Tweet..Tweet..

    Smalam.. budak² BCA telah ke Bukit Wangsa Cheras. Aku pun tak tau nk kata trip BCA atau trip persendirian.. walaupun kami dah plan utk ke Bukit Wangsa semasa briefing Redah Yong Yap di NZ haritu, tapi nampaknya hanya 3org je turn out termasuk aku.. so secara tak rasmi Abg Jep menjadi guide dan Abg Naz jadi sweeper.. and i'm the only princess jd follower je la.. :)

    Mengikut perancangan, kami sepatutnya berkumpul di Masjid PGA jam 9. tapi jam 9 tak nampak batang hidung sweeper.. so dlm kul 10 baru pendakian bermula.. mengikut abg jep, kami menggunakan trek lain dari kebiasaan yg digunakan umum.. cuaca sepanjang pendakian bermula dgn hujan geli² sehingga hampir lebat..

    Memandangkan aku dah hampir sebulan tak bersukan.. agak pancitla mula² pendakian.. hiks!~ **mintak nyawa..  sedikit info mengenai bukit wangsa yg juga dikenali sbg bukit putih, bukit apek dan ah pak san serta bermacam² nama lg.. terletak di taman wangsa cheras (aku yg membesar di Bt 9 ni pun tak tau kewujudan bukit ni)... menurut abg jep, ada byk entry point utk daki bukit ni.. antaranya sunway cheras, awana cheras, taman wangsa dan ampang.. terdapat 5 stesen/check point di sepanjang pendakian.. aku mmg respect kat org/pertubuhan yg maintain tempat ni.. di setiap stesen/check point mesti ada; 1- khemah 5 x 5 yg ala² pasar tani, 2- 2 buah kerusi plastik, 3- jam dinding.. di stesen/check point ke 3 siap ada hammock dan bench.. **tabik spring.. apa yg best kat bukit ni ialah air terjun yg berada di akhir perjalanan.. perjalanan mengambil masa 1:30 ke 2:30 jam mengikut trek.. 1.30jam tu kalau ikut jalan pintas.. 2 jam lebih kalau tambah lagi satu bukit.. memang sesuai utk sesi panas badan sebab terdapat zon² pendakian yg agak curam yg boleh menguji stamina dan persediaan kita..

    kitorg ada pengalaman yg tak dapat dilupakan masa trip kali ni.. guide kata beliau penah tersilap turun/keluar hanya sebab silap amik simpang dan terpaksa naik balik.. so aku pun cakap la.. kalau silap turun, tahan teksi soh hantar kat tempat naik tu balik memandangkan kawasan sekitar entrance bukit ini adalah taman perumahan.. nak dijadikan cerita, betapa masinnya mulut aku, kami betul² salah jalan keluar.. abg jep tanya samada nk naik balik (+-50m) atau nk turun ikut jalan.. disebabkan takut sesat dalam hutan, my cuzie mencadangkan agar kitorg turun je dan jalan ke kereta (sambil membayangkan jarak +- 1km utk ke kereta).. kejutannya berlaku apabila jalan turun tu sbnrnya +- 4km utk ke kereta.. teringat lg ungkapan cuzie ku "eh ni econsave belakang rumah aku ni".. pergh!~

    Jarak perjalanan mengikut Google Map (klik utk besarkan)

    Dengan penuh bersemangat berjalanlah kami bertiga di tepi jalan besar dengan diiringi rintik² hujan dan haversack.. kete lalu-lalang mesti pelik.. kalau xbwk beg xpe gak.. bleh kata joging.. tp mane ade org joging time hujan² neh.. aiseh.. nk dijadikan cerita.. setelah lebih kurang 1 km mendaki dan menuruni bukit, adala satu kenderaan yg melihat dan berpatah balik utk menumpangkan aku.. hiks!~ mungkin kesian melihat ppuan bjalan kaki meredah hujan.. lalu ditumpangkanlah kami bertiga ke kereta.. sebelum keluar aku menghulurkan RM10 dan berkata.. "takpela uncle, amikla lebih sebab kami dah basahkan seat kereta".. ayoyo...  sure uncle taxi tu menyumpah menyesal ambik aku td.. sorry..




    .



    Aku terpanggil untuk buka satu entry mengenai solat ketika outing.. outing kat sini lebih fokus kepada outdoor activity cam trekking n hiking trip yg makan masa dan hari.. erm.. sebelum ni, solat merupakan satu faktor kenapa aku tak aktif sgt outdoor.. and sebolehnya aku akan join trip yg masa time aku period. sampaila ku terbaca post pasal ni kat satu daripada forum outdoor yg terkenal,Gunung Online..

    http://www.gunungonline.com/basecamp/viewtopic.php?f=19&t=2180&view=next

    Dari apa yg dibincangkan, aku dapat simpulkan bahawa ketika kita outing, kita juga dikira sbg musafir. "yang dinamakan musafir itu apabila dia keluar dari tempat dia bermastautin. secara bahasanya, musafir bermaksud orang yang dalam perjalanan. berlawanan dengan muqim iaitu orang yang menetap."

    Jadi, dalam hal mendaki gunung ni, ia juga adalah safar. dan pendaki tersebut adalah musafir. jadi boleh lah dia nak qasar.dan disebabkan kesulitan untuk mencari ruangan untuk solat diatas gunung, maka dibolehkan jama'.

    Dari segi wudu' pula, sebolehnya menggunakan air dan tidak dibenarkan tayammum kerana di Malaysia sumber airnya adalah mudah. namun kelonggaran yg diberikan ialah pendaki gunung tidak perlu menanggalkan kasut mereka selama 3 hari dan cukup dgn menyapu sepatu sahaja.

    Ustazah dulu penah ajar cara² untuk mengambil wudu' hanya menggunakan segayung air.. hanya perlu disapukan air sekali pada muka, tangan, sebahagian kepala dan kaki.

    "Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali." - (Surah Al-Maa’idah: 6)

    So, tak menjadi alasan utk tidak bersolat ketika melakukan aktiviti outdoor.. antara bacaan dan rujukan lain:
    http://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=14
    http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/t=1856.html

    p/s: Akan bertandang ke Gunung Yong Yap, Bubu dan Tok Nenek.. doakan kami semuanya selamat pergi dan kembali tanpa kecederaan..



    .

    Miscellaneous

    Followers