Tweet..Tweet..

    "Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa."

    Found this quote from one of the email forwarded from a friend of mine. Feels like its good to think and elaborate..

    First line : Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang

    Yup.. that's right.. for some reason the things happened on the past might be hurt during that time but now bila ingat balik, sure best. Contohnye perkara² yg berlaku di zaman persekolahan.. like me, theres an incident mase darjah 6.. mase tuh mmg tgh famous game sumpit kacang hijau. memandangkan diriku ini merupakan seorg yg ala² boyish mase sekolah. so permainan ni antara game favorite la. until one day kitorg kantoi ngn guru besar, en ishak (stil remember his name). natijahnye, kitorg (6 of us) dihadapkan di perhimpunan pagi. and the best part is i'm the only flower among the bugs.. hiks!~

    mase tu mmg la geram bila dipanggil but bila dikenangkan balik. thats one of my sweet memory. byk lg memori mase sekolah.. mase kat asrama.. uni, etc.. mungkin perit utk dilalui pada saat dan ketika itu, but sekarang ianya menjadi kenangan yg best..

    Next : Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

    I've no comment bout this since xde lg experience berchenta.. but form my experiences as a consultant aka dr love to my friends.. i found out that if he is not meant to be with you, then let it be. mungkin mudah utk dikatakan n payah utk dilakukan but.. why should you care for a person who dont care about u.. and why are u suffering like h**l when that person laughing with his/her new girl/boy.. why should we torture ourself.. just believe that if theres someone are meant for u but u still didnt find it.. insyaALLAH. kalau ada jodoh tak kemana and HE knows whats the best for you. just pray that you will find your love one day.. amiin :)

    Last quote : Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa.

    Rasanya quote ni most likely lebih kurang sama dgn the 1st line. cuma for this quote, it needs us to enjoy every moment spend in our life. irregardless if the situation is good, bad, cloudy or what. as long as you enjoy it u will find it interesting and valuable.

    So, thats all about the quote.. apapepun, enjoy your life and dont make a things to be a stopping point for you. tak kisah how big is it and how stress the situation will, just go for it.. experience it.. and do it with your heart.. One day u will find it cool and memorable. akan ada hikmah di sebalik setiap kejadian dan bersyukurlah dengan segala apa yg kita ada. dont u ever have that 'regret' in your dictionary.. no regret ok. stand with whatever decision made. face it.

    So renung2 kan dan selamat beramal~ **wink

    ISLAM membenar, malah mengharuskan seseorang itu berhutang ketika berdepan dengan kesusahan dan kesempitan hidup yang membabitkan masalah kewangan.

    Pada masa sama, Islam memberi galakan kepada umatnya agar memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan dalam pelbagai bentuk seperti pinjaman secara hutang bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka, lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi.

    Firman Allah bermaksud:
    "Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah (semata-mata untuk mendapatkan pahala) dengan pinjaman yang baik (ikhlas) akan digandakan balasannya dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia."(Surah al-Hadid, ayat 18)

    Firman Allah bermaksud:
    "Dan bertolong-tolonglah kamu pada jalan kebaikan dan ketakwaan dan janganlah bertolong-tolong pada perkara dosa dan permusuhan." (Surah al-Maidah, ayat 2)

    Namun, Islam begitu teliti dan memandang berat dalam soal memberi, menerima dan membayar semula hutang kerana ia membabitkan hubungan sesama manusia ketika hidup di dunia ini hingga ke akhirat kelak.

    Mengapa berhutang?

    Ada banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu terjebak dalam hutang antaranya ialah:

    1. Ingin memenuhi kehendak dan tuntutan hawa nafsu untuk memiliki sesuatu yang tidak mampu ditunaikan kecuali dengan berhutang.

    2. Pengaruh daripada sahabat handai atau jiran tetangga yang sering memberi galakan untuk berhutang. Lantaran itu dia berbuat demikian, walaupun pada hakikat dirinya itu tidak memerlukan, tetapi hanya untuk berbangga dengan apa yang dimilikinya.

