Tweet..Tweet..

    Untuk kesekian kalinya BCA mengadakan trip outdoor. Kalini, Gunung Korbu dan Gayong menjadi cabaran kami..

    ----

    Mei 13, 2011 (Jumaat)
    KL - Ipoh - Empangan Ulu Kinta

    8.00mlm semua peserta dah kena berkumpul kat KL Sentral.. rata²kebanyakannya kerja dan amik half day sebab nk save cuti.. huuu!~ aku pun sama. kerja. Kul 5 sharp aku balik rumah dan mintak tolong ayah hantar ke KTM Komuter Kajang sebelum dia ke surau Maghrib tu. Dlm kul 7.45pm aku dah tercongok kat depan KFC KL Sentral. Kelihatan beberapa kelibat ahli BCA dah sedia menunggu. Pembahagian ration dan air mineral utk setiap peserta. Kitorg juga diingatkn utk xlupa utk bwk satu botol kosong utk kegunaan di Korbu nanti.

    Jam 9.45mlm keretapi membawa kami ke Ipoh. Dr Ipoh, kami akan dibawa menaiki lori 1 tan untuk ke empangan Ulu Kinta. Dlm kul 12 tgh mlm kami tiba di Stesen Keretapi Ipoh. Sebelum ke empangan, kami sempat singgah makan di Kg Bt 8, Ulu Kinta. Mmg layan kat kedai ni. Karok sampai pagi.. huuu!~

    Jam 2.00pg kitorg sampai di empangan dan telah mengambil keputusan utk bukak khemah kat depan tu je sementara menunggu hari siang dan bjalan masuk ke kaki gunung. ZZzzz..


    Mei 14, 2011 (Sabtu) 
    Empangan Ulu Kinta - Kem Seroja

    Seawal jam 7.00 kami dah bangun dan siapkan sarapan pg dan packed lunch. Menu harini: nasi goreng sosej. Jam 9.00pg perjalanan kaki gunung dimulakan. Mmg lencun la.. berjalan +- 4km tawaf empangan Ulu Kinta utk sampai ke dalam. Alhamdulillah.. nasib baik ade uncle tractor yg tambak sungai tu sudi tumpangkan kami utk ke dalam setelah +- 2jam berjalan.

    Selepas berehat melepaskan lelah, perjalanan masuk dimulakan dgn lafaz Bismillah. Hala tujuan sebelum Kem Seroja ialah Air Terjun. Perjalanan dari entrance ke Kem Seroja mengambil masa +- 5jam.. bila ditambah dgn 2 jam perjalanan dr entrance, adela kira² 7jam perjalanan.. ditambah tolak masa take 5 dan break, 9jam gak la..


    Mei 15, 2011 (Ahad) 
    Kem Seroja - Kem Kijang - LWP- Kem Botak - Puncak Korbu

    Perjalanan hari kedua dijangkakan mengambil masa 8jam. Kira normal working hour tanpa OT. Itinerary perjalanan adalah:-

    Kem Seroja ~ Kem Kijang (1jam)
    Kem Kijang ~ LWP (2jam)
    LWP ~ Kem Botak (1.5 - 2jam)
    Kem Botak ~ Puncak Korbu (3 - 4jam)

    Perjalanan hari ke-2 dimulakan pd jam 10pg  selepas breakfast bihun sup PAMA. Harini kami dibekalkan dengan packed lunch, nasi lemak sambal ikan bilis hasil air tangan Chef Naz dan Chef Rina. Pukul 11.30pg kami berhenti makan tengahari di kem Kijang sambil meninggalkan sedikit ration yang akan digunakan pada hari esok memandangkan malam ni je kami stay di Korbu dan akan turun ke Kem Kijang/Seroja untuk malam esok. Lebih kurang pukul 1tghari kami bersiap untuk memulakan pendakian ke LWP. Dengan keadaan cuaca hujan dan trek yang becak, masa yg diambil agak lama.

    Lebih kurang pukul 3.30ptg baru kami tiba di Last Water Point. Di sini setiap kami dikehendaki mengisi 2 botol 1.5l untuk kegunaan di puncak Korbu. Lebih kurang kul  4 baru kami bergerak ke puncak Botak. Seperti biasa, kumpulan telah terbahagi 3 dan kali ni aku berada di group kedua. 1st group aka shooter yg bersama guide mmg tak kelihatan. 3rd group aka sweeper yg selalunya membawa peserta yg injured juga tidak kelihatan. Dari LWP, kami tiba di puncak Botak lebih kurang kul 5.30. Walau bagaimanapun, aku telah berjaya mencipta rekod peribadi dgn tiba 30min awal.. huuu!~

    Dengan gerimis geli² hujan membasah bumi, kami berehat sebelum menyambung perjalanan ke Puncak Korbu yg memerlukan kami merentasi 2 puncak iaitu Chuban dan Korbu Raya. Kami menggelarkan perjalanan ke puncak Chuban sebagai trek gelak sebab keadaan trek yang berlumpur sedalam satu kaki membuatkan kami tergelak sebelum mengharunginya.. hahaha... lebih kurang pukul 10malam baru group kami tiba di puncak Korbu setelah mengharungi 4 pendakian berbatu.

