Tweet..Tweet..

    "Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa."

    Found this quote from one of the email forwarded from a friend of mine. Feels like its good to think and elaborate..

    First line : Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang

    Yup.. that's right.. for some reason the things happened on the past might be hurt during that time but now bila ingat balik, sure best. Contohnye perkara² yg berlaku di zaman persekolahan.. like me, theres an incident mase darjah 6.. mase tuh mmg tgh famous game sumpit kacang hijau. memandangkan diriku ini merupakan seorg yg ala² boyish mase sekolah. so permainan ni antara game favorite la. until one day kitorg kantoi ngn guru besar, en ishak (stil remember his name). natijahnye, kitorg (6 of us) dihadapkan di perhimpunan pagi. and the best part is i'm the only flower among the bugs.. hiks!~

    mase tu mmg la geram bila dipanggil but bila dikenangkan balik. thats one of my sweet memory. byk lg memori mase sekolah.. mase kat asrama.. uni, etc.. mungkin perit utk dilalui pada saat dan ketika itu, but sekarang ianya menjadi kenangan yg best..

    Next : Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

    I've no comment bout this since xde lg experience berchenta.. but form my experiences as a consultant aka dr love to my friends.. i found out that if he is not meant to be with you, then let it be. mungkin mudah utk dikatakan n payah utk dilakukan but.. why should you care for a person who dont care about u.. and why are u suffering like h**l when that person laughing with his/her new girl/boy.. why should we torture ourself.. just believe that if theres someone are meant for u but u still didnt find it.. insyaALLAH. kalau ada jodoh tak kemana and HE knows whats the best for you. just pray that you will find your love one day.. amiin :)

    Last quote : Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa.

    Rasanya quote ni most likely lebih kurang sama dgn the 1st line. cuma for this quote, it needs us to enjoy every moment spend in our life. irregardless if the situation is good, bad, cloudy or what. as long as you enjoy it u will find it interesting and valuable.

    So, thats all about the quote.. apapepun, enjoy your life and dont make a things to be a stopping point for you. tak kisah how big is it and how stress the situation will, just go for it.. experience it.. and do it with your heart.. One day u will find it cool and memorable. akan ada hikmah di sebalik setiap kejadian dan bersyukurlah dengan segala apa yg kita ada. dont u ever have that 'regret' in your dictionary.. no regret ok. stand with whatever decision made. face it.

    So renung2 kan dan selamat beramal~ **wink

    ISLAM membenar, malah mengharuskan seseorang itu berhutang ketika berdepan dengan kesusahan dan kesempitan hidup yang membabitkan masalah kewangan.

    Pada masa sama, Islam memberi galakan kepada umatnya agar memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan dalam pelbagai bentuk seperti pinjaman secara hutang bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka, lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi.

    Firman Allah bermaksud:
    "Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah (semata-mata untuk mendapatkan pahala) dengan pinjaman yang baik (ikhlas) akan digandakan balasannya dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia."(Surah al-Hadid, ayat 18)

    Firman Allah bermaksud:
    "Dan bertolong-tolonglah kamu pada jalan kebaikan dan ketakwaan dan janganlah bertolong-tolong pada perkara dosa dan permusuhan." (Surah al-Maidah, ayat 2)

    Namun, Islam begitu teliti dan memandang berat dalam soal memberi, menerima dan membayar semula hutang kerana ia membabitkan hubungan sesama manusia ketika hidup di dunia ini hingga ke akhirat kelak.

    Mengapa berhutang?

    Ada banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu terjebak dalam hutang antaranya ialah:

    1. Ingin memenuhi kehendak dan tuntutan hawa nafsu untuk memiliki sesuatu yang tidak mampu ditunaikan kecuali dengan berhutang.

    2. Pengaruh daripada sahabat handai atau jiran tetangga yang sering memberi galakan untuk berhutang. Lantaran itu dia berbuat demikian, walaupun pada hakikat dirinya itu tidak memerlukan, tetapi hanya untuk berbangga dengan apa yang dimilikinya.

