.
Harini Majlis Sambutan Hari Raya Taman Sri Jelok.. dan seperti biasa mak antara orang yg tersibuk dgn segala persiapan. Tahun ni mak n the group kena jaga ketupat, lemang n rendang. So far aku memang suka cara Surau Al-Asmah @TSJ ni.. segala persiapan dilakukan bersama.. qariah masjid akan bergotong-royong menyediakan juadah.. malam Sabtu haritu, jemaah Muslimin termasuk ayah sama² menganyam ketupat. Adala dalam 400 biji untuk digandingkan bersama ketupat, rendang ayam (30 ekor) dan rendang daging (40kg) juga antara juadah yg disediakan selain Mee Kari, Mee Bandung.. selain tu, makanan sampingan spt rojak buah, roti bom dan kuih-muih pun ade. *whoa.. mewah*
Apa yang aku suka dengan Jamuan Raya @TSJ ni ialah... BLOOD DONATION.. every year mmg akan ada program derma darah oleh PDN. So, sambil menjamu selera, boleh la menderma darah. After 4 years, akhirnya aku kembali untuk menderma darah.. hehehe!~ sorry Tabung Darah.. bukan sengaja, tapi tuntutan kerja membuatkan aku tak dapat nk menderma.. hihihi!~
Pengalaman menderma darah selepas 4 tahun meninggalkan adalah agak seronok. err.. seronok ke? *wink* ceritanya bermula dengan bila kena check blood pressure.. bp agak tinggi.. katadoctor maybe sbb aku baru lepas makan.. doc bertanya pasal migraine, so aku kata last aku kena migraine Isnin minggu lepas.. so doc kata sepatutnya aku takleh derma sbb takut membahayakan kesihatan (takut pening/pitam/jatuh lepas derma).. so aku kata "I'm ok doc".. huuu!~ masa ni semangat agak jatuh skit la.. takut² doc xkasi derma.. then doc kata, "Ok sy bleh bg awk derma, tp just 350ml je".. ok la tu.. better than nothing.. Then, lepas check bp, kena gi kat registration plak.. kat sini hanya proses pendaftaran dan key in donor's info kat system. Memandangkn aku tak bawak buku, doc ingat aku 1st timer. So, just kata xbawak buku, then dia check kat dlm system.. my last donation was back in 2006.. 29/6/2006.. lama kan? lepas registration, bermulalah ceritera ku..
Seperti biasa, aku akan memilih left handed seat.. xde specific reason.. just sebab aku rasa tangan kanan ni bekerja keras, so aku mintak utk cucuk sebelah kiri.. proses penyucukan berjalan agak sedikit terganggu sbb doc xjumpa salur darah.. hii!~ (tanda² utk aku mengurangkn berat badan kot.. :p).. nk dijadikan cerita, darah yg keluar agak sedikit.. adala dalam 100ml, lepas tu darah stop keluar.. doc pun sibuk la cari salur darah.. then aku kata, xpela doc, tukar tangan sebelah kanan je la.. :p so, jarum bertukar tangan.. yg bestnya, xsampai 10mins darah dah penuh.. almost 500ml.. ups.. terlebih sudah.. kata nurse yg kebetulan org Sabah.. so.. total blood donated.. 100ml + 500ml = 600ml.. 250ml lebih dari yg doc bg.. hiii...
1st attempt.. left hand |
For the past few months, there are too many rumors about me and my whereabout.. first was about me myself has been short-listed as The Secretary’s Special Officer, then about me chosen to be the SO and the latest is about me to be the Assistant Director of newly set up institute. But again, there’s nothing confirm. I can only hear and wait (for the official letter). As for me, I’m not going to comment on any of the rumors.. I’ll just wait and see..
Genap sebulan selepas Ekspedisi KorGa BCA, aku dilamar untuk ke sana lagi. Kali ni bukan sebagai peserta, tetapi sebagai guider.. Errr.. guider ke? Takdela.. Kire jadi guru pengiring.. hahaha!~ Lamaran kazen aku sebab katanya trip kalini ramai wanita. Ekspedisi Kelab Kembara UKM KL..
Hmm.. mampukah aku?
Untuk kesekian kalinya BCA mengadakan trip outdoor. Kalini, Gunung Korbu dan Gayong menjadi cabaran kami..
