Kursus.. kursus dan kursus.. tu je yang dapat aku fikirkan.. Start daripada hujung bulan lepas hingga awal bulan Jun ni, schedule aku hanyala dipernuhi dengan kursus.. Almaklumlah, pegawai baru.. Banyak yang perlu diajar dan didedahkan. Dan bersempena dengan cuti sekolah yg bakal menjelma, schedule aku bertukar dari kursus ke kenduri. kenduri.. kenduri dan kenduri..
Banyak yang aku pelajari dari kursus² yg disertai. Satu daripada kursus mengajar aku cara untuk menijau kawasan untuk kajian populasi. Seronok rasanya bila dapat turun padang bersama² orang² kampung bergotong-royong dan menghadiri mesyuarat JKKK bersama pimpinan tertinggi daerah. Di sini kita dapat lihat semangat kekitaan masyarakat desa dalam menjaga keharmonian dan keselamatan kampung dan daerah.
Seminggu aku berkursus di PD dan minggu berikutnya aku mengikuti Kursus Asas dan Pengenalan PTD Gred M41 di INTAN Wilayah Timur, Kemaman atau glemernya digelar INTIM. Pertama kali aku melihat INTIM, aku rasa sangat terpesona dengan kedudukan INTIM yg terletak di tepi pantai. Sangat menyeronokkan. Walau bagaimanapun, seperti yg sedia maklum, pantai di sebelah Pantai Timur Malaysia bukanlah untuk mandi kerana ianya terletak di Laut China Selatan yang terdedah kepada laut yg bergelora.
Tweet..Tweet..
Coretan
nfatienr
Riang gembira sebelum kursus bermula
.
1 comments:
kursus ke kurussss? hahahaha
wahhh namaku dipetik sib baik nama i sedap.. i follow u okehh :P
Post a Comment