Minggu ni agak free skit di office walaupun sebenarnya ada je submission report nk kena hantar before 22/12 neh.. :) Tp memandangkan bos xde, so agak free la sikit.. ada la masa untuk berblog.. ahaks!~ Td sempat cuci mata di fb wall group PTD.. ade sorg exco bakal menimang cahayamata lelaki.. so dia minta suggestion nama yg sesuai.. sedang ku mencari maksud nama, jumpala satu website neh..
Tweet..Tweet..
Smalam.. kawan² PTD plan untuk buat surprise birthday party to one of our friend, Pino. Asal nama ni sebab dalam batch kami ada ramai bernama Hafiz.. irregardless perbezaan ejaannya tetapi sebutan tetap sama.. Hafiz.. So, bermacam² la gelaran diberikan kepada individu bernama Hafiz ni.. Hafeez PeakO, Hafiz Pino dan Hafiz Kungfu..
Berbalik pd surprise birthday party utk Pino.. Ahad malam Emily Yg Comot fb message kepada yg terlibat dlm persiapan sambutan.. tugas masak memasak diberikan kepada aku dan EYC memandangkan yg lain ada training bola tampar selepas waktu pejabat.. earlier plan, tugas masak memasak akan bermula seawal jam 6.. so aku decide utk terus ke tempat kejadian (rumah PeakO) langsung dari ofis.. Sure tak sempat kalau aku nk baik rumah dulu.. singgah beli buah²an di Pasar Presint 8 sebelum ke Presint 9. Tepat jam 5.50 aku dah tercangak kat parking kete P9.. kalau rumah ppuan, mmg da lama aku serbu.. Tp rumah lelaki, dan aku pun tanak kawen free.. so terpaksala aku menunggu ketibaan Cik EYC yg tiba jam 6.40ptg.
Menu malam semalam adalah bersempena dengan Hari Raya AidilAdha (sebenarnya tuan rumah nk habiskan stok daging je tuh.. hehehe): Gulai Lemak Cili Api, Sambal Daging Petai, Kangkung Belacan, Kobis Goreng, Ikan Goreng dan Telur Dadar.. memang menu penuh meja.. ditambah dgn beberapa kudapan sampingan spt Olive Pickle dan Fruit Platter.. serta menu pelengkap.. Birthday Cake.. Alan saje beli kek yg lemak berkrim disukai ramai supaya krim² yg menggemukkan badan tu boleh dicalit ke muka birthday boy.. ;)
Overall celebration was fun walaupun makanan sedia dihidangkan sejam lewat drpd rancangan awal jam 8mlm.. sorry guys.. kitorg dah berkungfu kat dapur.. walau bagaimanapun, makanan licin tak sampai stengah jam.. pergh!~ mmg tahap piranha memasing.. alhamdulillah!~ tiada pembaziran yg berlaku.. good job guys..
Don't know where to start.. dont even know what to write.. just feel that I need something to express my feeling right know.. and definitely its to this blog.. Ya ALLAH.. at this moment you are the only hope.. you whats in my heart.. please give me strength to overcome this. Trying to avoid this feelings but its there. I know I shouldn't take this seriously but you I'll always took it seriously when it come to him. You're my friend.. You're there when in need. U always know what to do when I'm down.
Somehow I feel that by writing here I am exposing myself to my current or previous feelings that I do not want to reveal. Something that I like to keep as a secret. Something that I might regret writing and letting just anyone read. But the urge to write again is very strong at this moment. However, I often realize that after writing here,I'll be able to let my ideas flow. I know what I want to write and must not let my fear of imperfections ruin my desire to accomplish my target.
I don't really know what to write now but what I know is I just want to write something although something can actually be nothing or just a single line or paragraph.
I don't really know if somebody is reading this but it is fine if nobody reads this although someone might come across this and it could be anyone or none. No matter they know whoa I am or not.
There goes my something coming out from my nothingness.
p/s: Ya Allah, please give me the strength..
.
Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan ataupun ketika menyertai aktiviti luar (outdoor). Berapa ramai yang akan berhenti untuk solat?
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia. Tegas tak bermaksud bengis dan pemarah. Tegas dengan pendirian dan tidak mudah dibeli oleh apa².
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
Sempena Hari Malaysia harini aku telah ditugaskan untuk menjaga Pusat Pengurusan Operasi Negara atau nama glemernya PPON. Ni kali pertama aku ditugaskan pada hari cuti. Di saat ku kesepian ini, aku telah merajinkan diri untuk memberikan sedikit sentuhan kepada blog yg usang dan dah lama tak dijaga neh.. hiks!~ Satu widget baru telah ditambah iaitu 'Tweet..Tweet..' column kat atas neh.
Memandangkan aku ni 'rajin' untuk update blog, so dengan adanya column 'Tweet..Tweet..' ni diharapkan blog ni takla bersawang sangat. Like I said before, banyak benda yg nk ditulis dan diletakkan sebagai entry. Tapi bila jemari mula menekan keyboard, satu patah haram pun tak keluar. #sigh!~ Kadang² cukuplah dengan sebaris perkataan dah cukup untuk mengungkapkan perasaan aku ketika itu. Untuk itu, aku telah link antara Twitter - Facebook - Blogger.. senang.. one tweet will update all.
p/s: Selamat Hari Malaysia to all..
p/s: Happy Birthday to my friend Siti Nadiah Ismail aka Nedd, Rozyanie Ridzuan and Farhana..
.
Kalau anak² diperantauan selalunya membuat kejutan kpd ibubapa dengan pulang ke desa di pagi lebaran, namun bagi keluargaku pada tahun ini kejutan berlaku bilamana ayahku ygtiba di kampung halaman rumah pada pagi raya tatkala jarum jam berada pada kedudukan 4 dan 12. Surprise kan?
Ceritanya bermula begini..
Aku telah mengambil cuti seawal 3 hari sebelum Hari Raya (10 Sept 2010). Perancangan awal untuk kami pulang ke kampung di Perlis ialah pada hari Isnin atau Selasa malam. Biasela.. kami suka bershopping sebelum raya dan that's the reason why aku ambik cuti 3 hari sebelum raya. Tapi pada saat² akhir adikku memberitahu yang dia tak dapat cuti sebab TV3 akan mengadakan siaran langsung MHI Raya di hotel tempat dia bekerja dan dia kena kerja pada kedua² hari sebab kekurangan chef. Tp bagi aku, diorg hanyala menggunakan dia as a practical student utk kerja pada hari raya utk membolehkan staf² yg lain cuti beraya. hmm...