----
Mei 13, 2011 (Jumaat)
KL - Ipoh - Empangan Ulu Kinta
8.00mlm semua peserta dah kena berkumpul kat KL Sentral.. rata²kebanyakannya kerja dan amik half day sebab nk save cuti.. huuu!~ aku pun sama. kerja. Kul 5 sharp aku balik rumah dan mintak tolong ayah hantar ke KTM Komuter Kajang sebelum dia ke surau Maghrib tu. Dlm kul 7.45pm aku dah tercongok kat depan KFC KL Sentral. Kelihatan beberapa kelibat ahli BCA dah sedia menunggu. Pembahagian ration dan air mineral utk setiap peserta. Kitorg juga diingatkn utk xlupa utk bwk satu botol kosong utk kegunaan di Korbu nanti.
Jam 9.45mlm keretapi membawa kami ke Ipoh. Dr Ipoh, kami akan dibawa menaiki lori 1 tan untuk ke empangan Ulu Kinta. Dlm kul 12 tgh mlm kami tiba di Stesen Keretapi Ipoh. Sebelum ke empangan, kami sempat singgah makan di Kg Bt 8, Ulu Kinta. Mmg layan kat kedai ni. Karok sampai pagi.. huuu!~
Jam 2.00pg kitorg sampai di empangan dan telah mengambil keputusan utk bukak khemah kat depan tu je sementara menunggu hari siang dan bjalan masuk ke kaki gunung. ZZzzz..
Mei 14, 2011 (Sabtu)
Empangan Ulu Kinta - Kem Seroja
Seawal jam 7.00 kami dah bangun dan siapkan sarapan pg dan packed lunch. Menu harini: nasi goreng sosej. Jam 9.00pg perjalanan kaki gunung dimulakan. Mmg lencun la.. berjalan +- 4km tawaf empangan Ulu Kinta utk sampai ke dalam. Alhamdulillah.. nasib baik ade uncle tractor yg tambak sungai tu sudi tumpangkan kami utk ke dalam setelah +- 2jam berjalan.
Selepas berehat melepaskan lelah, perjalanan masuk dimulakan dgn lafaz Bismillah. Hala tujuan sebelum Kem Seroja ialah Air Terjun. Perjalanan dari entrance ke Kem Seroja mengambil masa +- 5jam.. bila ditambah dgn 2 jam perjalanan dr entrance, adela kira² 7jam perjalanan.. ditambah tolak masa take 5 dan break, 9jam gak la..
Mei 15, 2011 (Ahad)
Kem Seroja - Kem Kijang - LWP- Kem Botak - Puncak Korbu
Perjalanan hari kedua dijangkakan mengambil masa 8jam. Kira normal working hour tanpa OT. Itinerary perjalanan adalah:-
Kem Seroja ~ Kem Kijang (1jam)
Kem Kijang ~ LWP (2jam)
LWP ~ Kem Botak (1.5 - 2jam)
Kem Botak ~ Puncak Korbu (3 - 4jam)
Perjalanan hari ke-2 dimulakan pd jam 10pg selepas breakfast bihun sup PAMA. Harini kami dibekalkan dengan packed lunch, nasi lemak sambal ikan bilis hasil air tangan Chef Naz dan Chef Rina. Pukul 11.30pg kami berhenti makan tengahari di kem Kijang sambil meninggalkan sedikit ration yang akan digunakan pada hari esok memandangkan malam ni je kami stay di Korbu dan akan turun ke Kem Kijang/Seroja untuk malam esok. Lebih kurang pukul 1tghari kami bersiap untuk memulakan pendakian ke LWP. Dengan keadaan cuaca hujan dan trek yang becak, masa yg diambil agak lama.
Lebih kurang pukul 3.30ptg baru kami tiba di Last Water Point. Di sini setiap kami dikehendaki mengisi 2 botol 1.5l untuk kegunaan di puncak Korbu. Lebih kurang kul 4 baru kami bergerak ke puncak Botak. Seperti biasa, kumpulan telah terbahagi 3 dan kali ni aku berada di group kedua. 1st group aka shooter yg bersama guide mmg tak kelihatan. 3rd group aka sweeper yg selalunya membawa peserta yg injured juga tidak kelihatan. Dari LWP, kami tiba di puncak Botak lebih kurang kul 5.30. Walau bagaimanapun, aku telah berjaya mencipta rekod peribadi dgn tiba 30min awal.. huuu!~
Dengan gerimis geli² hujan membasah bumi, kami berehat sebelum menyambung perjalanan ke Puncak Korbu yg memerlukan kami merentasi 2 puncak iaitu Chuban dan Korbu Raya. Kami menggelarkan perjalanan ke puncak Chuban sebagai trek gelak sebab keadaan trek yang berlumpur sedalam satu kaki membuatkan kami tergelak sebelum mengharunginya.. hahaha... lebih kurang pukul 10malam baru group kami tiba di puncak Korbu setelah mengharungi 4 pendakian berbatu.