    3. Sikap tidak berasa puas dan cukup dengan apa yang dimiliki dan sanggup berhutang demi memenuhi kehendak dan hajatnya tanpa memikirkan akibat yang mendatang.

    4. Kemudahan pinjaman yang disediakan oleh beberapa pihak tertentu seperti institusi kewangan dan perbankan bagi menggalakkan lagi amalan berhutang.

    5. Berkehendakkan sesuatu benda yang membabitkan kebendaan dengan cepat dan segera walaupun hakikatnya dia tidak mampu berbuat demikian.

    Dalam hal ini jika perkara yang hendak dimiliki itu adalah keperluan asasi (dharuriat) seperti makanan, minuman, tempat tinggal, pakaian dan pelajaran, maka Islam membenarkan berhutang sebagaimana dalam sebuah hadis bermaksud:
    "Daripada Abu Hurairah berkata seseorang: Ya Rasulullah, pekerjaan apakah yang paling baik? Baginda bersabda Memasukkan kepada saudara kamu kegembiraan atau melunaskan hutangnya atau memberi roti (makanan) kepadanya."

    Jika perkara yang ingin dimiliki itu bukan perkara asasi atau penting dalam kehidupan seseorang itu, maka tidak perlulah dia berhutang. Ini kerana hanya akan menambahkan bebanan, lebih-lebih lagi jika membabitkan institusi kewangan dan perbankan yang mengamalkan sistem riba.

    Kesan amalan berhutang.

    l. Penyakit berhutang ini jika diamalkan akan menjadi satu budaya dalam kehidupan manusia yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada pemiutang seperti muflis. Ini disebabkan bebanan hutang yang tinggi serta gagal melunaskan hutangnya.

    2. Jiwa orang yang berhutang tidak akan tenteram dan aman, hidupnya dalam resah gelisah kerana dihantui bebanan dan tuntutan hutang yang tinggi.

    3. Seseorang yang terbeban dengan hutang akan memungkinkan dia melakukan pelbagai perkara yang dilarang oleh syarak seperti mencuri dan menjual maruah diri semata-mata untuk melunaskan hutangnya.

    .4 Orang yang berhutang akan terikat hidupnya di dunia dan akan tergantung amalan dan rohnya selepas meninggal dunia hingga segala hutang piutangnya dilunaskan ketika hidup.

    Sabda Rasulullah:
    "Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) hingga dia menjelaskan hutangnya."

    Rasulullah pernah berwasiat kepada sahabat Baginda agar mengurangkan hutang seperti sabdanya :
    "Kurangkanlah dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkanlah daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas."

    Amalan berhutang bukan saja membabitkan kehidupan dunia semata- mata, bahkan berpanjangan hingga ke hari akhirat.

    Sabda Rasulullah:
    "Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah pada hari hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi."

    Sabda Rasulullah bermaksud:
    "Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya." (Hadis riwayat Bukhari, Tarmizi, An- Nasai' dan Ibn. Majah)

    Rasulullah sendiri tidak akan menyembahyangkan jenazah orang yang masih mempunyai hutang. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali bahawa apabila didatangkan kepada Rasulullah satu jenazah, Baginda tidak akan bertanya mengenai amalan si mati, tetapi bertanya apakah si mati mempunyai hutang atau tidak. Jika si mati mempunyai hutang, Rasulullah menyuruh sahabatnya menyembahyangkan jenazah itu atau Baginda meminta sesiapa yang sanggup menaggung hutang si mati. Jika tiada, maka hutang itu akan diserah atau ditanggung oleh pihak Baitulmal. –


    Petikan buku Budaya Berhutang: Amalan Dan Akibatnya terbitan Jabatan Agama Islam Selangor.


    p/s: Aku suka memberi hutang tetapi berat untuk memintanya kembali..

