Tweet..Tweet..

    Kata Hamka, supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang.. sementara Saidina Ali pula mengatakan yang cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang.. bila kau wat entry smalam.. aku teringat entry seorg sahabat.. katanya tentang aku..

    "Orangnya memang comel. Sangat teratur dan kemas. Protokol. Cermat orangnya. Memang calon setiausaha seumur hidup. Budaknya baik, kaya dengan idea, lembut pun iya. Kalau tanya bab tempat² makan, jalan² seluruh Malaysia, dialah pakar. Tambah plak gelarannya Ratu Rempit Muslimat. Huhu. Tapi Atien ni sensitive orangnya. Kalau dalam usrah kami, dialah Ratu Airmata. Mudah tersentuh hati, mudah simpati. Orangnya nampak ceria tapi sebenarnya penyimpan dan perahsia. Kalau tension pun simpan la sorang².."

    Hehe.. tu kata seorang sahabat.. aku penah gak tanya kat sahabat lain tentang diri aku.. aku tanya diorg.. ape pendapat diorang tentang aku.. ni lah jawapan diorang..


    sahabat1 :
    atien ok jer....cuma suka sgt pendam mslsh sengsorang...
    kalu suka pendam mslh sengsorang nnt sakit sengsorang
    bab2 keje mmg ok arr
    sbb atien cepat wat keje
    atien x suke tangguh keje
    sbb keje atien cepat
    cuma pas ni jgn fikir byk sgt...
    yg lepas biar lepas...
    tumpu kt study n jgn byk berfikir mende yg rasa x de manfaat byk sket..

    sahabat2 :
    nape
    baik ati
    ske tlg org

    sahabat3 :
    abg rasa dlm byk keadaan, fatien terlalu baik sgt sampai abg pun konfius fatien suka atau x ngan apa yg abg buat kat fatien..
    maybe sbb fatien susah sgt nak kata 'no' kalau abg mintak tlg kot..
    even fatien sebenarnya xnak tlg abg..

    sahabat4 :
    peramah.
    x kire tue ke budak² ke.
    termasuk haiwan² peliharaan sekali die bantai jek.
    em. baik hati la. suke tolong orang.
    kerek sket kalau bwk kete
    bole kate caring gak.
    senang la nk buat kawan. no heart feeling.
    mcm tu la lebih kurang pada sy si fatien ni.

    sahabat5 :
    senang nak dibawak bincang
    tak terlalu terkonkong dgn dak2 persatuan jek
    tahap kesyadidan tak tinggi sgt tak rendah sg

    Tula antara komen sahabat tentang aku.. seorang sahabat adalah sahabat yang bisa menegur kesilapan sahabatnya yang lain.. seorang sahabat sejati dan setia adalah lebih bernilai dari semua emas di dunia ini.. xdapat dibeli dengan wang ringgit.. thanks sahabat..




       

    Aritu masa aku pegi jalan TAR, aku sempat singgah kat Minerva.. bagi menghilangkan kebosanan, aku beli sebuah buku keluaran terbaru Dr HM Tuah yg bertajuk 'Membina Peribadi Anggun'.. aku gak berkesempatan untuk membaca dan antara yg aku dapat adalah rahsia bulan kelahiran dan tarikh kelahiran aku.. uuu~ ada yg aku rasa betul.. tapi xsemuanya betul.. tapi bagi aku.. yg terbaik untuk memberitahu mengenai diri kita adalah sahabat kita sendiri..

    14.8.1984
    Anda seorang yg kuat bekerja dan tak mudah putus asa.
    Anda profesional, suka berterus terang dan sangat tegas.
    Perancangan anada hebat dan mahukan semuanya terbaik.
    Anda suka jadi pemimpin.


    BULAN 8
    - walaupun pemurah, tetapi ego meletakkan diri pada harga yang tinggi..
    - mahu dipuji selalu..
    - luar biasa semangat juangnya..
    - penyantun dan sopan..
    - cukup ambil berat terhadap orang lain..
    - tak tahu takut..
    - tegas dan beerciri pemimpin..
    - daya memujuk yang hebat..
    - boleh menjadi terlalu pemarah dan cepat mengamuk..
    - sukar dibantah cakanya..
    - cemburu menghampiri 'buta'..
    - pemerhatian tajam dan teliti..
    - otak sentiasa berjalan..
    - suka melayan imaginasi..
    - berkebolehan dalam lukisan dan hiburan..
    - suka aktiviti bertenaga..
    - sangat sensitif tetapi jarang merajuk..
    - terkadang kelam kabut..
    - romantik, pengasih, penyayang..
    - suka berkawan..



    -------------------------

    "Jika kita bukan pelita yang menerangi malam,
    memadailah kita menjadi kunang-kunang yang akan menemani malam"
     
     
     
      

    Nabi pernah bersabda : "Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa, akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis."

    Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau Yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.

    Namun,Allah s.a.w. telah berfirman : " Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,pada hal ianya amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (AL BAQARAH : 216)

    Bukankah Nabi pernah bersabda: "Neraka dipagari nikmat, syurga dipagari bala."

    Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu, nasibmu dihizab kanan atau hizab kiri.Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan. Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat. Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata:

    "Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orangitu."

    Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya : "Kenapa engkau menangis?" "Aku tidak mempunyai anak lagi untuk saya kirimkan ke medan Perang," jawabnya.

    Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup,lalu berkata : "Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu."

    Ibnu Masud r.a.berkata : "Seorang yang mengerti al Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur,dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al Quran itu tenang,lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah.

    Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur : "Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami,kubur di hadapan kami,kiamat itu janjian kami, neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH."

    Menangislah di sini, sebelum menangis di sana!!!... ... ... ... .

    Wallahua'lam...



    // banyak ketawa bisa mematikan hati.. nauzubillah.


     

    Tadi dapat email dari effie.. dia bagi gambar kahwin zeti aritu. Trus aku teringat kemeriahan wedding zeti haritu. Rasanya havoc kenduri tu dengan kaletah kami. Sekhemah dikhaskan untuk kitorg je. Mana taknya, majlis kahwin bertukar menjadi reunion warga CBN (especially the A's). Masa ni la nk berjumpa kawan² yg da hampir 5 tahun xdgr berita. Ada yg baru abes blaja, ada yg still blaja, yg bekerja, da berkawin, bertunang dan xkurang jugasudah menimang cahaya mata.. macam² karenah ada.

    Paling terharu bila AJ ngan feela sanggup turun dari Indonesia and katina dari UK semata² utk datang wedding zeti. Papepun.. congratulation zeti and hamdi.. selamat pengantin baru.. semoga kalian berbahagia hingga ke akhir hayat.. dan semoga perkahwinan kalian memperoleh marhabah wa rahmah dariNya.. amiin..

    Semoga kalian mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kalian bahagia, cukup cubaan untuk membuat kalian kuat, cukup penderitaan untuk membuat kalian menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kalian positif terhadap kehidupan. insyaALLAH..




     

    Miscellaneous

    Followers