So, pulanglah aku, abang dan mak ke kampung sebab ayah tak sampai hati nk tinggalkan adik keseorangan. Tapi, adik keje, nanti ayah yg tinggal sorang kat rumah. Hmm!~ no comment. First time kami sekeluarga rasa sebak nk pulang ke kampung. Ayah pun cam tanak pandang kami bila kami nk keluar dari rumah. **sigh.. Persiapan raya tahun ni sederhana je sebab balik kg lambat dan takde mase nk shopping cam tahun² sebelumnya. Lagi² bila ayah takde.. sebab selalunya dia yg suka ajak aku ronda² sekitar Perlis utk cuci mata dan shopping.
Malam raya kami berborak pasal ayah yg beraya di rumah. Tak sampai hati nk telefon takut nnt tersebak. uuu!~ Malam tu.. tengah sedap tido sambil diselimuti kediginan air cond semulajadi, mak terdengar suara adik memberi salam. "Bemimpikah aku?", mungkin tu monolog maka bila terdengan salam sebab selalunya adik memang balik malam² buta. Menurut cerita mak, lepas tu mak dengar suara ayah pulak. Ish.. memang rindu giler kat suami kot. sampai termimpi². Mak bangun dan menuju ke pintu.. rupa² ada kejuan.. ayah dan adik pulang beraya di kampung.. **big smile.. seronok sangat!~
.
Dalam tak sedar, dah hampir 5 bulan aku di sini. To be frank, aku masih mencari tune untuk membiasakan diri dengan keadaan kerja sekarang. Walaupun kerjaku tak seperti dahulu, keluar awal, balik lewat.. tapi kepenatannya melebihi sebelumnya. Aku ingat quote beberapa orang tatkala aku nk melakukan penghijrahan ni.. kata mereka aku dah biasa dengan fast track and now I've to work in a slow pase.. that's a torture for me.. hurm.. mungkin.. kepenatan sebab otak yang tak berjalan. Tujuanku menulis bukan tandanya nk memberontak atau merungut dengn kerjaku sekarang.. jauh sekali utk menyesal tentang ape yg telah aku putuskan. Cuma melontarkan apa yg terbuku di hati.
Alhamdulillah.. Mungkin ada hikmah disebalik keadaan. Aku percaya setiap apa yg terjadi ada kisah disebaliknya. Mungkin dahulu aku terlalu bekerja hingga kurang masa bersama keluarga. And now I get my family privilege back. Cuma aku harapkan aku tidak berasa bosan dan putus asa dengan apa yg aku lalui sekarang.. Nauzubillah!~
Antara cara untuk aku membusykan diri adalah dengan menglibatkan diri dengan aktiviti jabatan dan persatuan. Dan seperti yang pernah aku ceritakan sebelum ini, dilantik sebagai Timbalan Presiden batch serba sedikit membuatkan aku sibuk. Walau bagaimanapun, kebelakangan ni aku mendapat perhatian dalam bidang pengacaraan. Ntahla ape yg bagus sangat dgn aku ni.. rasanya xde plak sebelum ni aku menjadi mc. kalau event manager tu byk la..
Ingat lagi masa mula² sesi pengenalan diri.. bila aku bersuara, ada suara² mengatakan yg suara aku sesuai untuk menjadi mc. Dalam sedar tak sedar aku telah dilatih sedikit demi sedikit utk menjadi mc.Bermula dengan aktiviti Bahagian hinggalah ke acara besar spt Majlis Penyerahan Bantuan Kemanusiaan anjuran BALKIS. Esok, aku telah diamanahkan untuk menjadi Master of the Ceremony (MC) untuk satu program anjuran Bahagian Maritim.
Dan untuk program esok, aku baru merasakan keperitan menjadi MC. hiks!~ boleh ke wat ayat camni.. Sesi rehearsal tadi membuatkan aku nervous giler dan rasanya tekak pun agak perit bila aku dikehendaki mengulang mc script berkali² sehinggalah diorg puas hati dengan tone dan nada setiap perkataan. uhuk.. uhuk.. dan dengan pelantikan ini aku telah digelar Fatien MC oleh bosku, En Zam. aiseyh!~ ade je nk kenakan orang.. lalalala.. wish me luck for tomorrow!~
.
August 14th kembali lagi. Bertambah lagi satu angka untuk umur aku. Alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah ini. Masih banyak lagi yang perlu aku cari dan perbaiki. Sambutan tahun ni tak seperti kebiasaannya sebab August 14th berada dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak. Tiada sambutan surprise party seperti tahun sebelumnya tetapi aku tetap rasa gembira. Thank you everybody for the wishes. Thanks to you too!~
Ulangtahun kali ni aku menerima surprise daripada Salwa Arif aka Wawa kerana sanggup berhempas pulas bertegang urat melahirkan seorang baby boy yang diberi nama.. Ammar Zafran bin Zarin Azham. Congrates to wawa n zarin. Sukenye bila ade 'anak buah' yg berkongsi tarikh lahir. Baru perasan yg kebanyakan baby boy yg lahir tahun ni dinamakan 'Ammar'.. antara yg terdekat dengan aku, Ammar Zafran, Jufri Ammar Rayyan dan Mohd Ammar. 3 Ammar yang baru dalam hidup aku..
.
Ada 15 hari lagi sebelum umat Islam mula berpuasa. Tetapi rata² di sini sudah sibuk mengambil tempahan kuih raya. Tester² telah mula diedarkan ke setiap bahagian dan tempahan diambil sehingga minggu pertama puasa.
Aku? Mengambil keputusan untuk tidak membeli dan hanya membuat sendiri biskut² feveret spt choc chip cookies dan biskut nestum. Rasanya cukuplah 2 jenis sbb semestinya Cik Alah akan bagi tat nenas dan kakak iparku akan menyumbang almond london. Seterusnya hanya kerepek dan kekacang bakal menghiasi balang² kuihku.. dan memandangkan aku bakal balik beraya kat Perlis tahun ni, so tak perlu risau la.. hee!~ bekalan kepek, maruku dan seangkatan dengannya boleh dapat dengan mudah dan murah di sana.. weeehuu!~
.
Alhamdulillah.. semalam telah tamatnya Karnival Sukan MKN dgn berlangsungnya Hari Keluarga MKN 2010 kat Chongkak Park Resort, HUlu Langat Selangor. Since this is my first experience with MKN, aku sgt excited pasal ni. And had you know me, I'm always excited for sports, outdoor and committee program.
Tapi ada sedikit perasaan hampa bila hanya aku sorg je yg excited. **sigh.. but it's ok.. memandangkan semua dah mentaklifkan aku sebagai penolong ketua rumah, so sedikit sebanyak aku takla over excited bila mengenangkan amanah yg telah diberikan. It's somehow a responsibility for me to ensure everything run smoothly.