Group terakhir tiba di puncak Korbu pada jam 2pagi.
Mei 16, 2011 (Isnin)
Puncak Korbu - Puncak Gayong - Kem Kijang
Jam 9.00pagi, selepas bersarapan ringkas, kami memulakan perjalanan ke Puncak Gayong. Perjalanan dari puncak Korbu ke Gayong secara santai mengambil masa 1jam 30min. So keseluruhan perjalanan ialah 3 jam. Dua(2) peserta yang injured dan satu (1) peserta yang berpatah balik ke campsite bertindak sebagai masterchef utk hidangan tengahari. Trek ke Gayong agak curam dan memerlukan beberapa pendakian. Sebelum sampai ke puncak Gayong, peserta akan berjumpa dengan Puncak Proton dahulu. Puncak proton di beri nama sempena emblem proton yg terdapat di puncak. :)
Selesai berehat, makan jajan, bergambar, posing dan melompat, perjalanan pulang ke Korbu dimulakan pada jam 11pagi.. di puncak Korbu, makan, kemas campsite, bergambar posing dan melompat sebelum turun ke Kem Kijang pada jam 2ptg. Kat sini, kesabaranku sebagai sweeper memang benar² diuji. Aku follow 2 org peserta wanita yg injured. Pukul 7 malam baru kami sampai ke puncak Botak.. dan perjalanan sejam yang aku lalui dari LWP ke Puncak Botak menjadi berganda² masanya.. walaupun perjalanan menurun, masa yg diambil ialah 4jam. Dan bayangkan masa diambil dari LWP ke Kem Kijang.
Kesimpulannya, group terakhir tiba di kem Kijang pada jam 4pagi. ZZZzzz...
Mei 17, 2011 (Selasa)
Kem Kijang - Kem Seroja - Empangan Ulu Kinta - Ipoh - KL
Perjalanan tanpa sarapan dimulakan pada jam 10pagi memandangkan kami telah memutuskan untuk berhenti brunch di Kem Seroja. Strategi harini, untuk peserta yang injured, mereka dikehendaki bermula sejam lebih awal sementara peserta yg lain membersihkan campsite. Tiada specific check point utk berhenti ketika turun, setiap group berhenti dimana² tempat yg dirasakan sesuai seperti waterfall, kem kancil, etc. Dan seperti biasa, aku akan berada di belakang.. hmm..
Alhamdulillah setelah pelbagai rintangan dihadapi, last group keluar pada jam 7.00 malam dengan perjalanan yang terpaksa menggunakan sedikit elemen tidak berperikemanusiaan.. hiiii!~ sure orang dah taknak soh aku jadi sweeper dah.. Dengan mengambil keretapi jam 9.00 malam, peserta ekspedisi selamat tiba di Stesen Sentral KL pada jam 12.00 tgh malam..
Keseluruhan ekspedisi berjaya.. gabungan BCA dan Massudafoll memang terbaik walaupun mereka meninggalkan kami ketika turun..
BCA vs Massudafoll KorGa 2011 |
BBQ di Bukit Wangsa.. juga sesi panas badan sebelum misi KorGa (Korbu - Gayong) beberapa minggu lagi.. Sesi panas badan kali ni agak meriah sedikit dgn sesi BBQ dan sambutan hari lahir seorang ahli BCA.. Abg Fariz Hamzah. Seperti trip sebelumnya., trip kali pun tersesat dalam mencari jalan keluar. Tp xdela jauh sangat cam haritu...
Checkpoint No 3 |
Kering idea nk berblogging?
Baru² ni aku ade baca satu blog pasal blogger yg kering idea tatu nk tulis ape kat blog. Lain skit cam aku.. aku byk sgt citer sampai tak tahu nk citer ape dulu.. hahahaha.. kalau ikutkan aku ade list beberapa pengalaman nak share ngan sume cam tip aku gi tok nenek- bubu-yong yap, umrah, HKB dsb.
Antara alternatif yg dikongsi utk yg kering idea utk blogging ialah:
1. Gi cari video kat youtube yang korang agak-agak menarik dan menghiburkan hati, letak dalam entri dan bagi komen sket.. dah siap satu entry.. mudah kan?
