This weekend activity: Outing@Janda Baik..
Hampir sebulan perancangan, Projek Janda Baik (PJB) berjaya dilaksanakan dengan bilangan peserta seramai 16org. PJB kali ini adalah program outdoor yg pertama seumpamanya dianjurkan oleh RRC. Kalau selama ni asyik aktiviti makan.. makan.. dan makan.. kali ni orang2 bandar diajak keluar dari kesibukan kota dan berkampung di Latto Charok, Janda Baik, Bentong..
PJB dimulakan dgn aktiviti bershopping sbg peniaga kecik di Tesco Extra Selayang.. kecil tapak tangan, kelisa merah ku dihulurkan utk menjadi kenderaan pengangkut barang.. 12.00pm semua berkumpul di Tol Karak.. 3 kenderaan pengangkut yg mengikuti misi kali ini.. dan kenderaan rasmi RRC, angkut2 turut tidak melepaskan peluang..
Tak banyak aktiviti yg dirancang.. malam BBQ dinner makan tak habes dgn seleksi ayam, kerang, udang, sotong dan crbstix.. diikuti dgn karaoke tak sedar diri disepanjang malam.. rasanya kalau ada kejiranan, pasti kami dah dibaling pinggan mangkuk, sudu pisau dek suara2 sumbang yg memecah keheningan malam.. hiks!~
Aktiviti istimewa, di malam sabtu ialah surprise party utk sahabat yg menyambut ulangtahun kelahiran masing2 pada 27/03, Mr Hamshah n Jijie.. selmat hari lahir dan semoga dipanjangkan umr, dimurahkan rezeki.. amiin!~
Pagi Ahad dimulakan dengan acara trekking ke air terjun.. perjalanan yg 'agak' mencabar membuatkan si gadis menjerit kegelian tatkala melihat sang pacat yang berkeliaran mencari mangsa.. juga selut yg telah menyelaputi kaki seawal 200m perjalanan.. tak lupa juga Ms Rafi yg telah memuntahkan segala isi perut dek ketidaktahanan pendakian.. Alhamdulillah.. segala rintangan berjaya direntasi selama +- 45minit dicampur tolak iklan2 dan selingan.. Segala keletihan dan ke'pacat'an terus dilupakan tatkala melihat air terjun yg tegak di depan mata.. weeehuuu!~
1 jam lebih diluangkan bersama keindahan flora dan fauna dan kedinginan air terjun yg menggigit sehingga ke tulang.. yang gagah perkasa dan dapatlah menyentuh dinding air terjun yg dipisahkan oleh teluk yg kira2 hampir 2 meter dalamnya.. Perjalanan turun mengikut route yg berbeza, berkurangan pendakian dan selut hanya merentasi semak samun dan jalan berbatu..
Jam 2.00ptg kami semua meninggalkan Latto Charok dan menuju pulang ke kota..
// credit tu Mr JJ, owner of Latto Charok, and those yg menjayakan aktiviti PJB..
Tweet..Tweet..
Coretan
nfatienr
0 comments:
Post a Comment