Ada 15 hari lagi sebelum umat Islam mula berpuasa. Tetapi rata² di sini sudah sibuk mengambil tempahan kuih raya. Tester² telah mula diedarkan ke setiap bahagian dan tempahan diambil sehingga minggu pertama puasa.
Aku? Mengambil keputusan untuk tidak membeli dan hanya membuat sendiri biskut² feveret spt choc chip cookies dan biskut nestum. Rasanya cukuplah 2 jenis sbb semestinya Cik Alah akan bagi tat nenas dan kakak iparku akan menyumbang almond london. Seterusnya hanya kerepek dan kekacang bakal menghiasi balang² kuihku.. dan memandangkan aku bakal balik beraya kat Perlis tahun ni, so tak perlu risau la.. hee!~ bekalan kepek, maruku dan seangkatan dengannya boleh dapat dengan mudah dan murah di sana.. weeehuu!~
.
Tweet..Tweet..
Alhamdulillah.. semalam telah tamatnya Karnival Sukan MKN dgn berlangsungnya Hari Keluarga MKN 2010 kat Chongkak Park Resort, HUlu Langat Selangor. Since this is my first experience with MKN, aku sgt excited pasal ni. And had you know me, I'm always excited for sports, outdoor and committee program.
Tapi ada sedikit perasaan hampa bila hanya aku sorg je yg excited. **sigh.. but it's ok.. memandangkan semua dah mentaklifkan aku sebagai penolong ketua rumah, so sedikit sebanyak aku takla over excited bila mengenangkan amanah yg telah diberikan. It's somehow a responsibility for me to ensure everything run smoothly.
Sabtu malam, aku dah berpakat dengan Nazirah and Wardiana utk bermalam di Chongkak. TEtapi memandangkan rumah kuning (Mabul) telah disubsidikan dengan chalet, aku with my own initiative telah booking satu chalet utk aku, warga rumahku dan sapa² yg tersesat. Memula cam ramai nk join, tp last minute memasing menarik diri atas sebab dan alasan tersendiri. Tapi aku nekad utk bermalam kat chalet walaupun seorg diri (tak termasuk Nazirah n Wardiana di chalet satu lg). Niatku adalah utk menghias khemah dan preparation utk pendaftaran pada hari tersebut.
Jam 8.30mlm kami bertiga ke astaka utk melihat dan menghias khemah rumah masing². Walau bagaimanapun, khemah masih lagi belum berdiri dan kelihatan SMART Team sedang bertungkus lumus mendirikannya. Jam 9.00 malam barula segalanya selesai dan kami memulakan aktiviti menghias khemah. Alhamdulillah aku mendapat bantuan daripada Kpl Sahari yg merupakan ahli rumah Mataking sebelum Wani datang bersama Has n Syikin pd jam 11.30mlm. Aktivti menghias khemah berakhir seketar jam 12.00mlm bila masing² kelaparan dan menyebut² "pasta..pasta.." yg merujuk kepada pasta bodoh yg aku masak sebelum bertolak.
Ahad pagi, alhamdulillah belon² yg digantung masih seperti sediakala walaupun pada mlm sebelumnya aku sedikit risau kot² belon² tu kecut.. sedikit final touch up dilakukan dengan menggantung juraian kertas merah yg dibuat daripada A4 paper. yg digulung. Khemah² rumah lain mempunyai motif dan konsep tersendiri manakala khemah rumahku hanyala berkonsep syok sendiri.. :p apa yg terlintas di kepala akan dizahirkan sebagai gantungan dan hiasan.. uuu!~ rumah mantanani (biru) tampil dgn khemah bertemakan lautan dgn ikan² dan belon² birunya manakala rumah manukan (hijau) berkonsepkan hutan kehijauan dgn anyaman daun kelapa mengelilingi khemah.. rumah kuning plak dgn konsep tersendiri menggantung logo rumah disekeliling khemah.. dan rumahku hanyalah dihiasi belon² dan bunga manggar.. (hihi.. bajet cukup utk beli belon jer..)
Tetapi amatlah mengejutkan bila khemah kami diiktiraf sebagai Khemah Terbaik antara semua. Alhamdulillah segala penat lelahku dan ahli² yg lain terbalas.. thanks all!~ rasa cam nak nangis je.. emosionalnyer la kau ni kan? lain².. walaupun kami bukanlah rumah terbaik keseluruhan, tetapi aku tetap enjoy dengan sukan² dan games yg telah kami menangi.. and the important part is the management of our rumah as well as the coorperation and spirits from our team members..
MATAKING.. We are the King!~
Cuti-cuti Malaysia for three of us this year was damn fun.. sangat² seronok.. dengan kehadiran K.Mirjant sebagai pelengkap korum, destinasi kali ini adalah ke Pualu Tioman. Yg paling syok, planning percutian kali ni dibuat secara ad hoc dlm masa 2 minggu sahaja. Bermula dgn Jijah yg tension dgn beban kerja, kami merancang percutian kali ni. Yang pasti aku dah bagitau awal² yg utk kali ni aku malas nk drive and nak naik public transport je.
