Tweet..Tweet..

    Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
    Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

    1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan ataupun ketika menyertai aktiviti luar (outdoor). Berapa ramai yang akan berhenti untuk solat?

    2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia. Tegas tak bermaksud bengis dan pemarah. Tegas dengan pendirian dan tidak mudah dibeli oleh apa².

    3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

    4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

    5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

    6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

    7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

    8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

    9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

    10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.




    p/s: Sesungguhnya, kita bukanlah Hamba Allah yang benar2 sempurna. Berusahalah untuk memperbaiki diri sendiri. Tak kira lelaki atau wanita.. semua mendambakan pasangan yang saling lengkap melengkapi antara satu sama lain..


    Sempena Hari Malaysia harini aku telah ditugaskan untuk menjaga Pusat Pengurusan Operasi Negara atau nama glemernya PPON. Ni kali pertama aku ditugaskan pada hari cuti. Di saat ku kesepian ini, aku telah merajinkan diri untuk memberikan sedikit sentuhan kepada blog yg usang dan dah lama tak dijaga neh.. hiks!~ Satu widget baru telah ditambah iaitu 'Tweet..Tweet..' column kat atas neh.

    Memandangkan aku ni 'rajin' untuk update blog, so dengan adanya column 'Tweet..Tweet..' ni diharapkan blog ni takla bersawang sangat. Like I said before, banyak benda yg nk ditulis dan diletakkan sebagai entry. Tapi bila jemari mula menekan keyboard, satu patah haram pun tak keluar. #sigh!~ Kadang² cukuplah dengan sebaris perkataan dah cukup untuk mengungkapkan perasaan aku ketika itu. Untuk itu, aku telah link antara Twitter - Facebook - Blogger.. senang.. one tweet will update all.



    p/s: Selamat Hari Malaysia to all..
    p/s: Happy Birthday to my friend Siti Nadiah Ismail aka Nedd, Rozyanie Ridzuan and Farhana..



    .

    Kalau anak² diperantauan selalunya membuat kejutan kpd ibubapa dengan pulang ke desa di pagi lebaran, namun bagi keluargaku pada tahun ini kejutan berlaku bilamana ayahku ygtiba di kampung halaman rumah pada pagi raya tatkala jarum jam berada pada kedudukan 4 dan 12. Surprise kan?

    Ceritanya bermula begini..

    Aku telah mengambil cuti seawal 3 hari sebelum Hari Raya (10 Sept 2010). Perancangan awal untuk kami pulang ke kampung di Perlis ialah pada hari Isnin atau Selasa malam. Biasela.. kami suka bershopping sebelum raya dan that's the reason why aku ambik cuti 3 hari sebelum raya. Tapi pada saat² akhir adikku memberitahu yang dia tak dapat cuti sebab TV3 akan mengadakan siaran langsung MHI Raya di hotel tempat dia bekerja dan dia kena kerja pada kedua² hari sebab kekurangan chef. Tp bagi aku, diorg hanyala menggunakan dia as a practical student utk kerja pada hari raya utk membolehkan staf² yg lain cuti beraya. hmm...

    So, pulanglah aku, abang dan mak ke kampung sebab ayah tak sampai hati nk tinggalkan adik keseorangan. Tapi, adik keje, nanti ayah yg tinggal sorang kat rumah. Hmm!~ no comment. First time kami sekeluarga rasa sebak nk pulang ke kampung. Ayah pun cam tanak pandang kami bila kami nk keluar dari rumah. **sigh.. Persiapan raya tahun ni sederhana je sebab balik kg lambat dan takde mase nk shopping cam tahun² sebelumnya. Lagi² bila ayah takde.. sebab selalunya dia yg suka ajak aku ronda² sekitar Perlis utk cuci mata dan shopping.

    Malam raya kami berborak pasal ayah yg beraya di rumah. Tak sampai hati nk telefon takut nnt tersebak. uuu!~ Malam tu.. tengah sedap tido sambil diselimuti kediginan air cond semulajadi, mak terdengar suara adik memberi salam. "Bemimpikah aku?", mungkin tu monolog maka bila terdengan salam sebab selalunya adik memang balik malam² buta. Menurut cerita mak, lepas tu mak dengar suara ayah pulak. Ish.. memang rindu giler kat suami kot. sampai termimpi². Mak bangun dan menuju ke pintu.. rupa² ada kejuan.. ayah dan adik pulang beraya di kampung.. **big smile.. seronok sangat!~




    .

    Dalam tak sedar, dah hampir 5 bulan aku di sini. To be frank, aku masih mencari tune untuk membiasakan diri dengan keadaan kerja sekarang. Walaupun kerjaku tak seperti dahulu, keluar awal, balik lewat.. tapi kepenatannya melebihi sebelumnya. Aku ingat quote beberapa orang tatkala aku nk melakukan penghijrahan ni.. kata mereka aku dah  biasa dengan fast track and now I've to work in a slow pase.. that's a torture for me.. hurm.. mungkin.. kepenatan sebab otak yang tak berjalan. Tujuanku menulis bukan tandanya nk memberontak atau merungut dengn kerjaku sekarang.. jauh sekali utk menyesal  tentang ape yg telah aku putuskan. Cuma melontarkan apa yg terbuku di hati.

    Alhamdulillah.. Mungkin ada hikmah disebalik keadaan. Aku percaya setiap apa yg terjadi ada kisah disebaliknya. Mungkin dahulu aku terlalu bekerja hingga kurang masa bersama keluarga. And now I get my family privilege back. Cuma aku harapkan aku tidak berasa bosan dan putus asa dengan apa yg aku lalui sekarang.. Nauzubillah!~

    Antara cara untuk aku membusykan diri adalah dengan menglibatkan diri dengan aktiviti jabatan dan persatuan. Dan seperti yang pernah aku ceritakan sebelum ini, dilantik sebagai Timbalan Presiden batch serba sedikit membuatkan aku sibuk. Walau bagaimanapun, kebelakangan ni aku mendapat perhatian dalam bidang pengacaraan. Ntahla ape yg bagus sangat dgn aku ni.. rasanya xde plak sebelum ni aku menjadi mc. kalau event manager tu byk la..

    Ingat lagi  masa mula² sesi pengenalan diri.. bila aku bersuara, ada suara² mengatakan yg suara aku sesuai untuk menjadi mc. Dalam sedar tak sedar aku telah dilatih sedikit demi sedikit utk menjadi mc.Bermula dengan aktiviti Bahagian hinggalah ke acara besar spt Majlis Penyerahan Bantuan Kemanusiaan anjuran BALKIS. Esok, aku telah diamanahkan untuk menjadi Master of the Ceremony (MC) untuk satu program anjuran Bahagian Maritim.

    Dan untuk program esok, aku baru merasakan keperitan menjadi MC. hiks!~ boleh ke wat ayat camni.. Sesi rehearsal tadi membuatkan aku nervous giler dan rasanya tekak pun agak perit bila aku dikehendaki mengulang mc script berkali² sehinggalah diorg puas hati dengan tone dan nada setiap perkataan. uhuk.. uhuk.. dan dengan pelantikan ini aku telah digelar Fatien MC oleh bosku, En Zam. aiseyh!~ ade je nk kenakan orang.. lalalala.. wish me luck for tomorrow!~




    .

    Miscellaneous

    Followers