Tanggal 7 disember 2006 bersamaan 16 zulkaedah 1427H jam 1.50 ptg.. opah telah menghembuskan nafas terakhirnya di damansara specialist hospital.
bagi aku, pemergian opah memang satu kehilangan.. opah merupakan nenek saudara aku. tapi, layanan opah kpd kami amatla istimewa. lelagi lepas arwah nenek pergi 7 tahun yg lepas. tapi aku redha dengan pemergian opah. kata orang, kalau kita sayang kat seseorang, pastinya xsanggup melihat dia menderita. airmata pasti menitis tatkala melihat opah bila balik daripada rawatan dialisis kat hospital setiap dua hari.
penah sekali masa opah balik dari hospital, tetiba darah keluar membuak² dari tempat bekas tiub dimasukkan. habis katil dan lantai bilik opah.. penuh dgn darah. ksian opah.. opah dimasukkan ke DSH start hari ahad. sehari lepas aku balik dari iran. 2 hari opah xsedarkan diri. hari selasa baru keadaan opah baik sedikit. opah boleh memberikan tindakbalas terhadap apa yg diperkatakan. tapi..opah xlarat untuk bercakap. opah hanya mampu mengangkat kening dan menggerak²kan jarinya saje.
hari rabu keadaan opah kembali teruk. doktor xdpt buat dialisis untuk hari tu. kata doktor.. seme urat xdapat terima untuk masukkan tiub.lebih² lagi opah da tua.. so, badannya xkuat.. kata doktor.. opah berehat dulu haritu, esok kalau keadaan opah bertambah baik baru bleh wat dialisis..
alhamdulillah pagi khamis keadaan opah bertambah baik. setelah dr buat pemeriksaan, dr kata insyaALLAH dialisis boleh buat harini.. tapi, bila dialisis nk dimulakan.. tetiba denyutan jantung opah berhenti.. ALLAH lebih sayangkan opah dari kami..
Al-fatihat buat allahyarham opah, Maznah binti Maryam.. semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman..
"esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok"
0 comments:
Post a Comment