    Spending my after hours with Fiza and Ilah was one of the enjoyful and adventorous nite. Planned to go for Secret Recipe at Pavillion without knowing that there no SR there. Then three of us walked from Pavillion to the building next to it, Standard Chartered. Thought there is SR there but thinking of Bukit Bintang has one, so we decided to continue walking to Secret Recipe Bukit Bintang.


    Having a chit chatting while walking made three of forget that we're currently walking quite a distance to the SR. Since we were craving for cake, so we just ordered cakes and drinks. No heavy food except cakes.

    Done with eating, we continued our journey back to Pavillion enjoying panoramic night of Bukit Bintang. Taking photos with gold man, then waiting for the silver man to join along. Our next mission then was to Baskin Robbins at Pavilion. Enjoying merry beery in bowl waffle sundae with gold medal ribbon plus raspberry yogurt ice cream without the bowl waffle cos they only have cone sundae in stock. yummy!~

    White Water Rafting.. aktiviti untuk weekend minggu lepas.. memang enjoy the ride.. adventorous and memang best sesangat.. insyaALLAH 2nd rafting akan menyusul.. but still bergantung kepada keadaan..

    ada beberapa aktiviti 'lasak' yg dah dirancang sampai tahun depan.. lepas raya maybe akan hiking kat gunung cabang or gunung bubu kat perak.. ni kire intensive before panjat mt kinabalu bulan 4 tahun depan. sebelum tu.. ada beberapa bukit di sekitar KL dan selangor akan ditawan.. antaranya bukit broga, bukit tabur n kemensah..

    sambung balik ttg wwf kat sg selangor. erm.. sbnrnya da lama nk try rafting but still xde peluang. tawaran pertama datang bila che din ajak gi rafting kat sg sigor.. but cant make it sebab ke kelantan masa tu.. alhamdulillah dapat 2nd oppurtunity ni utk raft kat sg selangor. so 4 of us, che din, dewi, rafi n me berjaya menjinakkan sg selangor dengan tiada jatuhan oleh che din, 2 kali jatuhan oleh rafi dan masing satu jatuhan oleh me and dewi.

    the best moment was masa semua orang jatuh meninggalkan aku, che din and sorang drpd 2 guide, rooku. and kami terpaksa berhempas pulas menyelamatkan diri daripada hydraulic river**. Tah brapa kali raft berpusing pun aku tatau tp yg pasti kitorg berjaya menyelamatkan diri dari keadaan apabila ade satu lagi raft yg melanggar kami. alhamdulillah.

    saat yg paling kelakar bagi aku ialah bila aku jatuh di saat2 orang lain tak jatuh. hahaha.. hanya jatuh disebabkan mengelakkan terkena dahan pokok dan terpaksa melepaskan tangan untuk elakkan tergesel batu. hiks!~

    sg selangor dikategorikan dalam level 3 ke 4 keadaan normal water flow dan akan mencecah ke level 5 bila keadaan high water flow. perjalanan akan mengambil masa 2 ke 3 jam (bergantung kepada keadaan) dengan melalui 10 set of rapids.

    **Holes, or "hydraulics", (also known as "stoppers" or "souse-holes"), are formed when water pours over the top of a submerged object, causing the surface water to flow back upstream toward the object. (Ref:http://en.wikipedia.org/wiki/Whitewater)

    kadang² terfikir, kenapa susah melupakan walaupun telah dipohon kemaafan.. mengapa sekelumit kebencian membuatkan seseorang memandang seperti semuanya tak kena. waima sekiranya salahnya bukan pada yg dibenci, tetapi meletakkanya seperti dia yg melakukannya.

    apalah salahnya kalau kita mencari sedikit kebaikan daripada keburukannya. bukankah menanam perasaan benci membuatkan hati kita semakin sakit dek kerana memikirkan kebencian?? hurm..

