Tweet..Tweet..


    Baking Time!!
    Seperti biasa, untuk setiap kali raya, baking is a must..
    For this year, ada few request dari family. 
    Abang nak biskut tu.. mak nak biskut ni.. ayah lagi..
    Dah macam wishlist plak..
    InsyaAllah kalau masa mengizinkan, akan dipenuhi segala permintaan..
    Buat as what Chef Ammar always said, "Masak dari dari"
    As a start, biskut experiment, Biskut Buah Kana..
    Hmm.. mesti ramai yg tak pernah dengar.. lihat.. makan apatah lagi..
    Biskut ni requested by abang..
    Kata dia, biskut ni ingatkan dia kpd zaman kecik² dulu..
    Makcik pernah buat biskut ni..
    Tp bila tanya makcik, dia tak ingat pun..
    Lalala!~

    Biskut ni bentuk dia sejibik macam asam buah kana yg jual kat kedai..
    Ala.. asam yg diikat 3 sekali tu..
    Try tanya Mr Google, satgi xjumpa la plak..
    #aiseh
    insyaAllah resepi akan dikongsikan dlm next post..

    Punyalah tobat  susah nk kluar dari acuan..
    Ketuk ketuk, xkluar..
    Ketuk ketuk, kuar separuh..
    #aiseh
    *ketuk kepala*
    Patutla orang tak jual sebarangan..
    Susah nk buat rupanya..


    p/s : Never give up






    Menu harini..
    Menu simple but sedap..
    *angkat bakul*
    Main campak² je..
    Campak tu.. campak ni.. bungkus.. bakar stim..

    Siakap Stim
    Seekor ikan siapakah siakap (dibersihkan, buang sisik)
    Sebiji bawang besar kuning (dihiris separa bulat)
    3 ulas bawang putih (dihiris)
    Seinci halia (dihiris memanjang)
    2 biji tomato (dibelah 4)
    6 biji cili padi (dititik)
    2 batang serai (dihiris kasar)
    3 sudu jus limau
    Daun sup
    Garam
    Air

    Cara-cara
    1. Baringkan ikan atas peraduan.
    2. Susun semua bahan (kecuali daun sup) sesedap rasa. Kalau malas boleh je tiru setting kat atas. Air bergantung kepada berapa banyak kuah yg nak.
    3. Wrap dgn aluminium foil dan masukkan dlm microwave dlm mode steam; atau cara paling senang letak semua dlm kuali, tutup dan pasang api.
    4. Bila da masak, angkat dan tabur daun sup. Sedia untuk dihidang.

    Selamat Mencuba!~





    Juadah harini..
    Karipaprecycleintisemalam..
    *read as karipap recycle inti semalam..
    Hikhik!~
    Alkisah cerita, tgh dok semangat nk balut popiah samosa usai tarawikh smalam, ayah kata nape tak wat karipap je..
    Trus letak inti dlm fridge, dan pagi ni awal² dah uli karipap..

    Karipap

    Inti:
    5 biji kentang (didadudada)
    4 ulas bawang (ditumbuk)
    ½ inci halia (ditumbuk)
    3 sudu serbuk kari
    Ayam/Daging kisar
    Daun sup

    Doh:
    3 cawan tepung gandum
    5 sudu butter
    Secubit garam
    Air
    Minyak untuk menggoreng

    Cara-cara:
    Doh : 
    1. Gaul/Uli tepung + butter + garam. 
    2. Masukkan air sesedap rasa ikut sampai doh xmelekat kat tangan. 
    3. Bulat²kan dan rehatkan.

    Inti:
    1. Panaskan minyak. Masukkan bawang + halia. Goreng hingga naik bau.
    2. Masukkan serbuk kari dan ayam. Goreng seketika. Boleh masukkan serbuk cili kalau nk pedas.
    3. Bila air ayam dah kering, masukkan kentang dan air. Air takyah banyak sgt, cukup utk empukkan kentang.
    4. Bila kentang dah empuk, air dah kering, tutup api dan masukkan daun sup utk dapatkan aroma yg err... menusuk. Boleh gak masukkan cili merah yg dihiris. hikhik.

    Karipap:
    1. Canaikan doh yg dah dibulatkan.
    2. Isikan inti dan kelim.
    3. Goreng dalam minyak panas. Goreng hingga kuning keemasan.
    4. Angkat dan sedia dihidangkan.

    Tips:
    ~ Kalau nk dapatkan kulit yg rangup, pastikan air tu sejuk. Letak ais kiub pun ok. Tapi beku tangan nk menguli.
    ~ Kalau inti agak berair, boleh letakkan sesudu tepung gandum.
    ~ Kalau malas nk kelim, guna acuan pun boleh :p
    ~ Kalau malas lagi, beli je kat makcik tepi jalan..

    Selamat Mencuba!~




    Samosa..
    Projek pertama bulan puasa gara² tgk dokumentari TV Al-Hijrah mlm td..
    Terus kepingin nak makan samosa..
    Nk buat inti pun sampai berdrama..
    Inti kentang lecek or inti kari ayam+kentang..
    #aiseh
    Last² buat inti kari ayam kentang..
    Nyum.. nyum..



    Seminggu lagi nak puasa..
    Selepas empat kali amik tekanan darah..
    Selepas berpusing satu dewan..
    Selepas kena marah dgn doktor (sebab doktor soh duduk.. kita jalan²)
    Akhirnya..
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    ..


    Usai kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) selama 6 bulan di INTAN Wilayah Timur (INTIM), Kemaman it's time to get back to the real world. Back to reality. Kembali bekerja. Kawan² lain semuanya ditukarkan Jabatan. Kecuali kami. Mandat besar utk masih lagi kekal di tempat lama.


    Bulan kedua, diuji dgn kejadian jerebu. Oh my.. seminggu hidup tak tentu hala. Keluar pagi balik pun pagi. Meeting tak kira waktu. But it was a good experience. Pengurusan situasi jerebu.

    Alhamdulillah jerebu tak lama.. seminggu je.. and after that, it's our Krabi trip.. trip gamble yg dirancang masa kursus DPA dulu. Beli dulu, plan kemudian. Alhamdulillah.. tarikh tu semua available. So bermulalah trip ke Krabi, Thailand. Will update our itinerary later in the next posting.

    Miscellaneous

    Followers