Tweet..Tweet..

    Harini merupakan hari yg penuh dengan kecemasan. bukan kecemasan emergency yg aku masukkan. Tetapi hari yg penuh dengan perasaan cemas. Bermula jam 11.30 pagi aku masih menantikan Jijah untuk ambil aku di rumah memandangkan dia beria² nk menghantarku ke LCCT selepas kenduri Afif & Iza di Putrajaya.

    Sebelum itu.. hari Jumaat lepas Iza call meminta aku untuk jadi pengapitnya di majlis bertandang pihak pengantin perempuan di Dewan Putrajaya Holding, Putrajaya. Dah berbuih aku katakan yang aku tak boleh lama dan perlu berangkat ke LCCT sebaik sahaja majlis selesai kerana flite ke Kuching telah ditetapkan pada jam 4.40pm. Tapi Cek Mek Iza beria² nk aku jugak jadi pengapit dan aku dalam keterpaksaan menerimanya. huuu~

    Sambung balik tentang hari yg cemas. Pukul 11.30am Jijah masih lagi belum smpai di rumahku. Pengantin lelaki dan perempuan silih berganti menelefon. Dan aku?? hurm.. menunggu dan terus menunggu. Agenda yg direncanakan, pengantin akan berarak masuk ke depan pada jam 12.15pm. Akhirnya jam 11.50 barulah Jijah smpai bersama Su. Dan dengan kuasa yg ada padaku, Jijah dipaksa membawa Vivanya melebihi daripada kelajuan asal. Dan aku dengan yakinnya berkata, "xpe Jijah, kalau kena saman kita claim kat pengantin".

    Jam 12.00 tghari pengantin telefon mengatakan mereka sudah bergerak dari Presit 8 menuju ke PJH. Dan bermulalah episod kejar-mengejar. Alhamdulillah kami berjaya mengejar kereta pengantin sebelum sempat pengantin perempuan melangkah keluar dari kereta. **credit to jijah

    Jam 2ptg aku masih lg berada di PJH. Slalunya tugas pengapit habis tatkala pengantin berangkat ke meja santapan untuk menyempurnakan makan beradap. Tp ntah ape kelainan yg nk dibuat oleh event manager neh, aku dikehendaki berada di pentas utk acara bergambar plak.. adooii.. by hool of by crook kul 2.15 aku dah kena gerak ke LCCT. Plan utk tukar baju nmpknyer tak kesampaian.

    Kecemasan ke-2. Ntah camner aku leh terlupe yg harini merupakan Grand Opening utk F1 kat Sepang International Circuit. Dan tatkala itu aku terasa cam nk berlari je ke LCCT tur. Or just meminta belas ihsan mamat² bikers utk hantar aku ke sana. Bagi aku kalau lmbt biar lmbt betul. For Air Asia check kena 45mins sebelum waktu berlepas. Penah sekali aku terlepas 45 min dan seboleh²nya aku tanak pisang berbuah dua kali. Walaupun jaraknye hanya 5km, tp pergerakan kenderaan yg bg aku laju lagi kura² dlm perahu.
    50min sebelum check in kami berjaya smpai ke LCCT. Dengan baju pengapit yg agak meriah umpama pengantin, aku pun berlari ke check in counter dengan check in baggage sementara jijah n yg lain menuggu aku di kereta. Terasa umpana akulah Julia Robert lari dari John Mason. hiks!~ aku dah tak peduli ape org sekeliling kata. Yg penting aku dapat check in.

    Selesai check in, aku kembali ke kereta. And, seluruh isi kereta sedang menggelakkan aku yg berbaju seperti pengantin yg melarikan diri dari majlis. wargh!~ Selesai menukar baju aku trus ke departure hall dan dukacitanya bila dimaklumkan yg flite aku delay for about an hour. argh!~

    And now, aku masih dihadapan laptop.. tak boleh nk tido. Penat, letih ngantuk semenuanya ada.. tapi aku masih tak boleh tido. Dah penat berguling² dari satu sudut ke sudut yg lain nya tapi.. keputusannya tetap sama. huargh!~

    ~end of day 1~



     

    0 comments:

    Miscellaneous

    Followers