    sebenarnya takdela rasa nk bersastera sangat cuma terfikir.. kenapa bile kite benci seseorang tu, semua yg orang tu buat, seme tak kena. walaupun sebenarnya takdela ape sgt. tp mungkin sebab perasaan benci yg dah menghantui diri.. semua nya salah. tak penah yg betul. hatta walau sebesar zarah pun. hurm.. aduhai hati..

    kita lebih cenderung untuk mencari kesalahan daripada kelebihan. lebih suka megusutkan daripada menyuraikan.. dan membesar²kan daripada menyelesaikan..

    aduhai!~



    Kelantan trip to visit Pn Ly who is on maternity leave.. alhamdulillah.. our mission to kelantan berjaya di laksanakan dengan bantuan dan kerjasama sahabat.

    18/06/2009 KUL-KBR

    Our flite to KB yg sepatutnya dijadualkan pd 2115hrs telah ditunda without notification to 2140hrs. and sekali lagi upon check in kami diberitahu again bahawa the flite will be delayed for another 20mins. 2015hrs flite take off from LCCT ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu. Bermalam di Kubang Kerian.

    19/06/2009 KBR-KTG

    Seawal jam 9.00pagi, setelah bfast nasi kerabu, perjalanan ke Kg Wakaf Berangan, Pasir Puteh dimulakan. gitu gini.. gitu gini.. perjalanan ke Kuala Trengganu diteruskan. hajat dihati nk bermalam di Pantai Penarik, but we can only plan. Hampa bila diberitahu bahawa seluruh chalet pesisir pantai telah ditempah oleh KRU production untuk penggambaran filem terbaru mereka. aiyark..

    So, perjalanan diteruskan ke KT. Di KT, kami melawat ke Taman Tamadun Islam n Masjid Kristal. Owh.. lupe.. ade singgah sat di Pantai Penarek. Hajat nk bermalam di sana but all the chalets has been booked oleh one of the production house yg sedang mengadakan penggambaran di sekitar pantai. huwaa!~ so, kami bermalam di salah satu budget hotel di Bandar KT.

    20/06/2009 KTG-KBR-KUL

    Selepas check out from hotel, destinasi pagi dimulakan dengan menyinggah ke Pasar Payang. Breakfast dan memulakan agenda pagi dengan menghabiskan duit pada penjual² batik yg sedia menawarkan harga² yg agak susah nk didapati di KL. jam 10.30pagi bertolak balik ke Kota Bharu dan seinggah sebentar menjamu cendol di setiu. Sebelum ke destinasi membeli-belah terakhir di Pasar Siti Khadijah, kami singgah menziarah Mutawalli dan ibunya. It's just coz kami dah niat datang nk melawat and bukan berjalan². hiks!~ ni bolehlah dikirakan sebagai sambil nyelam minum air. tp air cam terlebih minum..

    Masa sepetang dihabiskan di pasar MPKB dan pasar siti khadijah sebelum kami balik rumah utk siap diri dan ke airport utk penerbangan pulang.

    //credits to Pn Mirjant for the transportation and accommodation as well as as our tourist agent for the trip. thank you so much. It was a wonderful and enjoyful trip.

    aku sepatutnya sibuk berkemas utk my vac on this Wednesday. tapi separti biasa aku akan mempunyai sifat kemalasan yg tinggi untuk mencari baju yg sesuai. so, nmpknye kenala tunggu saat akhir. bari segalanya lengkap dan tersedia. huu!~

    erm, tengah memikirkan baju yg nk di'match'kn ngan sluar, tetiba terimbas kenangan sekolah rendah. terasa rindu pada zaman tersebut. bermain batang ais krim dan sumpit kacang hijau sampai kena panggil di perhimpunan oleh cikgu disiplin, ms chong.

    memandangkan aku memang sentiasa online 24/7, aku trus mencari kawan² melalui rangkaian persahabatan terkenal, facebook. beberapa nama disearch. ada beberapa nama yg sepadan. pesanan salam perkenalan dihantar. xle nk trus add. kot² tersalah orang. naya.