Sabtu malam, aku dah berpakat dengan Nazirah and Wardiana utk bermalam di Chongkak. TEtapi memandangkan rumah kuning (Mabul) telah disubsidikan dengan chalet, aku with my own initiative telah booking satu chalet utk aku, warga rumahku dan sapa² yg tersesat. Memula cam ramai nk join, tp last minute memasing menarik diri atas sebab dan alasan tersendiri. Tapi aku nekad utk bermalam kat chalet walaupun seorg diri (tak termasuk Nazirah n Wardiana di chalet satu lg). Niatku adalah utk menghias khemah dan preparation utk pendaftaran pada hari tersebut.
Jam 8.30mlm kami bertiga ke astaka utk melihat dan menghias khemah rumah masing². Walau bagaimanapun, khemah masih lagi belum berdiri dan kelihatan SMART Team sedang bertungkus lumus mendirikannya. Jam 9.00 malam barula segalanya selesai dan kami memulakan aktiviti menghias khemah. Alhamdulillah aku mendapat bantuan daripada Kpl Sahari yg merupakan ahli rumah Mataking sebelum Wani datang bersama Has n Syikin pd jam 11.30mlm. Aktivti menghias khemah berakhir seketar jam 12.00mlm bila masing² kelaparan dan menyebut² "pasta..pasta.." yg merujuk kepada pasta bodoh yg aku masak sebelum bertolak.
Ahad pagi, alhamdulillah belon² yg digantung masih seperti sediakala walaupun pada mlm sebelumnya aku sedikit risau kot² belon² tu kecut.. sedikit final touch up dilakukan dengan menggantung juraian kertas merah yg dibuat daripada A4 paper. yg digulung. Khemah² rumah lain mempunyai motif dan konsep tersendiri manakala khemah rumahku hanyala berkonsep syok sendiri.. :p apa yg terlintas di kepala akan dizahirkan sebagai gantungan dan hiasan.. uuu!~ rumah mantanani (biru) tampil dgn khemah bertemakan lautan dgn ikan² dan belon² birunya manakala rumah manukan (hijau) berkonsepkan hutan kehijauan dgn anyaman daun kelapa mengelilingi khemah.. rumah kuning plak dgn konsep tersendiri menggantung logo rumah disekeliling khemah.. dan rumahku hanyalah dihiasi belon² dan bunga manggar.. (hihi.. bajet cukup utk beli belon jer..)
Tetapi amatlah mengejutkan bila khemah kami diiktiraf sebagai Khemah Terbaik antara semua. Alhamdulillah segala penat lelahku dan ahli² yg lain terbalas.. thanks all!~ rasa cam nak nangis je.. emosionalnyer la kau ni kan? lain².. walaupun kami bukanlah rumah terbaik keseluruhan, tetapi aku tetap enjoy dengan sukan² dan games yg telah kami menangi.. and the important part is the management of our rumah as well as the coorperation and spirits from our team members..
MATAKING.. We are the King!~
Cuti-cuti Malaysia for three of us this year was damn fun.. sangat² seronok.. dengan kehadiran K.Mirjant sebagai pelengkap korum, destinasi kali ini adalah ke Pualu Tioman. Yg paling syok, planning percutian kali ni dibuat secara ad hoc dlm masa 2 minggu sahaja. Bermula dgn Jijah yg tension dgn beban kerja, kami merancang percutian kali ni. Yang pasti aku dah bagitau awal² yg utk kali ni aku malas nk drive and nak naik public transport je.
Cadangan destinasi pertama oleh Jijah ke Cameron Highland. Tapi bila pikirkan balik, kalau nk dok 3 hari 2 malam kat sana, cam takde aktiviti je. Strawberry Park, Brinchang, pasar malam, ladang teh. lain?? Cam takde tempat je.. Hurm, next aku bagi idea yg bernas iaitu ke pulau. Sebabnya.. aku da lama bercita² nk snorkeling.. uuu!~ and my next wish after snorkeling is to get diving license.. driving license dah ada.. diving je blom lg.. so kirenye aku ni dari gunung dan lembah ke lautan la pulak. Rafting sudah.. now snorkeling and diving plak..
Alhamdulillah.. kami berjaya utk dapatkan Salang Indah Resort sebagai tempat penginapan dan agen utk aktiviti snorkeling.. full board package inclusive snorkeling berharga hanya RM260.. pakej paling murah antara lain² pakej yg ditawarkan.. siap ada BBQ dinner lg on the second night. Chalet sea view dan segala meal termasuk dalam harga pakej. Ok la tu. Tak sampai RM300 cam destinasi bajet tu..
Banyak kenangan kat Tioman ni.. Antaranya kenangan di hari pertama di mana kami rupa²nya naik satu bas dgn aktor terkenal, Hairie Othman. Kisahnya tak terhenti setakat di stesen bas je, tp bersambung bila dia secara tidak langsung menjadi tourist agent kami untuk ke jeti Mersing.. and sekali lagi untuk bersamanya di dalam feri bila aku 'terpaksa' duduk di sebelahnya dek kerana takde seat.. so dikira² aku berada disebelah dia sepanjang perjalanan ke pulau.. uuu!~ <-- statement gatal tak ingatnyer neh... So sepanjang perjalanan banyak jugak aku berborak dengan dia.. macam² cerita keluar. Dan yang pasti aku tidak langsung bertanya mengenai kerjaya seninya. Terukkah aku?
Next kenangan yg best pastinya bila aktiviti snorkeling.. subhanallah, Allahu Akbar.. Masya Allah.. kagum aku dgn ciptaanNya bila mula² aku menjejakkan kaki ke Tioman.. Di jeti Kg Salang aku dah dapat lihat batu karang dan ikan² berlegar² di bawah feri yg membawa kami. Dan ketakjuban bertambah tatkala kami diturunkan di Tulai island.. Memang cantik.. speechless.. Alhamdulillah, cuaca tidak panas membuatkan kami berpeluang utk snorkeling sepuas²nya.. Selepas snorkeling di hentian terakhir, Batu Malang, titik titik hujan mula membasah bumi hingga ke lewat petang..
Hari terakhir diisi dengan snorkeling di kawasan Kg Salang sebelum menaiki feri untuk ke Mersing pada jam 2.00petang, meronda² sekitar bandar Mersing sementara menunggu bas ke KL jam 6.00 petang. InsyaALLAH ada peluang Tioman akan kujejaki lagi..
