Tweet..Tweet..

    22 Nov 2006
    kui 8 ayah ngan mak hantar kitorg ke klia.. destinasi berbulan madu kali ni adalah iran.. huu~ seronok.. flight kui 11 mlm. tp kami mengambil langkah berjaga² utk sampai awal kat klia. manela tau kalau² ada pape yg terjadi. alhamdulillah segala urusan berjalan lancar. dan jam 10.30 kami da berada di waiting room. nampaknye flight mlm ni penuh. almaklumlah.. penerbangan ke iran hanya 2 kali seminggu.


    23 Nov 2006
    alhamdulillah.. jam 2.45 pagi waktu iran (7.30 pg waktu m'sia) kami selamat mendarat di mehrabat international airport, iran. suhu pagi ni 2-4°C dari airport kami trus ke hotel yg terletak di vanak square yg tletak di tengah² bandar tehran. waktu di iran lewat 4jam 30 min daripada m'sia. so, lepas solat subuh, kitorg merehatkan diri..ZZzzz.. sebelum bersiar² di kawasan sekitar vanak sq. lagipun kedai² kat sini bukak sekitar jam 11 pg.

    24 Nov 2006
    kui 11pg check out dari hotel. amik teksi menuju ke rumah salah seorang warga m'sia yg berkhidmat di tehran. kat sini kitorg prepare utk makan tengahari. selepas solat zuhur, kami amik cab dan bersiar² di sekitar tajriz. tajriz merupakan sebuah pekan yg terletak di bawah gunung (sorry.. xingat nama gunung tu). suhu kat sini memang sejuk giler.. dan dari sini kita dapat tgk gunung yg diselaputi salji. mulanya ingat nk panjat gunung main ski.. tapi memandangkan masa yg xmengizinkan sbb flight kami jam 8 malam.. so, hajat utk mendaki gunung terpaks dibatalkan. lagipun, harini hari cuti hujung minggu.. sure kena beratur panjang kat atas nanti..

    lepas maghrib (lebih kurang kui 6pm) kami naik teksi ke airport. flight ke esfahan jam 8pm.. tapi atas sebab yg xdapat dielakkkan.. flight kami delay lebih kurang 3 jam lebih.. so, kui 11 lebih baru depart from tehran dgn menaiki fokker 110. perjalanan ke esfahan dengan flight lebih kurang sejam..so dalam kui 12 lebih kitorg sampai kat sana. ksian kat pakcik sorg tuh sbb tpaksa menunggu kami 4 jam lebih akibat ke'delay'an yg xdijangka. huuu~ balik apartment n tidoq... ZZZzzz..

    25 Nov 2006
    harini kitorg wat keputusan utk just berjalan² sekitar taman kat depan rumah.. kat esfahan ni keistimewaan nya adalah taman yg dijaga di sepanjang sungai esfahan. kalau kat kl tu.. just imagin kat sepanjang sg klang tu ada taman rekreasi yg cantik sambil air mengalir jernih di dalamnya. tp leh ke sg klang kita jd camtu? park² sepanjang tasik ni dipisahkan oleh jambatan² yg menarik. disebabkan kedudukan apartment kami berhadapan dengan taman, so, kami dikira berada di kudak park. so arini just berjalan² sekitar kudak park ni.. seronok.

    26 Nov 2006
    masa pagi diisi dengan berjalan disebelah kanan taman.. iaitu di sekitar zayandeh park.. ni kalau xsilap arr nama park ni.. dapat nama ni pun daripada map jer.. uuu~ daripada pemerhatian aku, kat sini makanan ruji adalah kebab ngan pizza. sib baik ade stok makanan yg dibawa dari m'sia.. so, just masak sendiri jer..malam.. kitorg keluar untuk membeli barang² dapur.. kat sini xde pasar cam kat m'sia. barang² kering dan basah dijual di kedai² runcit. tp xplak cam mini market kita. kat sini, satu kedai tu.. kalau jual daging.. jual daging je. so, kalau nk carik ayam, daging, ikan n sayur kenala masuk 4 kedai.. uuu~ seronok gak jalan memalam ni.. tapi memang sejuk bangat.

    27 Nov 2006
    pagi ni kami memanjangkan langkah ke bahagian selatan esfahan. berjalan menyulusuri sungai smapai la ke bandar la kot.. kat sini memang byk pekan² kecik dan besar sampai aku xdapat nk bezakan mane satu bandar.. mane satu pekan.. so kat sini ade satu bridge yg cantik.. ape lagi.. mase untuk bergambar.. uuu~ terasa cam gi europe plak.. ade venice n bridge..