    alhamdulillah, kurang daripada 10min, 2 orang telah memberi respond. dan sesungguhnya mereka berdua antara yg dicari.it has been 13 years since our last meet on 1996. most of them surely dah bekerja dan membina kerjaya. bila dikenangkan terasa seronok pabila berada di alam persekolahan. terutama sekali time sekolah rendah. bermain kejar², berlari kesana sini tanpa memikirkan apa² masalah..

    misses my school life a lot..

    p/s : congratulation to Siti Fazlina Mohd Karim (SKBS'96) for her wedding last weekend





    ..

    Harini aku sekali lagi dipanggil untuk sesi kaunseling cum heart-to-heart session wif one of the company director. Seperti biasa intro, 'Sy dengar awk tender ur resignation. WHY??'. And untuk ke sekian kalinya aku menerangkan sebab musabab kenapa aku melakukan aksi berani mati.

    Potential

    To counter back on my tendering, he said i'm a potential staff and they're about to bring me up and to polish my skills etc. I knew that. I know my limit, I know my ability.. and I know I can go along with the company.. but.. how far can I go?

    But i still need time to T.H.I.N.K

    Aku percaya on the project and the company. Aku percaya company boleh survive with the project. Aku happy dgn team and sedey utk tinggalkan team.. Cuma masalah skang ni adalah AKU.. To stay or to leave? Let me T.H.I.N.K



     .

    Sebelum bermulanya Management Meeting, aku telah dipanggil untuk menjelaskan surat 'berani mati' ku yg telah hantar ke HR pada Jumaat lepas. Dan surat tersebut telah berjaya sampai ke tangan yg berkenaan pagi ini memandangkan kecutian yg lama sepanjang minggu lepas.

    Bertanyakan sebab mengapa dan apa yg membuatkan aku melakukan perkara nekad terssebut dan dengan jujurnya aku memberitahu apa yg terbuku di hatiku selama ini. perasaan ketidakpuasan hatian merupakan salah satu sebab selain my self incapability n work burden.

    Bukan maksudku untuk membutkan mereka tak senang duduk, tetapi aku mempunyai justifikasi tersendiri mengapa tindakan tersebut diambil. And aku juga ingin membuktikan bahawa wang bukanlah segalany dan alhamdulillah tidak sukar utk melakukan aksi ini kerana aku masih lagi belum mempunyai apa² komitment selain kpd mak n ayah.

    Aku telah diberi masa untuk berfikir memandangkan perasaan tulus hatinya agak berat untuk melepaskan aku pergi kerana aku adalah antara barisan hadapan ketika e-Info mula diperkenalkan. Aku?? meminta untuk memikirkannya dalam beberapa hari ini.



       

    Bila difikirkan, this is the 1st event of the year. Previously ade a few events invited by SSM but mase tuh xdapat nak join coz lack of resources n busy preparing for off the counter services, OTC nationwide. Alhamdulillah, we're joining them for this event.

    Harini merupakan hari perasmian dan pepagi lg aku dah dapat panggila dar kakak tiri kesayangan yg meminta kami menyediakan printer di kiosk before the opening ceremony by the new minister. and the ceremony will start at 10am. giler!~ manader kedai printer nk bukak pepagi neh.. aduhai..

