Tweet..Tweet..

    Smalam.. kawan² PTD plan untuk buat surprise birthday party to one of our friend, Pino. Asal nama ni sebab dalam batch kami ada ramai bernama Hafiz.. irregardless perbezaan ejaannya tetapi sebutan tetap sama.. Hafiz.. So, bermacam² la gelaran diberikan kepada individu bernama Hafiz ni.. Hafeez PeakO, Hafiz Pino dan Hafiz Kungfu..

    Berbalik pd surprise birthday party utk Pino.. Ahad malam Emily Yg Comot fb message kepada yg terlibat dlm persiapan sambutan.. tugas masak memasak diberikan kepada aku dan EYC memandangkan yg lain ada training bola tampar selepas waktu pejabat.. earlier plan, tugas masak memasak akan bermula seawal jam 6.. so aku decide utk terus ke tempat kejadian (rumah PeakO) langsung dari ofis.. Sure tak sempat kalau aku nk baik rumah dulu.. singgah beli buah²an di Pasar Presint 8 sebelum ke Presint 9. Tepat jam 5.50 aku dah tercangak kat parking kete P9.. kalau rumah ppuan, mmg da lama aku serbu.. Tp rumah lelaki, dan aku pun tanak kawen free.. so terpaksala aku menunggu ketibaan Cik EYC yg tiba jam 6.40ptg.

    Menu malam semalam adalah bersempena dengan Hari Raya AidilAdha (sebenarnya tuan rumah nk habiskan stok daging je tuh.. hehehe): Gulai Lemak Cili Api, Sambal Daging Petai, Kangkung Belacan, Kobis Goreng, Ikan Goreng dan Telur Dadar.. memang menu penuh meja.. ditambah dgn beberapa kudapan sampingan spt Olive Pickle dan Fruit Platter.. serta menu pelengkap.. Birthday Cake.. Alan saje beli kek yg lemak berkrim disukai ramai supaya krim² yg menggemukkan badan tu boleh dicalit ke muka birthday boy.. ;)

    Overall celebration was fun walaupun makanan sedia dihidangkan sejam lewat drpd rancangan awal jam 8mlm.. sorry guys.. kitorg dah berkungfu kat dapur.. walau bagaimanapun, makanan licin tak sampai stengah jam.. pergh!~ mmg tahap piranha memasing.. alhamdulillah!~ tiada pembaziran yg berlaku.. good job guys..



    .

    Miscellaneous

    Followers