Miserable weekend.?? uuu!~ cam menarik je topic entry kali ni.. Erm.. takdela nk miserable sgt tp cam segala perancanganku musnah.. huk huk huk.. Kalau ikutkan perancangan strategik aku, weekend baru² ni hari Sabtu pagi aku dah plan utk Hop In Hop Off dengan Dewi n Rafi, then malam tu ke wedding Breen at Dewan Perdana Felda.. hari ahad gi Hutan Melintang, ikut rombingan bertandang ke rumah lelaki.. But as what we always know, we can only plan.. and He knows the best.. so, perancangan tadi hanya tinggal perancangan..
Nak mulakan cerita.. hari Jumaat jam 4.00ptg tetiba Cik Lah call, katanya dia dapat banglo kat PD (mood : HAPPY sebab dah lama tak wat family gathering kat PD) tapi bila tanya hari. katanya "malam ni sampai Ahad".. erk!~ (nada ala² tercekik tulang ayam).. terbayang² segala plan² hujung minggu yg terbang ditiup angin..
So, malam Sabtu lepas ofis aku terus gerak dengan mak n Cik Lah ke PD. Aku ngn Cik Lah sehelai sepinggang.. Baru rasa adventure.. So far, rancangan aku utk this weekend masih lg nmpak 50% as aku ingat nk stay Jumaat malam tu je and balik Kajang Sabtu tghari/petang then off to Breen's wedding sebab Cik Lah kata maybe beberapa family lain akan datang. But, again we can only plan.. memandangkan corum yg tak ramai plus kesian kat Mak Long sekeluarga yg datang all the way from Klang, so aku pun mengalah.. stay la 3mlm 2 hari kat PD.
Tp aku rasa seronok sangat dengan weekend lepas sebab untuk pertama kalinya dalam hidup aku dah merasa naik banana boat.. wwweeehhhuuu!~ Memula dia kata min. 5 orang. Tp setelah dipujuk, kami dibenarkan utk naik bertiga.. Perasaan.. tak dapat nk gambarkn masa tu sbb rasa serrooonnoookk sgt.. :)
Banana boat..
Kursus.. kursus dan kursus.. tu je yang dapat aku fikirkan.. Start daripada hujung bulan lepas hingga awal bulan Jun ni, schedule aku hanyala dipernuhi dengan kursus.. Almaklumlah, pegawai baru.. Banyak yang perlu diajar dan didedahkan. Dan bersempena dengan cuti sekolah yg bakal menjelma, schedule aku bertukar dari kursus ke kenduri. kenduri.. kenduri dan kenduri..
Banyak yang aku pelajari dari kursus² yg disertai. Satu daripada kursus mengajar aku cara untuk menijau kawasan untuk kajian populasi. Seronok rasanya bila dapat turun padang bersama² orang² kampung bergotong-royong dan menghadiri mesyuarat JKKK bersama pimpinan tertinggi daerah. Di sini kita dapat lihat semangat kekitaan masyarakat desa dalam menjaga keharmonian dan keselamatan kampung dan daerah.
Seminggu aku berkursus di PD dan minggu berikutnya aku mengikuti Kursus Asas dan Pengenalan PTD Gred M41 di INTAN Wilayah Timur, Kemaman atau glemernya digelar INTIM. Pertama kali aku melihat INTIM, aku rasa sangat terpesona dengan kedudukan INTIM yg terletak di tepi pantai. Sangat menyeronokkan. Walau bagaimanapun, seperti yg sedia maklum, pantai di sebelah Pantai Timur Malaysia bukanlah untuk mandi kerana ianya terletak di Laut China Selatan yang terdedah kepada laut yg bergelora.
Congratulation to my bestfriend, Nur Fadhilah Yunus dan pasangan, Khairul Naim Suahadah.It was an owesome event there in Dewan Kompleks Sivertage Galleria. Sama cantik dan sama padan. Tu je yg dapat aku katakan.
13/05/2010 (Khamis)
Kami (aku n Jijah) bertolak dari Kajang waktu jam menunjukkan pukul 9.00mlm. Plan asal nk gerak lepas maghrib, tp dek penangan Adamaya yg episod akhirnya Jumaat lepas, terpaksalah aku akur dgn permintaan Miss Jijah.
Perjalanan ke Ipoh yg sepatutnya hanya 3 jam dirasakan macam nk balik ke Perlis. Jam 12.00tgh malam kami masih lagi di Tanjung Malim. Highway jem lebih teruk dari jem malam menjelang Aidilfitri. Alhamdulillah kami sampai di Pekan Razaki, Ipoh jam 2.00pagi tatkala bakal pengantin sedang diinaikan oleh dua sepupu, Nana and Nora.
14/05/2010 (Jumaat)
Terima kasih kpd bosku En Zam keranan meluluskan cuti aku untuk berada di Ipoh bagi menolong keluarga pengantin perempuan. Aku ingat lagi masa Ilah call nak aku n Jijah datang sehari lebih awal sebab tanpa kami majlis mungkin akan kelam kabut. mula cam tak percaya but akhirnya kami tahu. hiks!~ biasa la, anak perempuan.. semua nak dibuatnya.. ;) So, for the whole day aku n jijah, event manager cum personal assistant cum criver cum x, cum y cum z mempersiapkan segalanya dari siapkan hantaran hinggalah merebus telur.
15/05/2010 tarikh keramat yang bakal menjadi sejarah buat Ilah n Naim kerana pada tarikh ni la mereka berdua disatukan. Alhamdulillah majlis pertunangan pada jam 10.00pagi di rumah dan majlis akad nikah di masjid berjalan lancar. Dan ku telah menjadi bidan terjun buat kesekian kalinya. Mak andam hanya make up time btunang dan majlis persandingan di dewan. So utk akad nikah, akulah mak andamnye. Segala kepakaran dan ilmu yg ada digunakan untuk mempersiapkan pengantin bagi majlis akad nikah.
Majlis di dewan sangat meriah walaupun terdapat masalah teknikal waktu ketibaan pengantin. Sorry dear!~ Apapun, Selamat Pengantin Baru Ilah and Naim.. Semoga bahagia ke akhir hayat.. and cepat² dapat baby..
.
Alhamdulillah.. just received my new lovely serene silver Swift. Happy with it sebab beli menggunakan duit hasil titik peluh selama 3 tahun. So rewarding. Thanks to ayah n mak atas peng'sponsor'an bagi mencukupkan down payment. huuu!~
p/s: Mmg dari dulu lg adore dgn Swift ni sbb compact and cute. heee!~
.