    Dan akhirnya, printer HP officejet 5 in 1 milik ED berjaya dikebas memandangkan ketiadaan pemiliknya yg bercuti mengerjakan 'umrah'.. dalam keterpaksaan terpaksalah aku melangkahkan kaki ke KLCC untuk menghantar rinter dan sekaligus on stand by for briefing to minister plus the new ceo.. thanks to che din yg sudi menjadi driver mengantar n mengambil.

    seperti biasa, exhibition adalah suatu tempat yg agak membosankan sekiranya kita tak mengisinya dengan perkara² yg menghiburkan hati. antaranya; menyapa setiap orang yg melalui kawasan sekitar, menyibukkan diri di booth di samping meramaikan rangkaian sahabat or just lepak di booth sambil mengupdate facebook. huu~ for me, selain facebook aku kena juga bertanyakan khabar di ofis n menyemak email² yg kunjung tiba.

    aku rasa sgt terharu bila ade 2 org mamat hensem n cute datang ke booth aku utk mempromosikan e-Info. rasa cair je bile dia tarik aku utk bergambar bersama *blushing. before they left, aku sempat mengabdikan beberapa keping gambar untuk menjeleskan rakan² di ofis.. enjoy!~




    p/s: MyIPO exhibition will be my last exhibition with e-Info. really enjoyed every moment spent with e-Info and the team. will never forget those. bermula tahun 2006 hingga now, e-Info bakal mencecah 3 tahun on this coming July. and sadly i wont be there to celebrate our 3rd year. *bergenang

















      

    Setelah beberapa bulan berfikir, aku telah mengambil keputusan nekad ala² aksi berani mati dengan menghantar resignation letter kepada Management walaupun aku tidak mendapat tawaran dari mana²..

    Orang bertanya kenapa.. bagi aku, why shud i stay if i'm not happy?? kerja adalah satu perbuatan yg kita suka. kalau dulu, aku tension, balik lambat kerja siang malam. tp aku tak kisah sebab aku suka. but now..

    Another thing.. one of the reason kenapa aku resign adalah bila aku rasa aku xbuat keje. huu~ it's not something funny sebab bg aku, kalau aku xde buat apa² aku akan rasa bersalah and its not good for the company, kan?? hatta bila aku layan facebook pun aku akan rasa bersalah. hurm..

    kalau dulu aku akan berfikir 1000 kali bila nk berhenti walaupun dah ada offer menanti. but now.. its the time. insyaALLAH.. aku masih percaya pada rezeki dari Nya. and alhamdulillah mak OK bila aku kata aku hantar surat tadi. Ya ALLAH.. tabahkan hati hambamu ini..





     

    Melalui saat hujung minggu yang menggembirakan.. tu yang dapat aku gambarkan ketika ni.. but the part yg buat aku tone down ialah bila memikirkan yang esok keje.. arghhh~

    Bermula dengan hari sabtu, kami bertiga, aku, fiza n ilah memulakan pengembaraan ke KL Books Fair 2009. Mission : Temankan jijah beli revision books untuk adik² nyer.. buka karangan la.. math la.. add maths.. sejarah.. n lastly untuk si kecil bernama dayah, buku mengenal huruf or any coloring books. Tak lupa juga utuk mencari buku² karangan Ust Hazrizal yg terbaru; Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai Ke Syurga dan Rindu Bau Pohon Tin.

    Next, after KLBF2009, kami menuju pula ke Jalan TAR. Mission : mencari tudung. Rasanya xde ape yg diborongkan selama 2jam kami di Jalan TAR. And mission utuk beli tudung dah tercapai dengan sekali lg Jijah menjadi pemborong terbaik. Alhamdulillah aku berjaya mendapatkan 2 helai tudung Donatello yang berlainan harga.. (RM30 di Tarquaz n RM10 je kata arked).

    Malamnye.. kitorg merancang untuk hari esoknye smbil santap Hawaiian Chicken, Seafood Tuna, Super Supreme as well as the Combo from Pizza Hut n menonton Cerekarama. Erm.. lupe plak tajuk dia.. tp something with 'berbisik..'. Enjoyed the drama plus ade nangis skit la. hiks!~

    Seawal jam 10.30 pagi kami dah bertapak di Pavilion Bukit Bintang. Mission : Movie Marathon. 1st movie of the day ialah citer Paul Blart: Mall Cop. Starting cam bosan but towards the end seronok. especially bila part mall to tgh di hijack.