    Group terakhir tiba di puncak Korbu pada jam 2pagi.


    Mei 16, 2011 (Isnin)
    Puncak Korbu - Puncak Gayong - Kem Kijang

    Jam 9.00pagi, selepas bersarapan ringkas, kami memulakan perjalanan ke Puncak Gayong. Perjalanan dari puncak Korbu ke Gayong secara santai mengambil masa 1jam 30min. So keseluruhan perjalanan ialah 3 jam. Dua(2) peserta yang injured dan satu (1) peserta yang berpatah balik ke campsite bertindak sebagai masterchef utk hidangan tengahari. Trek ke Gayong agak curam dan memerlukan beberapa pendakian. Sebelum sampai ke puncak Gayong, peserta akan berjumpa dengan Puncak Proton dahulu. Puncak proton di beri nama sempena emblem proton yg terdapat di puncak. :)

    Selesai berehat, makan jajan, bergambar, posing dan melompat, perjalanan pulang ke Korbu dimulakan pada jam 11pagi.. di puncak Korbu, makan, kemas campsite, bergambar posing dan melompat sebelum turun ke Kem Kijang pada jam 2ptg. Kat sini, kesabaranku sebagai sweeper memang benar² diuji. Aku follow 2 org peserta wanita yg injured. Pukul 7 malam baru kami sampai ke puncak Botak.. dan perjalanan sejam yang aku lalui dari LWP ke Puncak Botak menjadi berganda² masanya.. walaupun perjalanan menurun, masa yg diambil ialah 4jam. Dan bayangkan masa diambil dari LWP ke Kem Kijang.

    Kesimpulannya, group terakhir tiba di kem Kijang pada jam 4pagi. ZZZzzz...


    Mei 17, 2011 (Selasa)
    Kem Kijang - Kem Seroja - Empangan Ulu Kinta - Ipoh - KL


    Perjalanan tanpa sarapan dimulakan pada jam 10pagi memandangkan kami telah memutuskan untuk berhenti brunch di Kem Seroja. Strategi harini, untuk peserta yang injured, mereka dikehendaki bermula sejam lebih awal sementara peserta yg lain membersihkan campsite. Tiada specific check point utk berhenti ketika turun, setiap group berhenti dimana² tempat yg dirasakan sesuai seperti waterfall, kem kancil, etc. Dan seperti biasa, aku akan berada di belakang.. hmm..

    Alhamdulillah setelah pelbagai rintangan dihadapi, last group keluar pada jam 7.00 malam dengan perjalanan yang terpaksa menggunakan sedikit elemen tidak berperikemanusiaan.. hiiii!~ sure orang dah taknak soh aku jadi sweeper dah.. Dengan mengambil keretapi jam 9.00 malam, peserta ekspedisi selamat tiba di Stesen Sentral KL pada jam 12.00 tgh malam..

    Keseluruhan ekspedisi berjaya.. gabungan BCA dan Massudafoll memang terbaik walaupun mereka meninggalkan kami ketika turun..

    BCA vs Massudafoll KorGa 2011




    .


    Ladies day out bersama Cik Jijah.. earlier plan nk gi shopping kat Jusco Mahkota Cheras.. alih² gi tengok  wayang kat Jusco Cheras Selatan. Kali ni kami tonton filem CUN..

    Bagi aku filem ni memang santai.. sesuai untuk segenap lapisan masyarakat.. jalan cerita tak heavy dan keseluruhannya aku enjoy la tgk Cun ni.. line up for Cun : Maya Karin (Luna Latisha), Remy Ishak (Atan), Ning Baizura (Candy),  Faezah Elai (Tom), Nadya Nisaa (Manis), Kartina Aziz (Tok Chah), Erzan Shah Wira (Putat), Mislina Mustaffa (Bedah Tonggek), Siti Chubby (Eton Gebu), Jehan Miskin (Ryan Hidayat@Drakula), Marsha Milan Londoh (Siti Senjakala)..

    Paling aku suka.. Manis lakonan Nadya Nisaa.. watak dan character adik perempuan lembam yg dilakonkan memang menjadi.. scene sedih mmg betul² sedih.. Nisaa ni sebenarnya sama batch masa kat CBN dulu.. cuma kami tak rapat sebab tak sealiran.. aku pure sciences n Nisaa amik Arts. Lagi satu, aku suka watak Tom lakonan Faezah Elai.. pun best.. kejantanan terserlah.. hehehe!~

    Bagi aku, kesluruhannya filem Cun ni aku bleh bagi 4/5.. ok la.. cuma yg tak berapa best bila banyak sangat interruption sponsor, Marigold..




    .

    Miscellaneous

    Followers