2. Gi terjah mana-mana blog, pick satu entry terlatest mamat atau minah tu. Pilih sama ada mau support atau hentam entry tu ,pilih beberapa ayat dalam entry beliau, kasi komen, dan letak backlink ke entry beliau. Dah siap satu entry. Bukan saja dapat attention dari beliau, malah maybe beliau akan promote entry korang tu
3. Gi mana-mana kedai yang best, order makanan yang agak-agak ada kat kedai tu je, kat kedai lain takde. Snap gambar kedai tu berserta dengan makanan yang korang order tadi. Tempek gambar-gambar tu kat blog dan ceritakan pasal makanan serta harga makanan. Tak dilupakan juga lokasi kedai makan tu. Nak lagi best cam-whore ar sket gambar korang tengah menyuap atau mengunyah hehehe.
4. Erm... stress? tension? geram? Tulis ar dalam blog. Express yr feeling. Tapi jangan nak melulu marah je memanjang je. Pastikan ada unsur lawak atau kurang-kurang nyatakan apa penyelesaian atau ending entry yang happy dalam entry stress korang tu. Baru ada balancing emotion dalam entry korang tu. Mesti reader terfikir “Eh mamat/minah ni tengah marah ke tengah happy? Baik aku komen atau lebih tepat lagi mengorat untuk kepastian…” hahaha
5. Gi ambik majalah, *newspaper atau mana-mana pamphlet info yang ada kat mana-mana klinik atau kedai yang ada. Copy ayat tu menggunakan ayat yang paling santai. JANGAN COPY BULAT-BULAT sebab dah sah pamphlet tu takde orang ambik inikan pulak orang nak baca..hoho so bila ada gaya penyampaian yang santai atau kelakar, boleh ar menarik perhatian readers untuk baca entry korang..
Actually ada banyak alternatif nak blogging atau tulis entry ni.. yang penting kena kreatif je. Kalau nak ikut orientasi betulnya, of course idea tu kena datang fresh dari kepala otak sendiri. Tapi kalau dah takde idea sangat, of course kita memerlukan bantuan dari luar macam yang disenaraikan kat atas tu.. selamat mencuba!~
.
Sempena cuti Tahun Baru Cina haritu, BCA telah organize satu lg XPDC.. Redah Yong Yap (7113') - Bubu (6475') - Tok Nenek (6248').. Ekspedisi kali n disertai oleh 18org... 13 lelaki dan 5 ppuan.. bagi trip ni, Abg Bedul aka Kargo xdapat join sebab injured masa main bola sepak 2 minggu sblm trip.. so this trip tribute to Bedul..
Feb 2, 2011
Jam 10mlm kami bertolak dari Shell Jalan Duta sebelum berkumpul di RnR Tapah. Dari sana, konvoi ke Balai Polis Lojing melalui Tapah. Memandangkan keadaan dinihari, bercampur hujan gerimis, keadaan jalan sangatla kureng. Kabus agak tebal sehinggakan kami terlepas lorong ke Balai Polis Loging. Jam 2 pagi barula sampai di BPL dan terus siap utk tidur di surau yg tersedia.
Feb 3, 2011
Seawal jam 7.00am, 4WD sampai, guide, Pak Kassim dah mejerit mengejutkan kami. Memandangkan BPL buka kul 8.00 pg, so kami bersiap dan bfast ala kadar sementara nk tunggu BPL buka. Lepas register kat BPL, perjalanan dimulakan dgn 2 buah 4WD. Gugurl sepeti biasa mendapat privilege dgn menaiki 4WD yg bertutup manakala sang teruna kena naik 4WD yg terbuka ala² cam angkut lembu tu.. ups!~
Tiba di Perkampungan Orang Asli Pos Brooke, kami diberi sedikit taklimat oleh Pak Kassim dan ekspedisi ke Kem Balak Pecah dimulakan. Dlm perjalanan ni adela berpuluh sungai yg direntasi. Dari sungai kecik, sampai la sungai besar.. dari air takat buku lali, sampaila ke takat dada.. memang mencabar. Dlm kul 5.00ptg kami tiba di Kem Agas. Hajat dihati utk melepaskan lelah sebelum meneruskan perjalanan ke Sg Y dan seterusnya ke Kem Balak Pecah. Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan yg tidak mengizinkan dan ada yg dah agak pancit, dsb, kami mengambil keputusan utk bermalam di Kem Agas je.