    Selesai Mall Cop kitorg ke B2 for Zohor. And soon after that menapak to the food court. Sorry.. cant remember the name again. kami makan Subway for lunch. Ni kali pertama jijah melangkah ke Subway so aku amek footlong n share with jijah.

    2.40pm our 2nd movie of the day.. The Confession of A Shopaholic. Memang enjoy.. double thumbs up.. so lepas tu kitorg da tanak shopping. trus je balik rumah..

    On the way back baru aku teringat yang esok keje.. warghh!~




     

    lately ni mata kanan aku sering kali berkedip.. apabila ditanya, ada yg mengatakna yang aku bakal mendapat berita baik. and ada gak yang kata aku bakal jumpa orang jauh or orang yg aku rindui.. hurm.. to believe it??

    kalau orang tanya aku. jawapan dia senang je.. mata ade cacing. tu yg berkedip tuh.. hiks!~ apapun semalam aku mendapat call dari orang jauh.. erm.. maybe jugak org yg aku rindu.. da lama aku tak berborak panjang dgnnya. and it end up aku berborak ngan dia smpai bateri hp ku habes.. i miss u a lot..

    banyak yang diborakkan sepanjang hampir dua jam kami di talian.. bermula dengan kisah seharian sehinggalan aku membuka satu isu di mana hanya dia yg tahu kebenaranyya.. walaupun dia sebolehnya menidakkan nya tetapi aku masih ada keraguan.. perasaan ku mengatakan yg ianya benar..

    semakin hari aku mendapat banyak cerita mengenai sikapnya.. dan semakin hari juga kurasakan semua bukti² berada di depan mata.. aku tak pernah mencari tau menyelidikinya.. tetapi ianya seperti hadir sendiri dan ...

    aku cuba bertanyakan kebenaranya tetapi dia tetap menyangkalnya.. dan ini membuatkan persahabatan kami agak dingin..

    dear..sorry for being so mean to you.. but aku memang seperti tak dapat menerimanya.. i'm trying to believe it and on the same time i keep on getting the hints n clue.. i'm lost.. who am i suppose to believe? my own feelings??

    tapi harini mataku masih lagi berkedip.. mungkinkah bukan dia yang kurindu?? atau mungkinkah cacing² itu sudah bermaharajalela di mataku??




       

    Harini merupakan hari yg penuh dengan kecemasan. bukan kecemasan emergency yg aku masukkan. Tetapi hari yg penuh dengan perasaan cemas. Bermula jam 11.30 pagi aku masih menantikan Jijah untuk ambil aku di rumah memandangkan dia beria² nk menghantarku ke LCCT selepas kenduri Afif & Iza di Putrajaya.

    Sebelum itu.. hari Jumaat lepas Iza call meminta aku untuk jadi pengapitnya di majlis bertandang pihak pengantin perempuan di Dewan Putrajaya Holding, Putrajaya. Dah berbuih aku katakan yang aku tak boleh lama dan perlu berangkat ke LCCT sebaik sahaja majlis selesai kerana flite ke Kuching telah ditetapkan pada jam 4.40pm. Tapi Cek Mek Iza beria² nk aku jugak jadi pengapit dan aku dalam keterpaksaan menerimanya. huuu~

    Sambung balik tentang hari yg cemas. Pukul 11.30am Jijah masih lagi belum smpai di rumahku. Pengantin lelaki dan perempuan silih berganti menelefon. Dan aku?? hurm.. menunggu dan terus menunggu. Agenda yg direncanakan, pengantin akan berarak masuk ke depan pada jam 12.15pm. Akhirnya jam 11.50 barulah Jijah smpai bersama Su. Dan dengan kuasa yg ada padaku, Jijah dipaksa membawa Vivanya melebihi daripada kelajuan asal. Dan aku dengan yakinnya berkata, "xpe Jijah, kalau kena saman kita claim kat pengantin".