Harini merupakah antara tarikh yang bakal menjadi tarikh bersejarah dalam hidupku kerana harini merupakan hari untuk aku melaoprkan diri sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di JPA, Putrajaya. Rata-rata peserta tidak mengetahui agenda/tentatif hari lapor diri. Kami diminta melapor diri seawal jam 8.00 pagi di Kompleks JPA, Parcel C, Putrajaya.
Di kaunter pendaftaran pertama, kami diminta untuk menanda kehadiran. Dan di kaunter seterusnya segala borang-borang yg duberikan diserahkan kpd pegawai bertugas. Dari tentaf yg baru diberikan, program akan bermula jam 10.00pg hingga 4.00ptg. Aiyark!~ Susunan atur program dimulakan dgn sesi taklimat JPA dan pengenalan PTD, sesi penyampaian amanat daripada orang besar JPA dan sesi pemberian watikan perlantikan dan surat penempatan.
Alhamdulillah, aku ditempatkan di Jabatan Perdana Menteri dan Isnin ini aku bakal ke sana dgn segerombolan lagi yg tidak dapat dipastikan jumlahnya.
This weekend activity: Outing@Janda Baik..
Hampir sebulan perancangan, Projek Janda Baik (PJB) berjaya dilaksanakan dengan bilangan peserta seramai 16org. PJB kali ini adalah program outdoor yg pertama seumpamanya dianjurkan oleh RRC. Kalau selama ni asyik aktiviti makan.. makan.. dan makan.. kali ni orang2 bandar diajak keluar dari kesibukan kota dan berkampung di Latto Charok, Janda Baik, Bentong..
PJB dimulakan dgn aktiviti bershopping sbg peniaga kecik di Tesco Extra Selayang.. kecil tapak tangan, kelisa merah ku dihulurkan utk menjadi kenderaan pengangkut barang.. 12.00pm semua berkumpul di Tol Karak.. 3 kenderaan pengangkut yg mengikuti misi kali ini.. dan kenderaan rasmi RRC, angkut2 turut tidak melepaskan peluang..
Tak banyak aktiviti yg dirancang.. malam BBQ dinner makan tak habes dgn seleksi ayam, kerang, udang, sotong dan crbstix.. diikuti dgn karaoke tak sedar diri disepanjang malam.. rasanya kalau ada kejiranan, pasti kami dah dibaling pinggan mangkuk, sudu pisau dek suara2 sumbang yg memecah keheningan malam.. hiks!~
Aktiviti istimewa, di malam sabtu ialah surprise party utk sahabat yg menyambut ulangtahun kelahiran masing2 pada 27/03, Mr Hamshah n Jijie.. selmat hari lahir dan semoga dipanjangkan umr, dimurahkan rezeki.. amiin!~
Pagi Ahad dimulakan dengan acara trekking ke air terjun.. perjalanan yg 'agak' mencabar membuatkan si gadis menjerit kegelian tatkala melihat sang pacat yang berkeliaran mencari mangsa.. juga selut yg telah menyelaputi kaki seawal 200m perjalanan.. tak lupa juga Ms Rafi yg telah memuntahkan segala isi perut dek ketidaktahanan pendakian.. Alhamdulillah.. segala rintangan berjaya direntasi selama +- 45minit dicampur tolak iklan2 dan selingan.. Segala keletihan dan ke'pacat'an terus dilupakan tatkala melihat air terjun yg tegak di depan mata.. weeehuuu!~
1 jam lebih diluangkan bersama keindahan flora dan fauna dan kedinginan air terjun yg menggigit sehingga ke tulang.. yang gagah perkasa dan dapatlah menyentuh dinding air terjun yg dipisahkan oleh teluk yg kira2 hampir 2 meter dalamnya.. Perjalanan turun mengikut route yg berbeza, berkurangan pendakian dan selut hanya merentasi semak samun dan jalan berbatu..
Jam 2.00ptg kami semua meninggalkan Latto Charok dan menuju pulang ke kota..
// credit tu Mr JJ, owner of Latto Charok, and those yg menjayakan aktiviti PJB..
Result utk temuduga PTD haritu dah keluar 09/03/2010 haritu. Tapi aku baru check hari Jumaat lepas. Alhamdulillah aku diterima masuk kerajaan. Pada saat dan ketika aku nk enjoy dgn projek baru, saat ni la benda ni datang. Mungkin dah takdir aku begitu. Over the weekend ayah sibuk bercerita tentang PTD. Menunjukkan yg dia begitu gembira anaknya dapat tawaran PTD. Aku? Masih berada dalam dilema. Dan masih mempersiapkan diri untuk ke Kerajaan dan PTD.
alhamdulillah.. berjaya juga menyiapkam design kad kawin Cik Ilah yang sekian lama tertangguh. Erm.. not really tertangguh but bak kata orang, benda berseni ni kena ada mood baru boleh buat.. so dengan mood yg tetiba menjelma, sekeping kad berjaya dihasilkan..
Tadi di ofis, ada yg menyakat aku dgn mengatakan aku juga bakal menyusul dgn fatiendesign.. like what our ex-colleague did.. he built up hamlidesign.. tapi, dia tu mmg dah power ranger dgn designing.. aku pun serba sediki belajar dari dia.. hiks!~ to make designing as a career aku rasa tak kot.. I dont really have the creativity and passion towards that.. dari jadi designer, aku prefer jd tukang masak.. nf bakes.. menjual pelbagai jenis pasties, tartlets dan dessert.. and the ultimatum akan ku buka nf cafe.. for family to hang over.. spend their time.. hurm.. insyaALLAH.. the time will come..
Bila bercerita ttg baking ni, alhamdulillah baru² ni aku dapat satu sms dari sorg hamba Allah yg dikenali sbg kakwah.. dia nk order fruit tart untuk hari jadi anak dia and another tempahan utk raya.. aku harap aku dapat fulfill the order.. and hopefully amsa tu aku takdela busy dengan apa² commitment.. caiyok..caiyok..
Terlalu banyak yang ingin dikongsikan di blog sehinggakan aku tak tahu yang mana perlu dimulakan. I wish there will be an invention from the genius to translate my thoughts into the blog. So my blog will be automatically update whenever I'm thinking of something. But currently I have facebook where I can just share a line and get comment from others. Maybe thats why I'm not updating the blog..
Last week my days full with meetings.. from Petaling Jaya down till Putrajaya.. tiring.. I wish I could have someone to undertake my task like what the other leadres did. They can just send theirs for the meeting. Anyone interested to be a project coordinator? Let me know ya.. preferably IT grades with business experience.