Feb 4, 2011
Selewat jam 9.00pg baru kami memulakan perjalanan ke Kem Balak Pecah. Target harini ialah ke Puncak Yong Yap dan Bubu. Perjalanan merentasi sungai diteruskan lagi untuk hari ke dua. Oleh itu, pakaian yg lightweight amatla diperlukan. Trek sepanjang perjalanan ke Simpang YongYap - Bubu boleh dikira . Tapi, trek dari Simpang YY-Bubu memang mencabar. Mendaki dan mencanak. Walau bagaimanapun, view² sepanjang pendakian membuatkan kita xterasa kemendakiannya (err.. ade ke perkataan ni?) tu..
Memang layan tol view kat Puncak YY ni. Mmg betul view 360°.. Pagi petang siang malam.. memang bergambo je la keje kami.. kire sampai lupe la nk masak ngn pacak khemah.. klik.. klik..
Feb 5, 2011
Mission harini ialah ke Puncak Bubu. Memandangkan semalam dah xcapai target, harini kami dijangka utk overtime supaya segalanya back on schedule. Kira² separuh perjalanan, kumpulan kami terpisah 3 dgn guide berada di hadapan. Spt biasa, aku akn pilih utk cover those yg injured sbb maybe sbb dulu aku masuk PBSM kot.. :p Walau pun sbnrnya penat trekking ikut injuries ni, tp aku suka.. :)
Kul 3, group 2 dan 3 bertemu dan group 1 telah jauh meninggalkan kami di belakang. Slow walk ke Puncak Bubu dgn harapan mereka menunggu di sana. Selepas 2 jam, kami tiba di puncak Bubu. Ikut hati, mmg nk bermalam di sini, tp ats kecekalan nk menawan Yong Yap, kami tinggalkan sebahagian bebanan, dan teruskan perjalanan ke Yong Yap. Trekking harini mmg menguji ketabahan kami.. dgn keadaan trek yg dikira rabak + pendakian berlumut + kehabisan bekalan air + terpisah dgn guide + injured, etc.. kekuatan mental dan psikologi mmg diuji. Dgn condition sebegini, perjalanan mengambil masa hampir 3jam utk kami sampai ke last water point di Kem Lopak Air.
Pendakian selepas Kem Lopak Air utk ke Kem Kambing dan Seterusnya ke Yong Yap amatlah mencabar. Dan disini aku telah diuji dgn migraine yg kronik.. argh!~ Keseluruhan perjalanan kami pada hari ni ialah 15jam.. pergh!~ mencabar tak?
Feb 6, 2011
Pagi selepas melayan view sunrise, bfast dan berkemas, kami menuju ke puncak Tok Nenek yg jaraknya sekentut sepelaung je dr KK.. ni betul punya sepelaung.. tengah kitorg pack up, Pak Kassim tetiba hilang.. alih² dia jerit dari puncak Tok Nenek.. misteri sungguh..
As planned, di atas TN kami menukar kostum kepada pakaian pejabat.. klik.. klik lagi.. hehehe.. selepas bergambo, kami terus shoot turun dari TN ke Post Brooke. Perjalanan kali ini memang mencabar.. selain sungai² dan anak sungai yg perlu diredah, jutaan pokok buluh jg melambatkn perjalanan turun.. sakit pinggang der.. asyik kena bongkok nk lalu bwh pokok buluh.. ni belum kire duri yg melibas kaki.. argh!~
Natijahnya, group kami terpecah 3.. yg pertama droup otai, kedua group hustler.. dah yg ketiga group injured.. hahaha.. perjalanan yg getir memang betul² menguji emosi dan mental kami.. dek kerana ini adalah perjalanan turun, so masing² gagahkn diri juga.. kalau XPDC Stong-Ayam haritu, air nescafe ais stesen keretapi menjadi motivation factor, kali ni air coke sbg pengganti. however, I really enjoy the experience.. can't buy anywhere on earth..
Kumpulan terakhir (kumpulan aku ler tu) check on di PB jam 11.00mlm.. walau bagaimanapun, perjalanan keluar tergendala dek kerana satu drpd 4WD kami tersangkut pada batu besar di Sg Brooke. So, sementara menunggu yg gagah perkasa menolong menolak, menarik, terkinja² melompat² utk release 4WD, kami semua berkumpul dlm kedinginan malam berbumbungkan langit berbintang (cantik giler.. subhanallah). Drpd info yg diperolehi, uncle tu nk masuk dlm sampai Sg Y utk selamatkan kami sebab dlm group aku ada 2 org yg injured.. sgt appreciate niat murni uncle tuh.. sedih!~
alhamdulillah.. jam 2pg kami telah berjaya dibawa keluar dr PB. aku mmg salute skill pemanduan anak uncle tu, Kumar yg berjaya mengawal 4WD melalui jln balak sambil menarik 4WD bapanya yg tersangkut td.. err.. 4WD uncle tu mati enjin masa lepas struggle nk melepaskan diri dari batu yg tersangkut td..