Cadangan destinasi pertama oleh Jijah ke Cameron Highland. Tapi bila pikirkan balik, kalau nk dok 3 hari 2 malam kat sana, cam takde aktiviti je. Strawberry Park, Brinchang, pasar malam, ladang teh. lain?? Cam takde tempat je.. Hurm, next aku bagi idea yg bernas iaitu ke pulau. Sebabnya.. aku da lama bercita² nk snorkeling.. uuu!~ and my next wish after snorkeling is to get diving license.. driving license dah ada.. diving je blom lg.. so kirenye aku ni dari gunung dan lembah ke lautan la pulak. Rafting sudah.. now snorkeling and diving plak..
Alhamdulillah.. kami berjaya utk dapatkan Salang Indah Resort sebagai tempat penginapan dan agen utk aktiviti snorkeling.. full board package inclusive snorkeling berharga hanya RM260.. pakej paling murah antara lain² pakej yg ditawarkan.. siap ada BBQ dinner lg on the second night. Chalet sea view dan segala meal termasuk dalam harga pakej. Ok la tu. Tak sampai RM300 cam destinasi bajet tu..
Banyak kenangan kat Tioman ni.. Antaranya kenangan di hari pertama di mana kami rupa²nya naik satu bas dgn aktor terkenal, Hairie Othman. Kisahnya tak terhenti setakat di stesen bas je, tp bersambung bila dia secara tidak langsung menjadi tourist agent kami untuk ke jeti Mersing.. and sekali lagi untuk bersamanya di dalam feri bila aku 'terpaksa' duduk di sebelahnya dek kerana takde seat.. so dikira² aku berada disebelah dia sepanjang perjalanan ke pulau.. uuu!~ <-- statement gatal tak ingatnyer neh... So sepanjang perjalanan banyak jugak aku berborak dengan dia.. macam² cerita keluar. Dan yang pasti aku tidak langsung bertanya mengenai kerjaya seninya. Terukkah aku?
Next kenangan yg best pastinya bila aktiviti snorkeling.. subhanallah, Allahu Akbar.. Masya Allah.. kagum aku dgn ciptaanNya bila mula² aku menjejakkan kaki ke Tioman.. Di jeti Kg Salang aku dah dapat lihat batu karang dan ikan² berlegar² di bawah feri yg membawa kami. Dan ketakjuban bertambah tatkala kami diturunkan di Tulai island.. Memang cantik.. speechless.. Alhamdulillah, cuaca tidak panas membuatkan kami berpeluang utk snorkeling sepuas²nya.. Selepas snorkeling di hentian terakhir, Batu Malang, titik titik hujan mula membasah bumi hingga ke lewat petang..
Hari terakhir diisi dengan snorkeling di kawasan Kg Salang sebelum menaiki feri untuk ke Mersing pada jam 2.00petang, meronda² sekitar bandar Mersing sementara menunggu bas ke KL jam 6.00 petang. InsyaALLAH ada peluang Tioman akan kujejaki lagi..
Miserable weekend.?? uuu!~ cam menarik je topic entry kali ni.. Erm.. takdela nk miserable sgt tp cam segala perancanganku musnah.. huk huk huk.. Kalau ikutkan perancangan strategik aku, weekend baru² ni hari Sabtu pagi aku dah plan utk Hop In Hop Off dengan Dewi n Rafi, then malam tu ke wedding Breen at Dewan Perdana Felda.. hari ahad gi Hutan Melintang, ikut rombingan bertandang ke rumah lelaki.. But as what we always know, we can only plan.. and He knows the best.. so, perancangan tadi hanya tinggal perancangan..
Nak mulakan cerita.. hari Jumaat jam 4.00ptg tetiba Cik Lah call, katanya dia dapat banglo kat PD (mood : HAPPY sebab dah lama tak wat family gathering kat PD) tapi bila tanya hari. katanya "malam ni sampai Ahad".. erk!~ (nada ala² tercekik tulang ayam).. terbayang² segala plan² hujung minggu yg terbang ditiup angin..
So, malam Sabtu lepas ofis aku terus gerak dengan mak n Cik Lah ke PD. Aku ngn Cik Lah sehelai sepinggang.. Baru rasa adventure.. So far, rancangan aku utk this weekend masih lg nmpak 50% as aku ingat nk stay Jumaat malam tu je and balik Kajang Sabtu tghari/petang then off to Breen's wedding sebab Cik Lah kata maybe beberapa family lain akan datang. But, again we can only plan.. memandangkan corum yg tak ramai plus kesian kat Mak Long sekeluarga yg datang all the way from Klang, so aku pun mengalah.. stay la 3mlm 2 hari kat PD.
Tp aku rasa seronok sangat dengan weekend lepas sebab untuk pertama kalinya dalam hidup aku dah merasa naik banana boat.. wwweeehhhuuu!~ Memula dia kata min. 5 orang. Tp setelah dipujuk, kami dibenarkan utk naik bertiga.. Perasaan.. tak dapat nk gambarkn masa tu sbb rasa serrooonnoookk sgt.. :)
Banana boat..