    Jam 12.00 tghari pengantin telefon mengatakan mereka sudah bergerak dari Presit 8 menuju ke PJH. Dan bermulalah episod kejar-mengejar. Alhamdulillah kami berjaya mengejar kereta pengantin sebelum sempat pengantin perempuan melangkah keluar dari kereta. **credit to jijah

    Jam 2ptg aku masih lg berada di PJH. Slalunya tugas pengapit habis tatkala pengantin berangkat ke meja santapan untuk menyempurnakan makan beradap. Tp ntah ape kelainan yg nk dibuat oleh event manager neh, aku dikehendaki berada di pentas utk acara bergambar plak.. adooii.. by hool of by crook kul 2.15 aku dah kena gerak ke LCCT. Plan utk tukar baju nmpknyer tak kesampaian.

    Kecemasan ke-2. Ntah camner aku leh terlupe yg harini merupakan Grand Opening utk F1 kat Sepang International Circuit. Dan tatkala itu aku terasa cam nk berlari je ke LCCT tur. Or just meminta belas ihsan mamat² bikers utk hantar aku ke sana. Bagi aku kalau lmbt biar lmbt betul. For Air Asia check kena 45mins sebelum waktu berlepas. Penah sekali aku terlepas 45 min dan seboleh²nya aku tanak pisang berbuah dua kali. Walaupun jaraknye hanya 5km, tp pergerakan kenderaan yg bg aku laju lagi kura² dlm perahu.
    50min sebelum check in kami berjaya smpai ke LCCT. Dengan baju pengapit yg agak meriah umpama pengantin, aku pun berlari ke check in counter dengan check in baggage sementara jijah n yg lain menuggu aku di kereta. Terasa umpana akulah Julia Robert lari dari John Mason. hiks!~ aku dah tak peduli ape org sekeliling kata. Yg penting aku dapat check in.

    Selesai check in, aku kembali ke kereta. And, seluruh isi kereta sedang menggelakkan aku yg berbaju seperti pengantin yg melarikan diri dari majlis. wargh!~ Selesai menukar baju aku trus ke departure hall dan dukacitanya bila dimaklumkan yg flite aku delay for about an hour. argh!~

    And now, aku masih dihadapan laptop.. tak boleh nk tido. Penat, letih ngantuk semenuanya ada.. tapi aku masih tak boleh tido. Dah penat berguling² dari satu sudut ke sudut yg lain nya tapi.. keputusannya tetap sama. huargh!~

    ~end of day 1~



     

    bangun pagi td terasa mata kanan melekat ibarat gam.. hurm.. sedikit itchy.. hati dah tergerak.. ni mesti sakit mata.. sebab malam semalam dah ada tanda² mataku merah.. harini bangun pagi memang dah xle nk bukak..

    jam 8.45 pagi aku dah ke Klinik Perdana. Malangnya doc xsampai lg.. kalau ikutkan hati nk amik ubat jer.. tp disebabkan aku bekerja. kenala tunggu doc sbb nk amik mc. dalam 8min menunggu doc pun smapai. bila dia tgk mata aku, tanpa byk soal dia trus issue mc utk aku 2 hari. kata doc maybe sbb byk sgt tgk pc. tp aku rasa biasela tuh. tuntutan kerja masa kini.

    so, harini aku dok je kat umah.. xde rasa nk gi memane sbb keadaan mata yg tak mengizinkan. walaupun dok kat umah. laptop masih lagi on utk 24 jam. so.. i consider as work from home.

    sambil² tu bolehlah mengupdate blog yang makin bersawang. bukan berniat utk meninggalkan anakayam ni. cuma kekakngan masa yang tidak mengizinkan. diikutkan hati, banyak cerita yg ingin dikongsikan. lebih² lagi dengan keadaan ofis yang tidak menentu ni.. tp insyaALLAH akan dikongsikan di coretan yang akan datang.



     

    Miscellaneous

    Followers