Lepas bersiap² membersihkan diri di BPL, kami menyerbu kedai mamak di Simpang Pulai. Di sini, masing² melantak makan macam setahun xjumpa makanan. Secara keseluruhanya, this is another best trip ever. Setiap trip akan ada memori tersendiri. So, from this trip, there's a lot of things that we learned..
1) Percaturan masa ~ kalau ikut guide, mungkin ambil masa 2 jam, tp for beginner, we may double the time..
2) Percatuan makanan ~ dek sebab trekking yg mencabar, nafsu makan masing² makan cam sekar..
3) Team spirit ~ gunung sama didaki, lurah sama dituruni..
.
Smalam.. budak² BCA telah ke Bukit Wangsa Cheras. Aku pun tak tau nk kata trip BCA atau trip persendirian.. walaupun kami dah plan utk ke Bukit Wangsa semasa briefing Redah Yong Yap di NZ haritu, tapi nampaknya hanya 3org je turn out termasuk aku.. so secara tak rasmi Abg Jep menjadi guide dan Abg Naz jadi sweeper.. and i'm the only princess jd follower je la.. :)
Mengikut perancangan, kami sepatutnya berkumpul di Masjid PGA jam 9. tapi jam 9 tak nampak batang hidung sweeper.. so dlm kul 10 baru pendakian bermula.. mengikut abg jep, kami menggunakan trek lain dari kebiasaan yg digunakan umum.. cuaca sepanjang pendakian bermula dgn hujan geli² sehingga hampir lebat..
Memandangkan aku dah hampir sebulan tak bersukan.. agak pancitla mula² pendakian.. hiks!~ **mintak nyawa.. sedikit info mengenai bukit wangsa yg juga dikenali sbg bukit putih, bukit apek dan ah pak san serta bermacam² nama lg.. terletak di taman wangsa cheras (aku yg membesar di Bt 9 ni pun tak tau kewujudan bukit ni)... menurut abg jep, ada byk entry point utk daki bukit ni.. antaranya sunway cheras, awana cheras, taman wangsa dan ampang.. terdapat 5 stesen/check point di sepanjang pendakian.. aku mmg respect kat org/pertubuhan yg maintain tempat ni.. di setiap stesen/check point mesti ada; 1- khemah 5 x 5 yg ala² pasar tani, 2- 2 buah kerusi plastik, 3- jam dinding.. di stesen/check point ke 3 siap ada hammock dan bench.. **tabik spring.. apa yg best kat bukit ni ialah air terjun yg berada di akhir perjalanan.. perjalanan mengambil masa 1:30 ke 2:30 jam mengikut trek.. 1.30jam tu kalau ikut jalan pintas.. 2 jam lebih kalau tambah lagi satu bukit.. memang sesuai utk sesi panas badan sebab terdapat zon² pendakian yg agak curam yg boleh menguji stamina dan persediaan kita..
kitorg ada pengalaman yg tak dapat dilupakan masa trip kali ni.. guide kata beliau penah tersilap turun/keluar hanya sebab silap amik simpang dan terpaksa naik balik.. so aku pun cakap la.. kalau silap turun, tahan teksi soh hantar kat tempat naik tu balik memandangkan kawasan sekitar entrance bukit ini adalah taman perumahan.. nak dijadikan cerita, betapa masinnya mulut aku, kami betul² salah jalan keluar.. abg jep tanya samada nk naik balik (+-50m) atau nk turun ikut jalan.. disebabkan takut sesat dalam hutan, my cuzie mencadangkan agar kitorg turun je dan jalan ke kereta (sambil membayangkan jarak +- 1km utk ke kereta).. kejutannya berlaku apabila jalan turun tu sbnrnya +- 4km utk ke kereta.. teringat lg ungkapan cuzie ku "eh ni econsave belakang rumah aku ni".. pergh!~
Jarak perjalanan mengikut Google Map (klik utk besarkan) |
Copyright 2009 - ~ m a t a k e h i d u p a n ~
Blogspot Theme designed by: Ray Creations, Ray Hosting.