LOOK UP YOUR BIRTHDAY AND SEE WHAT YOU ARE…
January 01 - 09 ~ Bird January 10 - 24 ~ Slug January 25 - 31 ~ Cockroach | February 01 - 05 ~ Parasite February 06 - 14 ~ Bullfrog February 15 - 21 ~ Skunk February 22 - 28 ~ Snake | March 01 - 12 ~ Ape March 13 - 15 ~ Cockroach March 16 - 23 ~ Slug March 24 - 31 ~ Parasite |
April 01 - 03 ~ Bird April 04 - 14 ~ Snake April 15 - 26 ~ Slug April 27 - 30 ~ Skunk | May 01 - 13 ~ Slug May 14 - 21 ~ Bullfrog May 22 - 31 ~ Cockroach | June 01 - 03 ~ Slug June 04 - 14 ~ Skunk June 15 - 20 ~ Bird June 21 - 24 ~ Ape June 25 - 30 ~ Parasite |
July 01 - 09 ~ Slug July 10 - 15 ~ Bird July 16 - 26 ~ Bullfrog July 27 - 31 ~ Parasite | August 01 - 15 ~ Ape August 16 - 25 ~ Slug August 26 - 31 ~ Skunk | September 01 - 14 ~ Bullfrog September 15 - 27 ~ Parasite September 28 - 30 ~ Bird |
October 01 - 15 ~ Ape October 16 - 27 ~ Skunk October 28 - 31 ~ Snake | November 01 - 16 ~ Cockroach November 17 - 30 ~ Parasite | December 01 - 16 ~ Bird December 17 - 25 ~ Ape December 26 - 31 ~ Bullfrog |
If you are a Bird : A very loyal and sweet person. Your loyalty can never be doubted. You are quite honest and sincere when it comes to your attitude towards working. You are a very simple person, indeed. Absolutely hassle free, humble and down-to-earth!! That explains the reason why your friends cling on to you! You have a good taste for clothes. If your wardrobe is not updated with what is trendy, you sure are depressed. Popular and easy-going. You have a little group of dignified friends, all of th em being quality-personified.
If you are a Slug : Always up to some sort of a mischief! The mischievous gleam in your eyes is what makes you so cute and attractive to everyone. You are an extremely fun-to-be-with kind of person. No wonder people seek for your company and look forward to include you for all get-together's. However, you are sensitive which is a drawback. People need to select their words while talking to you. If someone tries to fiddle around and play with words while dealing with you, it is enough to invite your wrath. God bless the person then!
If you are a Cockroach : Quite contradictory to your name, you are a peace loving person.. You best try to avoid a situation wherein you are required to fight.. An outdoor person, you disl ike sitting at one place for a long duration. You are a born leader, and have it in you how to tactfully derive work from people. You love being loved, and when you receive your share of limelight from someone, you are all theirs!!!! Well, well... Hence some people could even take an advantage, flatter you to the maximum and get their work done. So be careful.....
If you are a Parasite : An extremely lovable, adorable person, sometimes shy, with a passion for quick wit. At times, you prefer quietness. You love exploring various things and going into depth of each thing. Under normal circumstances you're cool but when given a reason to, you are like a volcano waiting to erupt. You're a fashion bird. People look forward to you as an icon associated with fashion. Basically, you mingle along freely but don't like talking much to strangers. People feel very easy in your company. You observe care in choosing your friends.
If you are a Skunk : You are near to perfect and nice at heart. The examples of your kindness are always circulated in groups of people. You, too, love peace. You wouldn't like to retaliate even to a person who is in the wrong. You are loved due to this. You do not wish to talk behind one's back. People love the way you always treat them. You can give, give and give love, and the best part is that you do not expect it back in return. You are generous enough. Seeing things in a practical light is what remains the best trait of you guys.
If you are a Bullfrog : You symbolize a very happy-go-lucky approach in life. Whatever the surroundings may be, grim or cheerful, you remain unaffected. In fact, you spread cheer wherever you go. You are the leader of your group of friends and good at consoling people in their times of need. You dislike hypocrisy and tend to shirk away from hypocrites. They can never be in your good books, no matter what. You are very methodical and organized in your work. No amount of mess, hence, can ever encompass you. Beware; it is easy for you to fall in love....
If you are a Snake : You are mysterious. You are someone who can handle pressure with ease, and can handle any atmosphere without going berserk. You can be mean at times, and love to gossip with your selected group. Very prim and proper. You like all situations and things to be in the way you desire, which, sometimes is not possible. As a result, you may lose out in some relationships. But otherwise, you love to help people out from difficult and tight spots when they really need you.
If you are a Ape : Very impatient and hyper!!! You want things to be done as quick as possible. At heart, you are quite simple and love if you are the centre of attraction. That way, you people are unique. You would like to keep yourself safe from all the angles. Shall your name be dragged or featured in any sort of a controversy, you then go all panicky. Therefore, you take your precautions from the very beginning. When you foresee anything wrong, your sixth sense is what saves you from falling in traps. Quite a money minded bunch you people are!!
INDAHNYA cinta jika bersulam keikhlasan. Moleknya cinta andai setia yang dipertaruhkan dan untungnya bercinta jika berkekalan sampai bila-bila. Namun panas yang diharapkan sampai ke petang, siapa sangka hujan turun ditengah hari. Puas sudah membajai cinta, dibumbui dengan kasih dan sayang, membelai dan memupuknya dengan penuh tanggungjawab namun pasangan yang bertakhta disanubari tetap berubah hati. Terlalu sukarkah mencintai isteri atau sememangnya si suami tidak pernah mensyukuri?
Datuk Ustaz Ismail Kamus membincangkan: "Perempuan umpama cermin, mesti cermat dan halus bila berhadapan dengan mereka. Lebih-lebih yang bergelar isteri. Sensitif, cepat kecil hati, merajuk dan minta dipujuk memang sifat wanita. Sebenarnya bukan susah melayan isteri. Seorang suami yang pandai mengambil hati, memujuk rayu jika diperlukan, bercakap lemah lembut dan rajin bergurau senda, ia sudah cukup dan memadai.
Perhatikan hasilnya, si isteri akan sanggup bersusah payah menyediakan makan dan minum disamping menguruskan rumahtangga, malah sanggup pula ke hulu ke hilir menambah pendapatan suami. Walaupun hidup dalam serba kekurangan, insya'Allah hidup pasangan begini akan rukun damai sampai bila-bila. Bagaimanapun hal ini merujuk kepada wanita yang melimpah ruah dengan kasih dan sayang. Mengutamakan rumahtangga dan berusaha menceriakannya walaupun si suami bukan berpangkat besar atau mempunyai wang yang banyak.
