 11.00mlm.. walau bagaimanapun, perjalanan keluar tergendala dek kerana satu drpd 4WD kami tersangkut pada batu besar di Sg Brooke. So, sementara menunggu yg gagah perkasa menolong menolak, menarik, terkinja² melompat² utk release 4WD, kami semua berkumpul dlm kedinginan malam berbumbungkan langit berbintang (cantik giler.. subhanallah). Drpd info yg diperolehi, uncle tu nk masuk dlm sampai Sg Y utk selamatkan kami sebab dlm group aku ada 2 org yg injured.. sgt appreciate niat murni uncle tuh.. sedih!~

    alhamdulillah.. jam 2pg kami telah berjaya dibawa keluar dr PB. aku mmg salute skill pemanduan anak uncle tu, Kumar yg berjaya mengawal 4WD melalui jln balak sambil menarik 4WD bapanya yg tersangkut td.. err.. 4WD uncle tu mati enjin masa lepas  struggle  nk melepaskan diri dari batu yg tersangkut td..

    Lepas bersiap² membersihkan diri di BPL, kami menyerbu kedai mamak di Simpang Pulai. Di sini, masing² melantak makan macam setahun xjumpa makanan. Secara keseluruhanya, this is another best trip ever. Setiap trip akan ada memori tersendiri. So, from this trip, there's a lot of things that we learned..
    1) Percaturan masa ~ kalau ikut guide, mungkin ambil masa 2 jam, tp for beginner, we may double the time..
    2) Percatuan makanan ~ dek sebab trekking yg mencabar, nafsu makan masing² makan cam sekar..
    3) Team spirit ~ gunung sama didaki, lurah sama dituruni..




    .

    0 comments:

    Miscellaneous

    Followers