    28 Nov 2006
    hari keempat kat esfahan.. seperti hari yg selalunya.. arini amik angin sekitar kudak park dan bershopping di pekan kecil kat area barat esfahan.. seronok gak.. yg menariknya.. tengah kitorg amik angin kat park ni.. kitorg dikerumini oleh segerombolan pelajar² kecil esfahan.. seperti biasa.. situasi menjadi cam ayam berjumpa itik.. mmg xpaham. tapi alhamdulillah.. sib baik ade cikgu pengiring yg boleh berbahasa inggeris. hehehe..
    malamnye.. kitorg naik teksi ke medan imam.. bazar yg besar untuk bershopping.. huuu~ shopping lagi...

    29 Nov 2006
    memandangkan semalam xsempat utk bershopping kat medan imam.. pagi ni kitorg sekali lg ke medan imam. tapi kali ni kitorg mintak pakcik teksi tu berentikan kami kat sepah street. dari sini kitorg berjalan ke medan imam.. sepanjang sepah street terdapat deretan kedai menjual kasut²..

    ape yg aku dapat perhatikan dari 5 hari kat sini.. orang² kat esfahan ni memang income dia daripada berniaga.. n satu pekan akan menjual barangan yg sama.. contohnya.. pekan A hanya menjual baju.. pastu pekan B sepanjang jalan seme kedai kasut.. etc.. so kat sini.. kalau nk beli kasut.. g kat sepah street.

    30 Nov 2006
    harini aku rasa cam xsedap badan.. kepala terasa agak berat.. tapi memandangkan arini ari cuti.. dan kami telah merancang utk berjalan.. perasaan itu terpaksa diabaikan seketika..harini langkah dipanjangkan ke utara esfahan.. sofe park tletak lebih kurang 45 min daripada apartment kami.. kat sofe park ni.. ade zoo dan dataran peninjau.. so arini aktviti kami adala mendaki.. lebih kurang sejam lebih pendakian.. kitorg smapaila ke puncak bukit sofe. dari sini dapatla lihat pemandangan sekitar esfahan.. uuu~ luas rupenye esfahan ni.. pemandangan kat esfahan ni memang menarik.. kire kawasan sekitar dijaga la.. seronok..

    lepas daripada sofe park.. kitorg ke so-o-seh pol bridge.. antara jambatan yg tercantik kat esfahan ni.. so.. seperti biasa.. masa untuk bergambar.. pastu trus balik ke apartment.. telan panadol n tidoq... ZZzzz..

    alhamdulillah.. menjelang maghrib badan da terasa segar.. so, kami pun mengambil keputusan utk melakukan nite walk bagi mengisi malam terakhir di esfahan ni.. sepanjang jln ade kedai² menjual barangan kulit.. so, sempatla sambar beberapa souvenir utk dibawa pulang utk ayah, abang n mak.. balik ke apartment.. naik teksi.. da xlarat berjalan..

    1 Dis 2006
    harini just dok rumah utk packing segala macam barang yg da dibeli.. nampaknya beg telah beranak satu.. uuu~ abisla balik m'sia kena perli dgn mak nnt..kui 8.30 kami menuju ke esfahan international airport.. alhamdulillah.. doa dimakbulkan.. sepanjang jalan hujan dan disebabkan kat sini musim sejuk.. titis² hujan mula bertukar menjadi butir² salji.. huuu~ sempat gak main salji kat airport.. hehehe~ alhamdulillah.. tapi sayang.. salji² yg turun ni xdpt diambil gambarnye..

    2 Dis 2006
    kui 12.00am kitorg sampai kat tehran. dari domestic airport kitorg kena naik teksi ke international airport. sementara nk menunggu teksi tu.. sempat gak kena snow.. org² sini kata tadi kat tehran ni heavy snow.. uuu~ tp still xdpt nk buat bola² salji.. snow ball..
    flight ke kl kui 6.30am.. so, terpaksa berkampung kat airport ni slama lebih 6jam.. uuu~ penat..

    alhamdulillah.. lepas 8 jam brada dalam flight.. kui 7 ptg waktu m'sia kitorg sampai ke KLIA.. seronoknye sampai sini.. rindu kat seme org.. bagi aku.. walaupun seronok kat iran, papepun kat m'sia ni lagi best.. kata orang.. hujan emas di negeri orang, hujan emas di negeri sendiri.. lagi best kat negeri sendiri..



    -------------------------

    "perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah"

    0 comments:

    Miscellaneous

    Followers