Apabila ditujukan kepada wanita yang memegang prinsip, ada wang abang sayang, tak ada duit abang melayang lain pula penyudahnya. Jika yang dicintai itu adalah wang, yang disayang itu adalah kemewahan, memang rumahtangga tidak bahagia dan aman kerana yang diburu adalah wang dan harta. Maka bila ada kedua-duanya didepan mata, si isteri akan berasa nikmat kebahagiaan namun bila semuanya melayang, wanita begini akan berasa terlalu kecewa dan bersusah hati, ujarnya.
Beliau menambah, "Bagaimanapun kalau dikatakan, peranan wang membeli kasih dan sayang, ia memang berkait antara satu dengan yang lain. Namun wang itu sekadar dijadikan sebagai alat dan bukan matlamat. Wang berperanan menyenangkan pasangan membina rumahtangga. Mendapatkan sebuah rumah untuk keluarga, memiliki kenderaan dan apabila berlaku sebarang bencana, wang dapat merungkai masalah yang melingkari. Jika mengandaikan wang untuk membeli cinta dan mengeratkan kasih dan sayang, tandanya kita sudah tersilap menafsir. Sepatutnya utamakan nilai kasih dan sayang yang diberikan oleh suami atau isteri, justeru andai suatu hari kita ditimpa musibah dan hidup dalam serba kekurangan, tidaklah cepat melatah. Cuba perhatikan mereka yang tinggal di kampung. Ada pasangan yang hidup melarat dan menderita kerana tidak mempunyai wang yang banyak, namun ikatan kekeluargaan erat dan sendat dengan kasih dan sayang," jelasnya. Beliau tidak menafikan, wanita sekarang lebih ramai yang celik mata dan sedar tentang perlunya membelai cinta sampai ke tua, sedangkan lelaki asal ada orang yang menguruskan rumahtangga sudah memadai. Golongan begini, malas hendak memupuk atau membajainya walaupun mereka mampu melakukan.
Wanita ketara sudah celik mata. Ini dapat diperhatikan dalam ceramah atau syarahan. Mereka lebih banyak jika dibandingkan dengan kaum Adam. Sekiranya intipati ceramah mengenai pasangan, pihak si isteri akan mudah terima dan berusaha berubah apatah lagi jika kena dengan cara dan pendekatan yang betul. Sebaliknya si lelaki yang turut mendengar tetapi kurang menghayati. Jika terima pun dengan perasaan sombong dan egonya dan memang sukar mengubah kesilapan.
WANITA - TULANG RUSUK YANG BENGKOK
Walaupun hakikatnya bahtera rumahtangga itu sepatutnya dikemudikan oleh si suami, namun era kini menyaksikan lebih banyak wanita yang lebih sensitive mengekalkan kerukunan. Maknanya wanitalah yang lebih banyak bersabar, menelan pahit maung kekurangan pendapatan atau menghadapi kerenah suami yang kadang kala membosankan. Wanita sepatutnya berbangga dengan kejayaan ini walaupun asalnya daripada tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok.
Nabi bersabda, wanita itu dicipta daripada tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok. Maknanya jika dibiarkan sikapnya yang tidak elok, maka begitulah ia kekal selama-lamanya. Lantaran itu andai si suami ingin memberi nasihat, hendaklah secara psikologi dan lemah lembut sehingga yang bengkok itu akan lurus. Sebaliknya jika menggunakan kekerasan, maka tulang yang bengkok itu akan mudah patah atau pecah. Misalnya jika isteri pemarah, membebel dan cakap banyak, si suami anggap sahaja ia cubaan yang amat kecil. Allah berfirman,
Memang ramai yang membincangkan dua perkara ini sama ada cinta dahulu sebelum berkahwin atau berkahwin dahulu baru bercinta. Ada orang bercinta lama, selepas kahwin berasa jemu pula. Mulanya pasangan masing-masing buat perangai. Ada pula sarankan, lepas kahwin baru bercinta, mereka dakwa pula lepas kahwin baru pecah tembelang pasangan masing-masing. Maknanya, tidak ada kaedah khusus, ia bergantung kepada jodoh masing-masing, dedahnya.
Beliau menambah, "Contohnya pasangan orang tua dahulu. Masing-masing tidak kenal tetapi keluarga aturkan perkahwinan. Lepas kahwin kita lihat mereka kekal sampai berpuluh-puluh tahun dan orang tua-tua dakwa cara begitu lebih baik. Sebenarnya itu bukan formula tetapi kebetulan. Maklumlah tinggal dikampung, pergaulan bukanlah seluas atau semoden golongan yang tinggal dibandar. Jika berlaku pergaduhan, si suami tidak sampai hati menceraikan isteri, begitu juga si isteri jika minta cerai pun kemana diri hendak bawa diri.
Sambungnya lagi, kedamaian hidup berumahtangga mesti dicatur sejak diawal perkenalan. "Mesti diselidik latar belakang pasangan kala peringkat pemilihan pasangan. Sekiranya pihak lelaki atau wanita mengikut kriteria yang dianjurkan oleh Islam, insya'Allah akan ada kerukunan dalam perkahwinan. Namun jangan tersilap memilih, konon berkenan pasangan yang kuat agamanya. Kita hendaklah memandang dengan pandangan yang luas, bukan setakat sembahyang, puasa atau berzakat sahaja yang patut diambil kira. Antaranya hendaklah menjurus kepada nilai peribadi seseorang. Misalnya kesanggupan penerimaan kita kepada kerenah, gelagat atau tingkah laku pasangan. Kadang kala perangai lelaki membosankan dan tidak kurang ada yang menyejukkan, jika kita terima daripada awal maka redhalah sehingga akhirnya, kerana itulah suami atau isteri kita yang sebenar-benarnya.
LEPAS KAHWIN TERBONGKAR RAHSIA
Ditanya bagaimana mahu membelai cinta seandainya selepas berkahwin baru terbongkar rahsia keburukan pasangan, beliau mengulas. Memang sukar menelah kebaikan individu meskipun seseorang itu taat kepada ibadatnya. Pernah suatu ketika seorang lelaki menemui Saidina Omar dan berkata, bahawa dia telah memilih seorang lelaki untuk menjadi saksi. Lantas Saidina Omar bertanya, "Apakah engkau kenal lelaki itu?" Pemuda itu menjawab, "Tidak ya amirul mukmimin." Saidina Omar bertanya lagi. "Apakah engkau pernah bermusafir dengannya?" Orang itu jawab, "Tidak pernah," Bertanya lagi Saidina Omar, "Apakah engkau pernah berjiran dengannya?" Orang itu menjawab,'Tidak pernah.' Lantas ditanya Omar lagi, "Macam mana engkau kenal dia? Dijawab si pemuda. "Saya selalu tengok dia sembahyang maka yakinlah dia memang baik".' Omar berkata, "Engkau pergi dan selidiki lagi kerana engkau sebenarnya belum betul kenal kepadanya." Daripada kisah yang diriwayatkan maknanya, sekadar tengok seseorang sembahyang, berulang alik ke masjid atau membaca al-Quran belum bererti kita tahu perangai yang sebenar. "Seeloknya ajak dia bermusafir, baru tahu kedekut atau tidak. Berjiran dengannya, baru tahu perangai peribadi, dan jika berniaga bersama-samanya baru tahu amanah atau sebaliknya diriseseorang. Jika sudah kenal hati budinya barulah boleh dia dijadikan kawan atau saksi. Begitu juga apabila mencari pasangan, selidik dahulu latar belakang dan nilai peribadinya. Caranya dengan menghantar wakil atau orang tengah yang boleh diharapkan," sarannya.