    3. Sikap tidak berasa puas dan cukup dengan apa yang dimiliki dan sanggup berhutang demi memenuhi kehendak dan hajatnya tanpa memikirkan akibat yang mendatang.

    4. Kemudahan pinjaman yang disediakan oleh beberapa pihak tertentu seperti institusi kewangan dan perbankan bagi menggalakkan lagi amalan berhutang.

    5. Berkehendakkan sesuatu benda yang membabitkan kebendaan dengan cepat dan segera walaupun hakikatnya dia tidak mampu berbuat demikian.

    Dalam hal ini jika perkara yang hendak dimiliki itu adalah keperluan asasi (dharuriat) seperti makanan, minuman, tempat tinggal, pakaian dan pelajaran, maka Islam membenarkan berhutang sebagaimana dalam sebuah hadis bermaksud:
    "Daripada Abu Hurairah berkata seseorang: Ya Rasulullah, pekerjaan apakah yang paling baik? Baginda bersabda Memasukkan kepada saudara kamu kegembiraan atau melunaskan hutangnya atau memberi roti (makanan) kepadanya."

    Jika perkara yang ingin dimiliki itu bukan perkara asasi atau penting dalam kehidupan seseorang itu, maka tidak perlulah dia berhutang. Ini kerana hanya akan menambahkan bebanan, lebih-lebih lagi jika membabitkan institusi kewangan dan perbankan yang mengamalkan sistem riba.

    Kesan amalan berhutang.

    l. Penyakit berhutang ini jika diamalkan akan menjadi satu budaya dalam kehidupan manusia yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada pemiutang seperti muflis. Ini disebabkan bebanan hutang yang tinggi serta gagal melunaskan hutangnya.

    2. Jiwa orang yang berhutang tidak akan tenteram dan aman, hidupnya dalam resah gelisah kerana dihantui bebanan dan tuntutan hutang yang tinggi.

    3. Seseorang yang terbeban dengan hutang akan memungkinkan dia melakukan pelbagai perkara yang dilarang oleh syarak seperti mencuri dan menjual maruah diri semata-mata untuk melunaskan hutangnya.

    .4 Orang yang berhutang akan terikat hidupnya di dunia dan akan tergantung amalan dan rohnya selepas meninggal dunia hingga segala hutang piutangnya dilunaskan ketika hidup.

    Sabda Rasulullah:
    "Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) hingga dia menjelaskan hutangnya."

    Rasulullah pernah berwasiat kepada sahabat Baginda agar mengurangkan hutang seperti sabdanya :
    "Kurangkanlah dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkanlah daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas."

    Amalan berhutang bukan saja membabitkan kehidupan dunia semata- mata, bahkan berpanjangan hingga ke hari akhirat.

    Sabda Rasulullah:
    "Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah pada hari hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi."

    Sabda Rasulullah bermaksud:
    "Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya." (Hadis riwayat Bukhari, Tarmizi, An- Nasai' dan Ibn. Majah)

    Rasulullah sendiri tidak akan menyembahyangkan jenazah orang yang masih mempunyai hutang. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali bahawa apabila didatangkan kepada Rasulullah satu jenazah, Baginda tidak akan bertanya mengenai amalan si mati, tetapi bertanya apakah si mati mempunyai hutang atau tidak. Jika si mati mempunyai hutang, Rasulullah menyuruh sahabatnya menyembahyangkan jenazah itu atau Baginda meminta sesiapa yang sanggup menaggung hutang si mati. Jika tiada, maka hutang itu akan diserah atau ditanggung oleh pihak Baitulmal. –


    Petikan buku Budaya Berhutang: Amalan Dan Akibatnya terbitan Jabatan Agama Islam Selangor.


    p/s: Aku suka memberi hutang tetapi berat untuk memintanya kembali..

    Miscellaneous

    Followers