Namun tidak dinafikan, apabila suami berubah sikap misalnya tidak lagi mesra seperti dahulu, tidak mahu bergurau senda apatah lagi memupuk kasih dan sayang, si isteri akan makan hati dan menderita. Namun jangan sesekali dibiarkan sehingga meresap kedalam hati dan perasaan yang akhirnya menjadi kebiasaan. Apabila suami buat perangai, cepat-cepat ditegur. Supaya dia segera sedar yang perbuatannya itu salah. Jika isteri terlalu sabar dan redha dibimbangi akan meresap kedalam hati dan menjadi kesedapan kepadanya. Memang kenyataannya apabila menegur atau melembutkan hati suami, mereka akan lebih keras dan kasar. Gelagat perubahan ini lebih ketara apabila si suami sudah mula senang sedikit. Balik lewat malam, bersenang-senang dan makan-makan dengan teman-teman atau pergi berpoya-poya. Sebab itu dikatakan orang, wang sahaja membawa kebahagiaan tetapi mengheret kepada kecelakaan. "Cara untuk mengatasi masalah suami yang berubah hati, si isteri tidak boleh membentak kerana lelaki yang berperangai begini, hatinya sudah keras. Si isteri mesti menggunakan pendekatan dengan cara yang paling lembut sehingga mereka sedar.
Tidak dinafikan apabila si isteri berlembut, perangai suami semakin menjadi-jadi. Bagaimanapun cuba kita fikirkan, kalau membentak akan timbul pula permusuhan yang berpanjangan. Silap haribulan, si suami memukul atau mendera si isteri. Diam isteri bukan bererti redha dan bersetuju dengan perangainya cuma sekasar mana pun lelaki, namun jauh disudut hati pasti mempunyai belas. Kasihan dengan si isteri yang cukup tenang, sabar dengan perangainya yang buruk," ujarnya.
Tambahnya lagi, "Ada masanya suami mesti disentak dengan perkara-perkara yang tidak dijangka. Misalnya seorang isteri yang sebelum ini banyak cakap tiba-tiba mogok. Lepas masak diam, lepas makan diam, hendak tidur pun diam. Maknanya perangainya berubah menjadi pendiam. Mungkin dengan cara itu dia mampu meluahkan perasaannya daripada marah tidak tentu pasal kemudian dicop suami,
TEGUR CARA BERHIKMAH
Datuk Ustaz Ismail Kamus menambah, jika sukar atau tidak sampai hati menegur suami yang buat perangai, gunakan orang tengah. "Memang susah mencari yang boleh dipercayai tetapi itulah cabaran yang mesti dihadapi. Bagaimanapun cara penyampaian orang tengah itu biar betul dan kena caranya sehingga suami tidak menyalahkan si isteri. "Selain memberi nasihat, isteri hendaklah mohon kepada Allah dan bermunajat kepada-Nya tanpa jemu. Di samping itu bacalah surah Ali-Imran, ayat 83 yang maksudnya:
"Apakah selain daripada agama Allah mereka cari, dan baginya, menyerahlah sesiapa yang di langit dan yang di bumi, secara sukarela dan terpaksa dan kepadanya jua mereka dikembalikan."
"Ayat ini hendaklah dibaca sebanyak 1,000 kali sehari. Apabila hendak digunakan baca tiga kali dan tiup kepada orang yang berkenaan atau ditiupkan ke dalam air untuk diminum oleh orang tersebut. Mudah-mudahan, berkat doa dan air itu akan lembut hatinya." Menjawab persoalan, bagaimana membelai cinta jika sisuami asyik panas baran beliau menjelaskan. Apabila suami baran, isteri kena sabar dan redha kerana itulah suami kita. Orang yang baran sebenarnya ada masalah. Jiwanya sakit tenat dan perlu diubati. Perhatikan di mana kelemahan suami dan cari punca kenapa dia marah. Kemudian kita cari jalan supaya dia tidak marah. Umpamanya kalau isteri lambat masak, suami akan marah, jadi si isteri hendaklah menyegerakan memasak. Ataupun setiap kali balik kerumah, suami mesti hendak minum, jadi cari jalan cepat-cepat sediakan minuman. Ertinya kita hendaklah menutup segala punca kemarahan suami dan lama-kelamaan penyakitnya akan reda.
Kalau dia yang menyalakan api kemarahan, isteri hendaklah mendiam diri. Jangan sesekali marah kerana marah itu bukan milik kita tetapi haknya. Jika kita tentang kemarahannya, ia akan lebih cepat terbakar atau merebak, disimbah dengan air supaya padam. "Untuk meredakan, amalkan surah Toha ayat satu hingga enam dan baca sebanyak 1,000 kali. Tiup kepada ubun-ubun atau mukanya sehingga kepusat sebanyak tiga kali. Insya-Allah akan lembut hatinya. Antara maksudnya :
"Tha, Ha, (Hai manusia), tiada Kami turunkan al-Quran ini supaya engkau mendapat celaka. Melainkan peringatan bagi orang yang takut (kepada Tuhan). Wahyu yang diturunkan dari Tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Tuhan yang Pemurah berkuasa diatas singgahsana. KepunyaanNya apa yang ada dilangit, apa yang ada di bumi, apa yang ada di antara kedua-dua nya dan apa
Sebelum mengakhiri perbualan, beliau sempat menegur sesiapa sahaja yang masih mengabaikan rumahtangga sebaliknya hanya mahu berseronok dan berserakah, hendaklah segera bertaubat. Nabi bersabda, Barang siapa yang telah melampaui usia 40 tahun namun kebaikannya tidak mengatasi kejahatan, hendaklah dia bersiap sedia untuk masuk kedalam api neraka." Na'uzubillah.